Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Wednesday, December 29, 2010

Ada apa ngn 25??

Salam, hai kwn2:-D

Hari ni hari terakhir aku bekerja pada tahun 2010. Esok aku nk g holiday kat PD, bw Nina jln2. Ada relative yg sponsor bilik..yeay!!

2010 umur aku genap 25tahun. Apa yg menarik ngn sepanjang menyandang umur 25tahun ni??
Mari kita tgk top 10 carta kenangan manis aku

Chekidaut!!

10
-Berjaya wat video perkahwinan setelah belajar dr awal-
.
.
.
9
-student evaluation yang memotivasikan-

.
.
.
8
-husband menang bowling-
(dpt cash $$ kaching2)

.
.
.
7
-dpt rose dr hubby-
(tp skang dh mati..sob..sob)

.
.
.
6
-my hubby's convocation-
(tahniah syg:-*)

.
.
.
5
-jln2 berdua-
genting

melaka

look out point

honeymoon@ melaka
.
.
.
4
-1st raya as a hubby & wife at my hometown-

.
.
.
3
-i'm pregnant-

.
.
.
2
-become a mother-

.
.
.
Tenpat pertama...
jeng
jeng
jeng

aku letak gambar dulu


haha..tempat pertama kenangan manis aku ialah... berat aku sekarang adalah 66kg..
alhamdulillah

Berat sebenar aku b4 kawen is 73, masa kawen 71 then naik balik 73. Last aku timbang ms pregy 40weeks tu, 81kg.

So, kira sekarang berat aku adalah kurang 7kg dr berat zaman anak dara..alhamdulillah. Ni semua hasil berpantang n breast feed. Aku aim nk 65kg..tp hubby suh wat sampai jd 50kg. InsyaAllah akan diusahakan. Thanx to Nina n hubby sbb sapot n jaga makan minum aku. Umi sayang Nina, Honey love b :-*


Alhamdulillah 2010 hampir berlalu dengan ceritanyer tersendiri. Harap cerita2 2011 lebih menarik dan memotivasikan diri aku. Aku xde azam..sbb doa harian aku adalah azam aku.

Ya Allah kau berilah yang terbaik buat hidup kami semua..Amin

SELAMAT TAHUN BARU U OLSSS!!

Thursday, December 23, 2010

Apa Kes Ko Nak Buang Anak??

Kes buang anak??

Aku xberapa kisah pasal kes buang anak. Ye, mmg aku xsensitif. Aku xsuke baca pasal kes2 mcm ni. Sbb nnt aku rase sedih n sakit hati. Dulu, aku akan cakap,

“dah tahu nak buat, pakai la kondom!! bukannyer mahal sgt. belambak kat 7e!!”

Tapi sekarang baru aku sedar, apa yg aku ckp tadi adalah mengajar dorg pendidikan seks mengikut acuan barat. Padahal patutnya kite ikut acuan Islam. Apa kata Islam? Islam kata JAUHI ZINA!!. Cukup jelas bukan? So, pada adik2 yg blom kawen n tgh bercinta-cintun..jauhi zina..atau erti kata lain, berdua-duaan la seminima mungkin. Dh setel sebab berjumpa, balik trus. Dok umah, diskus ngn mak abah, gi masuk minang. Senang. Cinta pas kawen lagi indah, percaya la.

Aku xpaham..aku yg dok terkangkang luas2 kat labor room tu pun punya la azab nk kuarkan Nina. Mak2 express ni plak teran2 kat toilet je dh kuar anak. Banyak senang?? Dik, ko xrase sakit mcm contraction tu ke dik? Xde rase memulas2 mcm nak mati tu ke?

Yang aku pelik, xde plak kes ibu express ni yg high blood la, HB low la..uri kat bawah la. Elok je dorg beranak kat bilik la, kat tandas skolah la…hish..pelik2. Sah2 dorg xwat checkup kat klinik every month kan??

Pastu, dh azab2 kuarkan budak (dorg rase xazab tu?) sesenang plak letak kat tong sampah, bus stand n buang kt sungai. Pastu kuar kat paper, ANAK TONG SAMPAH. Xsedih ke ko dik?? Ko igt sikit benor ke keje polis nk siasat sape mak bapak budak tu? Ko kalo xnyusahkan org boleh? kalo mak ko kata,

“kecik2 xnk mampus, dh besar nyusahkan org”

akak mmg sokong!!

Dah la, akak nk ckp panjang2. Sbb benda dh berlaku. Minta doa la anak2 kite yg blom lahir ni, adalah anak2 halal. Mana la tahu esok luse anak cucu kite plak yg wat perangai kan? Sebagai org Islam, ingat Allah tu penting. Doa tu senjata. Gunakan akal sebaik mungkin sbb kite ni khalifah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tuesday, December 21, 2010

IBU, MAMA, UMI, MUMMY

Ibu, pengorbanannya begitu besar. Setiap kelahiran ada drama tersendiri. Di bahumu terpikul amanah Allah. Air mata mu bukan sia-sia, ia lambang pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

Ni kwn2 baru yg aku kenal kt spital. Aku sekadar nak share je sedikit cerita mereka.

1. Nama: Chan Ada Aku Kisah

Chan AKK ni lahirkan bby girl without husband. Kira anak luar nikah la. Tapi Chan AKK ni cina. “Hubby” dia kt Hong Kong. kenal masa Chan AKK study kat situ. Bile habis blaja n keje, dia balik ke M’sia. Family Chan AKK ni,x de sorg pun adik beradik dia yg kawen, n semua xde anak. Kira parent Chan AKK ni de waris la. Chan ni ank bongsu, dh 32 tahun. Walaupun parent dia marah kat dia, tapi dorg still terima Chan AKK and anak dia sbb tu la satu2 nye cucu dorg. Dalam adat cina, kalau dia xkawen lagi, anak tu kene letak nama family sebelah ibu. Sbb ibu yg lahirkan. So, anak Chan AKK ni adalah Chan Jr. Aku tnya la kat Chan AKK,

Aku: you kene beranak lagi la, sbb anak u girl..u kene kasi boy la pulak.
Chan AKK: tak nak..sy sudah serik..sgt sakit
Aku: abis, kan Chinese lagi suke boy maa..nnt baru leh jdi waris
Chan AKK: xpe, nnt sy suruh anak sy buat mcm saya jugak
Aku: Good planning!!

2. Nama: ZH

Ni kira adik aku (24thun)..dr mula aku masuk dia la jiran aku sampai we ol tukar bed pun still dok sesame. Dia dh admit sejak 19hb, tapi aku xpenah kenal jiran aku ni. Dia dok kat LB 2hari!! Dalam pale aku dok pk, apela azab benor budak ni sampai 2hari kat LB. ZH ni normal je spnjang pregnancy, tapi bile dh 8bulan, tetibe lak detect de high blood. Dia nk admit kat swasta, tp swasta tolak sbb high sgt. So dia masuk MGH. Sebb high sgt so dia kene kuarkan bby awal even baru 8bulan. Aku xtahu sgt cara doctor nk kasi keluar. tapi rase nye sbb dh bagi ubt, tp jln xbukak, maka kene c-sect. dah 2 hari aku kt spital, baru aku kenal orgnye. Bagi ibu2 yg high blood, dia kene kasi turun darah dia dulu baru leh kuar wad. tapi si ZH ni asyik sedey je sbb bby dia kt nursery. kene kuning plak tu. pas tu ZH ni bukak fb tru iphone, kwn2 dia ada bagi hint perli2 yg kata dia lahir anak luar nikah sbb usia xcukup. ZH ni buat pengetahuan semua, beliau bunting pelamin yea. Maka, itu menambahkan lagi high blood beliau. Even dia admit b4 aku, dia keluar after aku. Kesian dia. Byk dugaan dia.

3. Nama: Spital adalah Banglo ku..

Akak ni lagi kesian..dr aku masuk ms false alarm aitu, sampai la aku dh beranak..dia xkuar2 lagi dr spital. Masalah dia adalah uri di bawah. kesian kan?? Bile aku kenalkan diri aku, dia kata tak berapa nk ingat sbb jiran dia byk sgt. Bertukar2 org dah..hehe. tapi lastly dia igt jugak.

4. Cik Berani Buat, Berani Tanggung

Budak ni 19 tahun, lahir anak luar nikah gak. tapi nk blame family yg pandang serong kat dia. Dia tahu dia pregnant bile kandungan dh 5 bulan. Sepanjang tu, dia dtg period mcm biasa. Doktor kata, sbb dia muda lagi, so period dia xbetol lagi. Once dia tahu hamil, dia trus kawen ngn boyfren dia. Boyfren dia bertanggungjawab la..bf dia benti degree (tp ada diploma) and cari keje. Dia plak postpone study dulu. Dia blame family dia jd mcm ni sbb suke halang dia buat mcm2 masa dia kat kampong. Bile dia dpt peluang blaja kat KL, dia rasa bebas n nk try sume. Sempat la aku tnya,

Aku: kalau dating selalu gi mana?
CBBBT: Sewa hotel

Ok la tu kan, xde la nk memprojek kat tmn bunga ke tepi batu sungai ke ape. At least cinta dorg tu mahal la sikit.

Ehm..byk kisah2 ibu2 ni kat spital..igt nk cerite semua, tapi letih la plak. cukup2 la tu.

Salam.

Monday, December 20, 2010

Saya dapat handphone!!

Saya dapat handphone!!

Ni post istimewa buat suamiku yang tercinta, En Nor Asmawi Yusof.
Honey tak kahwin dengan b sebab harta
Honey tak pilih b sebab rupa
Apatah lagi sebab ada agenda-agenda tersembunyi
Cukup honey kata honey terima b sebab keikhlasan dan keberanian b
Segala memori pertama perkenalan kita, akan honey semat dalam minda ni
Hanya Allah saja yang tahu perasaan honey pada b

Thanx sayang sbb jaga honey ngn baik selama ni. Thanx sbb jadi suami yg bertanggungjawab.
B la kawan, kekasih, tulang belakang, bantal peluk, tongkat dan semangat honey.

TERIMA KASIH B sbb bagi NINA kat Honey. Tanpa B, Nina xkan lahir :-P
TERIMA KASIH!!

p/s: sbnarnyer nk ckp thanx hadiahkan honey handphone sempena besday n kelahiran Nina;-)

Saturday, November 27, 2010

Caj Hospital Swasta Mahal? Berbaloi ke?

Salam,

Hari ni aku nk cerita plak pasal hari2 awal Nina di dunia. Nasib Nina xmacam baby2 dlm tv. Lahir je dh leh tido, berak dan nangis sebelah ibu. Di sbbkan Nina dh termakan najis, maka dia kene duduk dlm nursery. First aku tgk Nina (dlm LB) suci bersih mcm baby yg lain. Esoknyer, pagi2 lagi aku ajak hubby g tgk Nina. Tapi peraturan nursery tu sungguh mengecewakan. Hanya ibu shj yg leh lawat bby bile2 masa. Bapa tetap kene ikut waktu lawatan iaitu 1-2pm dan 5-7pm. Org luar langsung xleh masuk. Jadi aku sorg je masuk. Aku cari2 anak aku xjumpe. Aku gi tgk kat board, Nampak nama aku then trus gi kat cot tu.

Ya Allah, tuhan je yg tahu betapa luluhnye hati aku. Nina kene duduk dlm incubator siap dgn wayar berselirat kat badan dia. Sedihnye bukan kepayang. Sempat aku jupe nurse kat situ tnya keadaan Nina. Aku tnya, kalau aku nk susukan Nina mcmana? Dia kata kene tunggu Nina keluar incubator dulu. Buat masa sekarang, susu masuk ikut tiub direct kat mulut dia. Pastu aku trus dapatkan hubby. Nangis!! Sedih!!

Esok tu, di wad, aku dpt kol suh aku dtg nursery susukan bby. Masa ni, hubby dh balik. Sbbkan semangat, aku jalan kaki g nursery (pastu kene marah ngn mak n mak mertua). Aku susukan Nina dekat cot dia je, sbb walaupun dh kuar incubator, tapi dia still pakai alat bantuan oksigen. Then, aku pun tangkapla gambar dia. Sekali kene tegur. Xleh tgkp gambar, kalo nk tangkap juga, kene isi borang bagai (What ..?)

Dalam masa ni, aku sbnarnyer dh leh kuar sbb aku totally ok. Tapi, sbb Nina xdischarge lagi maka aku pun dok la kat wad tu sorg2. Nina patut leh kuar 24hb (sbb Nina nye antibiotic 3hari dr 22-24hb) tapi terpaksa kuar 25hb (dan bukan salah aku!!)

Aku igt lagi 24hb, harijadi aku, awal2 lagi aku suh hubby bw lipstick dtg wad. Sbb aku nk mandi n cantik2. Nak kuar wad kan hari tu. Kira hari jadi paling bermakna la. Then dgn semangat ibarat Ibu Aminah, hubby tolak aku dgn wheelchair ke nursery. Sampai je kat situ, ada note tampal kat cot Nina, “branula leaking”. Ape menatang branula?? Pastu doctor datang then bagitahu, alat masukkan ubat yg cucuk kt tgn Nina (branula) tu bocor. Ubat mlm td xmasuk pun dlm badan dia. So kene tukar branula baru n tgu sehari lagi. Masa tu mmg rase nk mencarut bagai. Bodoh!! Cukup la aku tahan sabar selama bebrapa hari ni. Aku xcakap byk…aku kuar trus. Aku gtau hubby. Hubby pun terduduk kat kusi luar tu.

Cuba korg bayangkan, tiap2 hari mak mertua aku, datang lawat aku, sikit pun dia xberpeluang tgk cucu dia. kwn2 yg dtg lawat aku pun xleh nk lawat Nina. Apa la bengap sgt peraturan kt MGH ni? Kalo ye pun factor keselamatan, cari la cara yg bersesuaian utk kepuashatian semua pihak. Korang nk kita org faham cara kerja korg.Tapi, yang kes branula tu apa kes plak? Macamana kerja korg??

Buatla satu bilik ngn cermin. bila masa lawatan, bagi la ibu2 ni tolak cot baby kat cermin tersebut supaya org luar leh tgk. Bukannyer nk letak baby 24jam kat situ. Ambil giliran la. Aku faham takut kes curi bayi la, infection pada bayi la..tapi kalo tgk ikut cermin, masalah ke?? Nak tangkap gambar pun xleh..apsal?? kuman merebak ikut handphone ke??

Esok tu, aku biasa2 je bgun. Aku xnk berharap. hubby tolak aku ke nursery. Doktor kata kene tunggu keputusan darah keluar. Kalau ok, bru Nina leh kuar ari ni. Darah di ambil kol 7am td. Result mybe kuar kol 11am, 2pm @ 4pm. Setiap waktu tu aku gi. Tak putus2 doa aku. Finally, result kuar kol 4pm. Hubby dpt kol suh amik bby kat nursery. We ol pergi la. Sekali Nina xleh kuar. Sebab?? Sebab pihak nursery ingat aku dh discharge tu yg dorg kol hubby. Kalo ibu blom discharge, baby akan dihantar ke wad ibu. HISH!! masa ni lagi aku nk menyumpah. Dorg xlink ke antara wad aku n nursery. main pakai bantai je buat kerja. Yg hari2 health record aku tulis “will discharge when bby discharge” tu ape?? Naik berbulu aku dgar doctor gtau menda yg sama kat aku hari2 tu ape?? Masa bile plak aku discharge!! SABAR!! Nina sampai kat wad aku kol 6pm. Hubby setelkan urusan bil n ubat then we ol berambus dr spital kol 9 MALAM.

Walaupun keadaan aku ok, tapi tiap2 mlm aku nangis. Tiap2 mlm tgk gambar n video Nina (yg aku tangkap kat bilik nyusu). Gambar tu la pengubat rindu aku, hubby n family. Ada tym bile nurse check, aku demam. Dia tnya nape? Aku cakap rindu anak. Dorg suh sabar.

hari Selasa, 26hb, we ol trus balik KL. Sampai la ni, aku masih lagi di KL. InsyaAllah nk balik Melaka next week. Nk blaja jaga bby berdua je ngn hubby tanpa assist from family.

Ok la…tu la coretan aku kali ni. mcm post yg lepas, terpulang pada persepsi korg psl MGH. Mungkin nasib aku xsebertuah yg lain kot. Aku redha, walaupun ada kekecewaan dlm hati.

Assalamualaikum…

p/s:

21hb-Nina lahir
22hb- in incubator
23hb- dh dok luar tp still ngn oxygen machine
24 & 25hb-dok cot biasa (nk nyusu kene g bilik nyusu..tu je satu kawasan yg xde cctv)

Tuesday, November 23, 2010

Kronologi Kelahiran

Salam,
hai kwn. Apa khabar? Alhamdulilah aku sihat. Hari ni, berkesempatan gak aku nk update blog ni. Bukan ape, broadband abh aku hilang. Tu yg xleh nk online. Ok, kali ni aku nk crite psl pengalaman bersalinkan Nina temoh hari. Post ni saje je aku nk share ngn korang, mana la tau ada org google psl kelahiran, terjumpa lak blog ni. Boleh gak aku tambah pahala dan dia tambah ilmu, ye dak?

Ok, post aku jom jln2, hilangkan sakit, positivekan minda adlh my last entry b4 delivered aitu. Ms tu dh rse sakit2, tp xtahu sakit betol ke tak? (ak xnkla false alarm lagi). Aku wat keje kt opis mcm biasa, tp dlm ms tu, each tym aku rase sakit perut, aku tulis masa dia. Sedar xsedar, dh 2 jam sakit perut..bile aku tgk catatan masa aku, menunjukkan aku sakit setiap 10 minit. Cuak jugak aku. Ditambah lagi mind aku dok pk nk bersalin 20102010, manalah tahu ada rezeki, kan? Aku kol hubby n sempat berchatting ngn kwn2. Cian Tihah (Fatihah PP1), nk dekat 10kali dia dok tnya 'laki ko dh sampai lom?'. Dia yg cuak lebih.hehe. Thanx tihah teman aku tym tu w/pun tru fb je. Walaupun aku gelak2 je, aku sbnarnye neves sgt;-P

Bile hubby sampai, we ol tenang-tenang aja balik umah, amik pe yg patut and drive tu MGH (Melaka General Hospital). Ms ni xdela kalut sgt, we ol kn dh de pengalaman;-P. Sampai je spital, we ol direct tu kamar bersalin. Pas di'seluk', dh buka 1cm. Tapi xde la sakit mcm aitu. (aitu sbb jln xbukak lagi kot tp diseluk jugak, mau xsakit, ye dak?). So kene masuk wad la jawabnyer.

20102010, berlalu seperti hari2 yg lain. (xde rezeki).
Dlm kol 4 pgi, aku dh rase sakit 4minit sekali. Tapi aku tahan je. Lepas subuh, aku gtau nurse yg aku dh sakit. Nurse suh aku wat CTG kat bilik rawatan. CTG ni utk monitor heartbeat baby. Dia pasangkan alat mcm headset kat perut kite n sambung kt mesin. Nnt mesin tu akan graphkan heartbeat. Tym ni, seluk, dh 4cm. Darah pun dah kuar. Darah dia bercampur ngn lendir yg putih jernih mcm jeli. Tapi sakit dia ok2 lagi. Kira leh la nk senyum2. Pagi tu spital bagi sarapan roti dgn milo. Aku minta hubby bw sarapan berat sikit, in case aku beranak awal, leh gak wat tambah energy. Hubby belikan aku McD.

Start dr 4cm td, doa xputus2. Yela, sikit sebanyak, cuak tetap ada. Masa melawat pukul 1, ibu abh n dikjai dtg dr KL. Pak ndak n makndak aku pun dtg. Mak mertua aku tolong urut2kan pinggang aku. Masa ni sakit dh menyengat. Dia dtg sekejap2. Bile dia dtg, mmg aku xleh nk cakap. Dok mngerang atas katil. bile sakit hilang, aku leh wat lawak lagi ngn family. Lunch aku xmkn,sbb dh xde selera. Dik jai yg habiskan. Org kata sakit contraction ni mcm period pain. Aku yg xpenah kene period pain mmg rase menda ni sgt sakit. Rase mcm ada org pulas2 pinggang ko. Kol 2, tamatla ms lawatan. Semua org dh tinggalkn aku. Sejam aku tahan sakit. Zikrullah xlepas dr bibir, air mata xhenti dr mata. Kol 3, nurse tnya nape? (bleh dia nk tnya lagi?) Wat CTG sekali lagi. Dan aku dibiarkan sendirian di bilik itu. Sebabkan sgt sakit, aku terguling2 atas katil, maka graph aku xcantik n terputus2. Xleh nk capture sbb aku xdok diam. Nurse datang kol 4 n tnya nape putus2 graph ni? Aku ckp la aku dh sakit sgt ni. Dia seluk…sekali dh 7cm. Terjerit2 dia panggil org utk anta aku kt labor room (LB). Kat luar wad, aku jupe hubby n mak mertua aku. Mrk temankan aku ke LB tp dorg xleh masuk. Tapi aku lupe minta maaf kat mereka. (hehe)

Dlm Lb, aku ditemani oleh sorg nurse pelatih. Kaki aku di ikat pada palang. diseluk, katanya baru 4cm..(bercanggah ngn nurse kt wad td??) So, aku dijangka bersalin kol 10 mlm. ( bukaan 1cm=1jam). Air ketuban aku dipecahkan. warnanyer jernih. Maksudnye normal. Kalau hijau, maknanye, bby dh mngeluarkan najis (itu bahaya ok). Then, kantung air kencing n najis dikosongkan. Sakit masa ni, tak leh nk cerite, AZAB!!. Masa ni, family, kwn2, hatta suami pun xleh nk bantu. Hanya ALLAH je!! Kalo hubby kata I LOVE YOU pun, mmg aku bolayan je. Sape2 rase nk wat lawak bodoh, mmg sure kene terajang aku. Sakit dia tu buat aku hilang kawalan. Sekali bidan masuk pukul 5, dia tnya, “nape awak teruk sgt ni? meh sy check”. Kene seluk lagi..dh 10CM!!. Tergesa2 dia panggil doctor n nurse. Ramai giler dlm bilik aku..lebih kurang 10 org tp doktornyer muda2 sebaya aku.

Masa ni ramai yg bagi semnagt, “teran kak!!, sikit lagi je kak!! dh Nampak pale baby tu. Teran lagi kak!!” mmg riuh la bilik tu. Tapi ada gak yg marah2. Aku igt muka dia sampai sekarang. n aku yakin dia blom penah bersalin!!..(tp aku dh maafkan). Cara teran aku betol, xde masalah, mmg mcm nk teran berak. On the way teran-meneran, rupenye Nina dh berak..ditambah ngn aku yg xmakan n dh de tenaga, maka dorg amik keputusan nk vakum aku. Dlm kol 6.07 selamatlah Nina melihat dunia.

Masa ni, hubby kat luar tgh tunggu nk masuk tgk aku bersalin. Nurse tu kata nnt kalo nk bersalin, dia akn panggil. Tapi dh lama sgt tunggu, hubby tnya la, bile?. Bile nurse tu kol LB aku, rupenyer aku dh selamat bersalin. Terlepas hubby nk tgk aku..(Ni dr cerite hubby la)

Kemudian aku dijahit oleh doctor yg baru nk apply cara menjahit. Aku xtahu besar mana koyaknye, tp yg pasti, sejam aku dijahit. Ms ni, Nina yg dh bersih, dibawa pada aku. Dorg suh tgk sex ape n cium dia. Sgt terharu n bersyukur. Waris aku dh ada di dunia. Alhamdulillah. kemudian bby aku kene tahan dlm nursery sbb dia dh mkn najis (nnt aku tnya dia, sedap ke?). So kene monitor sbb takut ada jangkitan kuman. ms jahit ni, aku borak2 ngn doctor, rupenye dia junior kwn aku. Kol 7 habis jahit, aku diberi minum air and kuarantin 2 jam. So kol 9 baru balik wad. Kuar dr Lb, hubby trus cium aku ckp terima kasih. Alhamdulillah.

Tu la sedikit sebnyk cerite aku. Sape2 nk tnya ape2 leh contact aku. InsyaAllah aku sedia berkongsi pengalaman.

p/s; byk komplen aku dgr ttg MGH. kalo ikut pengalaman aku sendiri, rasenyer pasni anak aku lahir kt Selangor plak kot, boleh?




Friday, November 12, 2010

Confinement Mood~

Slm,

byk yg nk dicoretkan..

But in Short...

Saya sedang belajar erti kehidupan, keinsafan, pengorbanan.
Sayangi ibu anda sepenuh jiwa (selagi beliau masih ada)
Sayangi suami anda kerana dia penentu Syurga
Sayangi anak anda kerana doa beliau penyambung pahala di alam barzakh

p/s: Melihat diri dr sisi yg berbeza ..terima lah taubat ku ya Allah

Thursday, October 28, 2010

Nurul Ayy Nina binti Nor Asmawi


AMPANG, Pasangan Aida-Mawi telah dikurniakan bayi perempuan tepat jam 6.07 petang pada Khamis yang lalu. Pasangan ini yang ditemubual lewat petang semalam berkata, kami benar-benar bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan pada kami. Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata tatkala kali pertama saya melihat Nina (bayi), tambah Mawi lagi. Aida yang melahirkan bayi menggunakan vakum menambah, kami memberikan nama Nurul Ayy Nina yg membawa maksud cahaya mata kami, memandangkan Nina merupakan cahaya mata kami yang pertama. Sekarang kehidupan kami bertukar sepenuhnya. Kami perlu memikul amanah yang Allah berikan kepada kami. Saya berharap, agar saya dan suami dapat membimbing Nina ke jalan yang diredhai-Nya. Ianya satu amanah yang besar sehingga kadang-kala saya takut untuk memikirkannya, luah Aida sejujurnya. Nurul Ayy Nina selamat dilahirkan di Hospital Melaka pada 21 Oktober yang lalu dengan berat 3.1kg. Pasangan ini dan bayi mereka sekarang berada di rumah ibubapa Aida bagi menjalani adat berpantang. Kami di BLOG, mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

Wednesday, October 20, 2010

Jom Jln2..Hilangkan Sakit..Positivekan Minda




03.10.10
Jln2 @ KL



10.10.10
Jonker Walk

17 October 2010 (my expected due date)

Kg Morten






baby still in my tummy
~~(.")(",)~~
40weeks and 3 days

Jeng..jeng..jeng

Slm,

10.10.10 sudah berlalu
begitu juga 17.10.1...
mlm ni 2010, 20.10.2010 isytihar Melaka Maju..
anak umi xmo kuar lagi ker??

Last date dr kasi, 25.10.2010..
bby, kamu dh xde alasan lagi..
umi xsabar nk jupe kamu;-)

Friday, October 15, 2010

Alhamdulillah~~

Slm,

Mesti korg tertunggu2 brite aku kan? Hehe.
Alhamdulillah, hari Selasa aitu aku selamat habiskan syllibus utk sume subject aku. After office hour je, aku g check up n mintak mc 2 hari. Then aku n hubby, trus balik KL.

Balik KL bukan sbb nk berehat bersama keluarga yea...ini adalah kerana menunaikan hajat en suami yg nk tgk bola KELATE vS SeLAnGor. Ala..yg huru hara kat stadium aitu. Aku ni mmg baik hati dan suke bertolak ansur, dlm keadaan mcm ni pun nk travel lagi. Seb bek parent aku xbising. (Korg pun mesti beristigfar kan? :-P)

Kalo balik KL, otomatiknyer, aku tido bilik adik aku yg bongsu tu. Dia baru abis pmr, dan sore nyer tgh proses pemecahan..hikhikhik. Dia masuk bilik dia nk amik alarm clock n bw masuk tido bilik akak aku.

AKu: Xyah la amik alarm..angah bukan tido sini pun.
Dik jai: Angah tido mana?
Aku: nnt pas abg mawi balik, we ol balik melaka trus. Abg Mawi keje esok.
Dikjai: abis balik ni utk ape??
Aku: tgk bola la..
Dik jai: HIsh..hasben angah ni..bukannyer nk jaga angah !@#$%^&*

aku jdi nk gelak..sbb adik aku membebel mcm puan. Tapi we ol xjd balik mlm tu. Tayar kete hubby pecah mlm tu ms sampai kat stadium. So, pagi esoknyer, hubby amik EL. Pas tukar tayar kete 2 bijik=RM400, we ol amik mt Parent-in-law kat putrajaya n balik melaka. So, PIL i ada kt umah sekarang. Seronok tgk gelagat mak n abah aku tu.

Rabu aitu, sempatla hubby anta motor dia g workshop depan umah tu, sbb nk tukar tayar n bateri. Tapi xsempat siap. Semalam, mak n abah siap2 pakai bju, gi jln kaki round2 area umah aku tu. Aku xikut sbb smlm rase xlarat sgt. Bile balik je, tgk abah dh g amik motor hubby. Petang tu abh round2 lagi cari balai sah (surau). Seronok tgk abah n mak senyum.

Semlam petang, aku kire kadar sakit aku mcm sejam setengah dh rase senak kat perut. Tapi alhamdulillah, hari ni dh ok plak. Jap lagi kol 9.30 ada test 2 utk bebudak first sem, then aku nk siapkan carry mark hari ni. Sbb Isnin n selasa aku nk cuti lagi. Aku dh xleh nk duduk lama2 sbb rase senak sgt perut. Nk berbaring je.

Tu je kot aku nk cerite. Oh yea, smlm gi checkup. Semua ok. berat naik 100g dr last week. Xsangka lagi 2 hari je due date aku. Kalo xbersalin 17hb ni, aku de appt kat spital melaka 18hb. appt kat klinik desa 19hb. woha!! seronoknyer g checkup sbb aku suke tahu keadaan bby aku.

Kwn2, doakan aku yea. Nnt papahal, aku update lagi. Dgr cerite, minggu ni, ipar duai aku plak nk dtg. woha!! seronoknyer..meriah umah i nnt:-D

Monday, October 11, 2010

Progress untill 10am~ today

slm,

dr mlm td rase xsedap perut n ati.

9.10pm ~hubby urut perut ngn baby oil, urut pinggang n betis ngn myk panas~~tertido trus
11.30pm ~terjaga, bangun solat isyak, sambung tido
3.15am ~sakit perut~~toilet~~ big water
5.23am ~sakit perut~~toilet~~big water but small amount
6.30am ~bangun, big water, mandi, siap, solat
7.30am ~ dh sampai opis~~wat nescafe cicah biskut
9.00am ~ muntah (bdn rase xselesa, kejap2 offkan aircond)
9.40am ~ beli nasi goreng+mee goreng + ayam...
10.00am~ tulis entry ni..

Masih rase xsedap ati, xsedap badan, xsedap tekak n xsedap pewut..doakan semuanyer selamat.

Friday, October 8, 2010

What can I say??

Salam, u ols..

Mesti u ols dh muak bc entry aku psl bby kan?? Dlm ati korg mesti menyumpah "biler la budak da bomzz ni nk beranak". Ada aku kisah?? tapi aku tahu follower aku xmcm tu. Follower aku baik kan?? hihi

Hari ni, 8/10/10..bermakna 9 hari lagi nk ke due date.
Memula masa hospitalized aitu (30/09/10), kunun2 nk bby kuar at least esoknyer (01/10/10). Kunun2 no cantik la. Sekali, bby xmo kuar..memain lak dia. Anak umi ni suka gurau2;-)

Bile dh tahap ni, doa2 plak..nk kuar ahad ni 10/10/10. Kan ke cantik? hihi. Kalo deliver 20/10/2010 pun bagus, untung nasib, dpt masuk paper sempena MELAKA MAJU.hihi. Tapi awal preggy dulu, mmg mati2 nk sama ngn besday i 24/10/10. Tapi bile dh lagi 9 hari ni...xde nk pikir2 lagi. Bile2 nk beranak pun xpe. Janji selamat. InsyaAllah~~

Smlm, aku msk sambal nugget n pucuk ubi tempoyak. Haha..pucuk ubi tempoyak tu, ibu yg bagi..aku panas kan je. Dah xde menda nk masak, hubby x sempat g beli bhn mentah. Aku blasah je la masak nugget tu. Pastu hubby kata xkene la masakan tu. nasib je la...

Pas mkn, aku rase senak..dok kejap depan tv, aku jd lesu...bby plak siap wat akrobatik plak. Hubby trus takut nk pegang perut..hubby kata, ngeri tgk pewut gerak2 terlampau hebat.
Aku masuk bilik..guling2 atas katil. Tapi xselesa je. ngiring kanan xselesa, kiri lagi haru. Peluk bantal rase lemas..at last aku panggil hubby. Mintak dia urut kan belakang.
"Sedap n nyaman nyer" dh terngiang2 dlm pale otak aku ni~~ xsabar nk lomantik2 ngn hubby.

BIsmillahhirrahmannirahim..hubby mulakan urutan.
OH MAK KO!! terkejut aku...makin hubby urut, makin sakit2 badan aku jadinyer..terjerit2 aku dibuatnyer. Hubby pun terkojuit. Dia tnya, nape??

Bile hubby urut belakang, bby pun sibuk nendang kat depan. Maybe sbb pale dia dh masuk ke kantung bwh, n bile hubby urut pinggang ke bont* aku ke, bby terasa, tu yg dia melawan.

Xpenah2 aku menangis bile diurut. Smlm, meleleh2 air mata aku. Patut la ada puan yg mmg xleh disentuh lgsung ms preggy. Sampai 2-3 bulan x 'bersama'. Alhamdulillah, hubby xde la sangap sampai mcm tu. Cume smlm jek aku rase sakit sgt2 bile diurut. Mlm ni xtahu apekah nasib aku. Harap, normal seperti biasa.

Pastu, aku tertido, of kos la dlm pelukan en suami. Sekali mimpi plak. Aku selamat lahirkan bby. Rase lega sgt pewut. Bila sedar, aku trus bgun, sekali perut terik da..aiseyman, igtkan dh kuar anak umi ni.hihi. Cian bby terkejut ummi bgun cepat2 yea.;-)

Tu mimpi kedua sbnarnyer..aku penah mimpi dh bukak 6cm. Psiko tol mimpi2 aku ni.

Esok, insyaAllah family aku nk turun Melaka. Rase ringan sikit "penderitaan". Xla pikir sgt sakit2 ni. Moga2 dgn redhanyer aku terhadap sakit ni, bertambahnyer saham akhirat aku kelak. Xsabar nk deliver sbb nk total dosa equal ngn zero. InsyaAllah...

Masa makin berlalu...tik..tik..tik..


Pengalaman indah mengandung akan berakhir....


Menunggu proses bersalin pulak...


Doakan aku selamat yea..in case la terberanak weken ni.. (10/10/10)
kalo bby lahir tarikh tu, aku bagi 10 sen sorg pd yg komen;-)

Slm, nk balik dh~~(.")(",)~~

Tuesday, October 5, 2010

BerMiMpi kah Aku??

Salam,

u ols..nampak x count down kat kanan blog ni...yg ada pic baby pusing2 tuuuu...
lagi 12 hari je bby nk kuar lihat dunia. Macam xcaya je aku dh bw bby selama 38 minggu, 2 hari.
pejam celik, pejam celik dh nk tempuh peperangan ngn nyawa.

Actually, biler dh hospitalized, byk yg aku sedar tentang kehidupan. Rase mcm nk tercabut nyawa dh. Rase dh xsempat nk wat pape kalo...

Pengalaman kat kamar bersalin, walaupun hanya 5 jam, cukup memberi impak yg besar pada aku.
Tgk keadaan org lain menanggung sakit, ditambah diri sendiri yg tahan2 sakit...serius!! Kalo aku bersalin, aku mcm nk bagi hadiah buat ibu aku.

Mungkin, pengalaman baru wat hubby gak. Dia melayan aku mcm puteri pas kuar spital aitu. Ape aku nk buat n nk makan, akan hubby tunaikan. Serius ni!! Balik Kl aitu, hubby bw aku jupe kwn2 aku. Pastu mkn je ape aku nk mkn.

Setakat hari ni, alhamdulillah, aku sihat n bersyukur ngn ape yg Allah dh kurniakan kt aku. Hari2 aku doa agar aku bersalin ngn mudah n selamat. Dan baby yg bakal lahir ini sihat.

Mood: terharu dgn kurniaan Allah

Monday, October 4, 2010

FaLsE aLaRM!!

Slm, hye u ols..sihat tak??

Alhamdulillah aku sihat2 aje. Aku nk cite perjalanan idup aku starting khamis aitu. Cheh!! mcm de org nk tahu je kan..poyo tol..Nurul Aida ini.

Hari Khamis tu aku keje mcm biasa. Just aktif sikit sbb nk sediakan file for iso visit. Kol 10, aku gi kelas. Sejam je. Pastu aku masuk bilik meeting jupe ngn pegawai2 iso tu (interview). Then, aku start sakit perut. Berlari2 gak la aku nk gi totoi. Mcm nk terburai segala isi perut.

Sampai je toilet, Oh My God!! kat panty aku ada show+ darah. Xde la byk tapi terkejut la gak. Actually, pagi tu lagi dh ada benda mcm tu ms aku mandi. Tapi aku bo layan je. Tapi kali ni, sbb + ngn sakit pewut, aku runsing giler. Tros kol hubby.

Then we ol direct to GH. After regist n check up sume, doktor kata dh terbuka 2cm. Kena masuk wad. aku regist dlm kol 2, kol 5 aku still xdpt wad. Aku minta nk balik umah dulu. tapi doktor tak kasi sbb dh terbuka, dia kata la. So, tunggu punta tunggu...kol 7 baru dpt katil. Aku pun berehat. Cian kat hubby yg penat tunggu same2 ngn aku. Dlm kol 10 baru hubby balik.

Mlm tu aku xleh tido, dok pk, bile nk beranak. lagi pun baby2 kt situ xhenti2 nangis. Bersambung2..mcmana nk tdo. Dlm kol 2, baby patience yg sebilik ngn aku tu, nangis tak hengat punye. Dh keempat2 ibu dlm bilik tu tak leh tido. we ol berborak sampai kol 4 pagi. Mcm2 borak. Sempatla amik beberapa tips sbgai panduan.

Pagi tu, bile aku kencing, adalah show tu. Tapi xde dah kes sakit2 pewut ni. Aku jadi bosan lak dok kt spital ni, sbb aku mmg xrase sakit. Aku tunggu doktor dtg check dlm kol 10 mcm tu. Dia pegang pewut aku 10minit, dia kata xde contraction lagi. Dia suh balik dulu. kalo betol2 dh sakit baru dtg spital. lagipun, umah aku dekat (katanya la)

So, aku pun discharge. Sbb ni first tym dlm idup aku n hubby menghadapi saat kecemasan, maka, sampai je umah, kami tidur keletihan. Then, kami decide nk balik KL...best giler dpt balik KL. Terasa disayangi.

Nnt aku sambung cite kt KL plak.

So far, setakat ni aku leh ckp, aku sihat lagi, aktif lagi, aku makan ngn byknyer sekarang. Aku nk rush kelas minggu ni, takut anything happen nnt.

kirenyer skang ni aku bergerak ngn 2cm keterbukaan. hehe.

doakan aku selamat yea:-)

Wednesday, September 29, 2010

Keep Counting

Salam,

Hye u olss..this coming weekend, bby aku bakal berusia 38 minggu. Pada usia begini, ramai ibu2 yg dh terberanak. Alhamdulillah, aku masih sihat lagi.

Org kata, simptom2 mengandung n bersalin kite akan ikut mcmana mak kite dulu. Nampaknyer, hal2 loya, muntah n mengidam, memang aku mengikut ibu aku. Dan utk beranak ni pun, aku berharap akan ikut ibu aku.

Ibu bersalinkan kelima5 kami pada tarikh yg ditetapkan. Tidak lewat dan tidak awal. Tiada kepecahan air ketuban. Yg menjadi tanda hanya la setitik pengeluaran darah. Ibu juga hanya duduk di wad paling lama sehari. Sbb bile dh kuar darah, gi je hospital..trus bersalin. X lama. Tp ms tym adik aku yg bongsu, tu lama sikit. Sebab ada masalah teknikal.

Jadi, aku assume, aku pun bakal jd mcm ibu. Walaupun peluang nk bby same besday ngn aku mungkin tipis, tapi lebih baik bby kuar on tym. Jgn la kuar awal. Aku xabis ngajar lagi. Skang ni mmg aku try to rush ngn wat extra kelas. tapi aku balik yg xlarat. Nk diri lama2, nk explain lagi. Tercungap2 aku. So, hopefully, semuanyer berjalan lancar. papepun aku terime ketentuan Nya.

Smlm we ol gi tgk wayang. Cite Resident Evil. Best r citer tu. tapi kalo aku xpreggy, maybe lagi excited kot. Mula2 tu aku rase cam nk majuk je ngn hubby bw aku tgk cite puntianak ni. Tapi rupe2nyer, best giler citer ni. Just aku byk tutup mata utk part2 yg menyeramkan.

Tapi cite ni poyo n byk xlogik. Yg aku cakap best dr segi bunyi n action dia. Yg lain poyo jek. B4 that, we had dinner at McD.

Sebenarnyer dh 3 hari aku xmasak. huhu...Bukan sbb ape, tp ketiadaan bhn mentah utk dimasak. Nk beli kat mydin, tp mcm xfresh. Tapi dpt la beli ikan kat pasar mlm hari tu. Igt nk masak singgang mlm ni. tapi kalo ayam n daging, biasanyer, hubby yg belikan. Sebab dia beli segar dr ladang.

Oh yea, semlm g checkup. Berat turun 600g. Hola...aku dh xtahu nk wat pe. Suka suki dia je nk turun. Pek bersalin pun dh beli. Sume dh ready la. Tinggal nk bersalin je lagi.

Saja je nk merepek mengaban ni. Xde menda menarik nk tulis. Tapi at least esok luse, bile aku bc..aku tersenyum sendiri. hihi...ok la..pewut dh kenyang ni. Mata cam kuyu lak. Kalo aku xbersalin lagi, nnt aku updet lagi. cow cin see...

Salam

Friday, September 24, 2010

23 days to go!!

Salam,

Semalam aku gi check up baby. Alhamdulillah semuanyer sihat. Berat aku naik 2.1kg (Alhamdulillah) Berkat mkn ketupat n rendang kot huhu. So, menjadikan berat aku naik 5.7 kilo dr zaman honeymoon dolu. Alhamdulillah.

Keadaan aku sekarang agak letih sikit. Dengan usia kandungan yg nk masuk 37minggu, perut yg membesar dan nafas yg tercungap..membuatkan byk benda yg aku xleh nk buat. Nak tido mlm pun susah. Kalo aku ngntuk kol 9pm, aku trus nk tido..sbb aku xtahu bile lagi aku leh tido. Hari Rabu aitu, aku tido kol 10, kol 12 aku dh bangun...pastu xleh tido sampai kol 3am. Ehm...keadaan sgt tensen. Dgn xcukup tido n byk kerja opis yg nk kene setelkan, aku jd seorg yg stress n pemarah. (agaknyer la) Kesian kat hubby kene layan karenah aku. Semalam ibu n along kol aku kol 11 lebih. Aku angkat tepon, jawab ngn marah2. Sbb tido aku terganggu. (Yela, nk dpt tido bukannyer senng). pagi td hubby suh aku kol ibu n minta maaf. sob..sob..terasa berdosa plak.

Pada usia 37minggu ni, bile2 je baby bleh kuar. (sgt takot!!) Biler ada tanda2, air ketuban, turun darah walaupun setitik n sakit seperti senggugut, sila la ke hospital ngn segera.

Harap segala proses kelahiran berjalan ngn selamat. Doakan aku ye kwn2.

Ni pic masa raye hari tu, 35weeks

Monday, September 20, 2010

Pose Sudah, Raya pun Sudah, Tunggu...

Salam,

Alhamdulillah, dh masuk 19 Syawal bersamaan lagi 27 hari utk aku deliver. Satu persatu teman dh selamat melahirkan anak. Aku tunggu masa je ni. Aku xkisah bby nk kuar awal ke, lambat ke, on tyme ke...tapi yg paling merisaukan aku adalah nk abiskan silibus b4 aku deliver. Kesian kat student. Xsempat abis blaja lak nnt. So, utk mengatasi masalah itu, aku plan nk wat extra klas utk student. terpaksa la pulun abis2an.

Ni urutan kelahiran teman2 ku;
kak zahirah~abg kadir=sofia alia= julai/ogos 2010
Fiza~Ipin = Aishah Aina=11 Ogos 2010
Melur~Bulat=Qaireen=27 Ogos 2010
Hj Khairul n wife=alif lokman= 7 sept 2010
liza~epul=15 sept 2010

Tunggu hari;
nurlailatulazmila
cekna
aku
dikla
emi
kak yanti
...
...
...


Haha, sgt teruja. Tgh mengutip pengalaman dan cerite dari mereka2 ini.

Alhamdulillah aku dh 36weeks and 1 day. Another 27 days to go. Baby sgt sihat pada hari raya ini. May be keterujaan kerana dpt mkn yg sedap2 saja. Ari khamis ni gi checkup. Hopefully everything will be fine. Alhamdulillah, rasenyer harapan aku nk fully breast feed mungkin akan tercapai. Ini kerana kilang susu sudah memproduksi produk2nyer. (Sgt hairan!!) Tapi itu normal kata ibu ku.

A big thanx to ______ for______
Aunty arie abdul ~baby car seat
Anisah Yusof ~ baby toy n wear
Intan Baizura ~Avent bottle set
Goh Koy Lee ~ Pureen Electrical Breast Pump
CS Student (KPTM) ~ Baby Set


Segala bentuk sumbangan dan hadiah dialu2kan..hehe;-P

Need To Go:-D

Wednesday, September 8, 2010

Itu Semua Allah Punya Kerja~~

Salam,

Lagi 1 cerite aku nk kongsi kat korang sempena bulan Ramadhan ni.

Life aku kat sini xdela semewah masa aku kt KL dulu. Kat KL dulu gaji byk sikit dr kat sini, dok pun umah mak abah. Xyah byr bil air, letrik, bli brg pasar bagai. Tapi tu dulu..skang semuanyer berubah.

Awal2 dulu maybe aku regret ngn keputusan yg aku amik. tapi aku tetap yakin, redha n percaya ngn ketentuan Allah. Alhamdulillah, setakat hari ni, semuanyer berjalan lancar. Allah dh rencanakan yg terbaik buat aku.

Selain ngn kedatangan CEO baru yg datang ngn mission n semangat tersendiri. Aku percaya, satu hari nnt kolej ni leh maju n membangun mcm kolej2 swasta yg lain. Selain leh up gaji, bonus n elaun aku hihi.

Allah dh tetapkan rezeki setiap umatNya. Jgn la kite pertikaikan kenapa org tu dpt lebih, kite dpt kurang. Kerana setiap yg berlaku tu, ada sebb tersendiri yg hanya Dia tahu.

Alhamdulillah..hubby dpt freelance job utk spaying atau castration kucing. Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan. Selain tu, ramai penternak yg bagi ayam n telur sempena bersedekah bulan Ramadhan. Ayam dpt 9 ekor. 3 ekor kami simpan utk raye, lagi 6 kami jual ngn harga murah. At least dpt tambah duit. Telur ayam ada 6 trays. 2 trays utk raya lagi 3 kami jual n 1 kami bgi kat jiran. Alhamdulillah. Aku sgt2 bersyukur. Kuih raye, kordial, kerepek, dodol..sume ada je org bagi sama ada dr company atau org perseorangan. Selain tu, hubby juga ada jual ubt luka utk haiwan ternakan. Tu pun laris jualannyer. Aku sebagai hamba Allah yg kerdil, hanya mampu sujud dan bersyukur ngn rezeki Allah. X pernah aku sangka, rezeki aku dtg dari pelbagai pintu. ALHAMDULILLAH.

Sekarang aku xrunsing lagi perihal kewanagn. Kerana disitu tersimpan Rahmat Allah. Dia pencatur segalaNya. Amin

p/s: sape nk spaying kucing, advice pasal haiwan ternakan, nk beli ayam n telur yg segar dr ladang...contact la sy yea:-D

Cerita terbengkalai..

Slm,

ni cerite dh basi..tp aku nk post gak. Ni sume gara2 blogspot telah dibanned kt opis aku ni. Sebbek dia dh bukak balik.

Pada Jumaat (27/8/2010) aku dpt mc sbb ketumbit mata aku ni makin membesar tp xpecah2. We ol dh plan nk balik kelate mlm tu sampai la merdeka. Tapi dh aku dpt mc, so tghari tu lagi kami dh bertolak. Kami bertolak ngn kwn hubby yg dok kt kuantan, ipin. Kami sampai kuantan, tym nk dekat2 berbuka. Hubby teringin sgt nk mkn masak tempoyak ikan patin. So, ipin bawak la kt satu kedai ni, sri kampung kalo xsilap. Peh..sedap giler ikan patin dia!! Aku yg xminat ni pun terpaksa admit maskan tu sgt power!!

Then kami melawat bby ipin yg baru lahir 1 ramadhan aitu. Sgt chomel. Xsabar tunggu bbby kami plak. Then perjalan diteruskan ke kg hubby di rantau panjang.

We reached kg around 3am. So sgt mengantuk. Trus tido je. pastu bagun sahur. Berbuka kat umah SIL. Xde ape sumbnagn aku ms balik kg aitu. Aku sgt xlarat. Betis, pinggang n belakang aku, sgt sakit. Xtahan...rase nk tercabut sume tulang temulang.

patut2 balik 31hb..30hb kami dh balik. Hubby kata kesian tgk aku xlarat. At least aku leh rehat 31hb tu. Gitu la ceritenyer.... Sblom terlupe, kami sempat berbuka kt tmpt yg same kt kuantan otw back to melaka. Hihi..ni request dr aku plak. Tapi dh lambat sikit la. Kami tibe selepas waktu berbuka. Nasib bek ada lagi..yummy:-D


Maaf pada yg menjemput utk berbuka puasa bersama2..sy mmg xdpt hadiri. sbb sy sgt xlarat utk ke sana ke mari. Apatah lagi bazar ramadhan. Kami byk mkn di luar kali ini.

~~salam ramadhan~~

Tuesday, September 7, 2010

Tuesday, August 24, 2010

kalo ikut...

Salam u ols..pe khabar semua??

Alhamdulillah kalo u ols sihat. Amin, bersyukur masih diberi kesihatan yg baik.

Aku?? Aku biasa2 je. Biasa la membawa budak, xla larat mana. tapi cuba gagahkan diri.

Last weken aku balik KL. Seronok u ols, dpt layanan istimewa. Xyah wat keje umah. Adik laki aku si paes tu tolong basuh pinggan, si faizal...ada la yg nampak dh leh diharapkan. Amin.


Ehm..sejujurnyer aku xlarat sgt dh sekarang. Kalo ikut hati nk suh bby kuar sekarang jugak. Tu kalo ikut ati. kalo ikut akal, biarla dia kuar on time. Kesian plak kat students xsempat abis blaja lecturer dh xde. Lagipun, kurang selamat kalo bby kuar skang..nnt pre-mature.

Aku mls nk cite pasal condition aku...mcm gedikz nk amik simpati plak kan. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya org yg berbadan dua je tahu rase berbadan dua.

Kalo ikut hati, mmg!! mcm2 nk buat. Nk sapu mop dapur, sapu rumah kemaskan bilik, basuh bju (pkai tgn ok) sidai baju, iron baju. Tapi hakikatnyer...kudrat xsampai mana pun. Setakat pijak je dapur yg mula berminyak, hall yg mula berhabuk, tgk je la katil xberkemas, kain kotor berlonggok!!!

Tu la hakikatnyer...tym2 mcm ni, sgt2 menghargai pengorbanan dan pertolongan dr org2 sekitar (bukan takat hubby je...nnt korg kata aku up hubby aku kaw2 plak kan?)

Terima kasih semua:-D

Tapi alhamdulillah, dlm xde tenaga ni, aku sempat sedekah puding berendam utk jiran2 aku sabtu lepas, b4 balik KL. Aku n hubby buat mlm jumaat hari tu. hehe..hebat tak?? (aku xtgkap gmbar sbb ni bukan blog msakan, ok??)

ehm...kalo ikut ati, rase nk je x berpuasa sehari..nk kemas umah. Tapi bila ikut akal...
larat ke aku nk kemas umah walaupun aku xpose?
ape sgt la aku nk mkn kalo xpose?

akhirnyer..ikut hati hanya termati disitu...

Pada kawan2 yg tgh preggy, aku nasihatkan..kalo xlarat..jgn buat. Jgn bhayakan diri sendiri. Aku sendiri hampir tersungkur kat bilik air sbb licin ms basuh bju (yg kene pkai tgn). Masa tu baru fikir keselamatan bby n diri. Masa hubby kata tak yah buat..degil nak buat!!..Tu la...

tapi hubby xtau aku hampir jatuh aitu..jgn gtau hubby ek;-)

papepun, selamat berpuasa..ada yg larat tu..jgn ponteng puasa n terawih..biler dh jadi mcm aku ni..bru nk nyesal..masa anak dara dulu xwat terawih byk2..sob..sob..sob...


opk.nk balik dh..hubby kol..dia dh beli nasi lemak ayam berempah tuk berbuka..yummy..
selamat berbuka u ols:-)

Thursday, August 19, 2010

Jgn Baca Kalo Korg Rase Aku Jiwang

Slm,

Tajuk entry ni seyes betol. Tolong la percaya.

Hati aku xsedap la dua-tiga hari ni. Sayu je rasa. Ni sume sbb hubby aku. Aku mmg xberapa nk larat wat keje2 umah. Nak2 dh 8bulan n puasa ni. Rumah tunggang langgang. Masak sahur pun ala kadar. Aku tahu, sahur tu xde la menyelerakan. Tapi hubby mkn penuh semangat. HUbby kata sedap. (aku rase tu nk amik ati je tu). Takkan mkn nasi semlm+sardin kicap+telur goreng+bendi celur+budu n ikan kering pun sedap?? kan?? tapi..hubby xpenah konplen..paling teruk pun hubby akan kata..nnt lain kali kalau hunny masak hunny wat cam ni cam tu..

Dh 2 mlm, pas je berbuka n solat. Tak sempat kol 9 lagi, aku dh tertidur kat sofa ngn telekung. Hari first aitu, hubby balik dr terawih pun aku xpasan. Yang aku igt, hubby kejut kol 12 mlm. Dia sua aku murtabak n suh aku solat isyak.Pas tu tido. Dan yg wat aku sayu..dia dh cuci pinggan kotor n wat cleaning. Esok tu, pagi2 dia dh siap sidai baju.

Semalam, aku xkasi dia g surau (biasa aku yg suh dia pi) sbb selain nk jupe doktor krn mata aku tumbuh ketumbit aku minta hubby temankan aku and urut belakang aku sbb sgt lenguh. Duduk xboleh, baring xsedap, diri pun xlarat. Mcmana?? Hubby amik minyak panas, dia urut2 betis aku sampai aku terlelap kat depan tv. Biler sesekali aku tersedar, aku nampak hubby tgh main ps2. Tu okey lagi, at least xde la hubby bosan sgt aku dh tido. Bila aku tersedar lagi, aku nampak hubby tgh sapu umah. Ya Allah...terharunyer. Dan hubby gak dh basuh pinggan kotor. Mcm biasa, hubby kejut aku, sua roti john plak. Pastu tido.

Ehm..ntah la. Aku xtahu benda tu normal ke tak kat hubby2 di luar sana. tapi aku sgt terharu ngn pertolongan yg diberikan. Tak tahu camana nk ucapkan terima kasih kat hubby. Tapi dlm diam aku berharap, hubby berkekalan begitu. At least, ringan sikit keje aku.

Pagi td, hubby mcm tak sihat. Hubby kata mcm nk mc. Tapi hubby g keje gak.

Dlm hati aku," maybe hubby penat wat keje umah kot"

Papehal pun,

Sayang, time kaceh sbb suke wat hunny gembira. Hunny sgt bertuah ada B:-*:-*:-*

(aku tahu hubby xbaca pun blog ni..tu pasal aku berani tulis. Kalo hubby baca, malu la aku..ahaksss)


Kalau korg ada suami, bf, kekasih hati atau sesape je yg selalu wat korang rase tenang hati..jagalah perasaan dan diri dia sebaik mungkin. InsyaAllah..Allah akan melindungi hubungan korang. Amin.

Tuesday, August 17, 2010

aku dia dan puasa

Salam,

Hai u ols!! Amacam pose arini? ok? Korang mesti ok kan? Aku yg preggy ni pun masih full seperti biasa, apetah lagi u ols yg sihat kan:-D

Alhamdulillah, ke"takut"an yg menghantui aku b4 Ramadhan, tidak la terjadi. Aku igt aku xlarat nk pose, tpi kuasa Allah tentukan segalanya.

Pagi tadi aku wat checkup bby, alhamdulillah, hb aku dh naik dr 10.2 ke 12. Amin... Syukur sgt2. Cume berat aku turun lagi. Dari 78.2 ke 77.5. Dua kali aku timbang..sama jek. Ini bermakna berat aku cume baru naik 4.5kg je sepanjang 8 bulan preggy. Ehm...normal ke tak tu??

Td aku amik suntikan tetanus yg ke dua. Baby aku pun dh 32 minggu=8months. Ada lagi sebulan lebih utk ku merasai momen2 manis mengandung:-D so sweet!!

Ehm..cite pasal juadah berbuka n bersahur plak. Setakat hari ini, aku mmg xmasak utk berbuka. Bukan bangga diri, bukan riak dan bukan juga pemalas..tapi mmg aku xlarat sgt. Lagipun, aku xconfident kalo masak tp xleh rase mknan tu. Mana tahu termasin ke, ter payau ke kan?huhu
Alhamdulillah, hubby pun xmenggalakkan aku masak.

Tapi semalam, aku teringin sgt nk mkan kuah kurma. Tapi aku takot masak sbb takot xsedap sbb xleh rase. So aku pendamkan je la. Pastu hubby kol dr opis dia di Alor Gajah (30min dr opis aku). Dia kata dia nk g bazar, nk order pe?? Aku order ape yg hubby makan + roti john. Kol 5.30 aku dh sampai umah. Aku wat air soya (buat tau, bukan beli), aku kemas2 umah n sediakan bhn mentah utk bersahur nnt. Tetibe dpt msg, hubby kata hujan lebat sgt, xleh balik (hubby naik motor). Aku suh tgu dulu sampai hujan reda. Yelah, kan ada kes puting beliung kat Jasin. Ngeri aku kalo terbayang hubby bike motor dlm cuaca yg sebegitu..Tak putus2 doa aku utk hubby. Yela..dh la dh ptg, tggal sorg2 tym hujan, nk pikir hubby lagi. Xkeruan aku dibuatnyer.

Dlm kol 6.45, hubby sampai umah dlm keadaan basah kuyup dgn mknan2 utk berbuka. Rase nk luruh je jantung aku tgk dia mcm tu. Tapi aku tahan je air mata.
Mlm tu kami berbuka dgn nasi kerabu, roti john, air soya n air oren (readymade dlm fridge)

~Alhamdulillah~

Tgh mlm dlm kol 11, kemengidaman aku terhadap kuah kurma xhilang lagi. Gigih aku masak lauk kurma daging kerbau. hehe..amik ko daging kerbau lagi..huhu. Masa ni hubby dh tido kat depan tv. kesian dia, kesejukan dan kepenatan.

Citer pasal daging kerbau..sbenarnyer hubby yg beli ms kat opis dia. Dia kata nampak sedap je. First tym kami mkn, hubby diserang sakit pale. pastu dia xnk mkn dh. So dr terperap kat dlm peti, aku pun wat la kuah kurma. nasi pun aku tanak lebih sikit sbb aku tahu aku kan mkn byk..huhu. So pagi td, terlunasla hasrat aku nk mkn kurma. Ada balance lagi..aku nk buat utk berbuka nnt.huhu. Oh ya..utk hubby aku wat ikan tenggiri masak kicap pedas. (tak kan jaga tembolok aku je kan??)

Alhamdulillah menjadi gak kurma aku w/pun aku xpenah masak mkanan itu. Amin.

pape pun, aku nk ucapkan terima kasih kat hubby aku yg sentiasa wat aku rase aku wanita paling bertuah kat dunia ni. (kalo korg rase geli..ADA AKU KISAH) hehe..

Thank you Allah for sending him to me:-D

Friday, August 13, 2010

Mood: Hati Suci

Salam,

Salam Ramadhan semua:-D

(Bile Ramadhan je, budget hati bersih n suci)

Byk momen indah berlaku sepanjang 3 hari berpuasa ni.
Yg pertama-tamanyer, of coz la berbuka dan bersahur ngn hubby;-)
Tapi sepanjang 3 hari ni, hubby kurang sihat. Asyik sakit pale n sakit perut je. Risau aku dibuatnyer. Xtahu silap mkn ke ape. Lepas aku urut2 pale hubby, hubby urut2 pinggang aku plak. Mcm tu la setiap mlm pas berbuka.

Walaupun begitu, terawih tetap berjalan mcm biasa, cuma kami buat dirumah je. Aku mmg dh xlarat nk berjemaah kat surau. Sbb pergerakan aku dh agak lambat. Perut aku yg makin membesar ni, membuatkan aku senang mengah n sakit kat bhgian antara dada n perut.

Dlm kelas pun, aku xlarat nk diri lama2. Nasib baik kat kolej baru ni disediakan pc n projector kat setiap bilik. Xlah penat sgt aku.

Kedua...
pada 1 Ramadhan yg lalu, kwn hubby sy, Ipin n Fiza, telah selamat melahirkan bby girl, aisya. Alhamdulillah, walaupun kene operate, semuanyer selamat. Bby aisya patutnyer lahir 31 Ogos, tapi kuasa Allah, beliau lahir 1 Ramadhan (subhanallah)

Jiran saya, kak zahirah pun telah selamat melahirkan bby girl, alia sofea b4 masuk bulan ramadhan aitu. Alhamdulillah, my lil' angel dh ada kwn2:-D

Ehm..jauh kat sudut ati aku, mmg aku nk masak utk berbuka. Tetapi blom berkesempatan. Hubby dh ckp awal2 xyah masak. Kesian katanyer. Aku xla mengiakan atau menidakkan..tp..mmg aku sgt xlarat nk wat pepe pas balik keje. Jalan kat bazar pun kalo bleh taknak. Tapi apekan daya..kesian kt hubby, aku teman jua.

Tapi sahur aku xmiss lagi la setakat ni. Alhamdulillah.

Aku tgh fikir, nk balik KL ke tak minggu ni? Korg rase?

Selamat berpuasa:-D

Tuesday, August 10, 2010

Bulan Pose Datang Lagi :-D



Salam,

Alhamdulillah, Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah.. aku dpt merasai lagi nikmat bulan penuh keberkatan ini lagi. ALHAMDULILLAH

Ni tahun ke-2 aku berpuasa sebagai isteri org. Dan ini pengalaman pertama menyambut ramadhan di rumah kami sendiri. ALHAMDULILLAH

Belum pun bermulanyer Ramadhan, hati aku dh sayu2..terkenangkan pengalaman berpuasa bersama keluarga di KL. Biasanyer, aku, adik2 akan ajak pak teh ke bazar Ramadhan. N kami akan minta mcm2 dr pakteh kami. Walaupun aku n adik2 dh besar..tapi kami suke "pow" pakteh.

Biasenyer..kami sengaja xbw wallet ms g bazaar..huhu..terpaksa la pakteh kami kuarkan duit utk kami ber5..haha.

Food aku paling suke tym bulan pose adalah...
aku suke simpan dlm peti sejuk sampai tym bukak..pastu baru mkn..lazat siot!!

Mak aku xsuke g bzar ramadhan...dia katya lagha...so, biasenyer mmg mkn kt umh..sesekali je gi bzar. (tu yg ajak pakteh, kalo ajak parent aku..sampai azan mgrib pun blom tentu jejak bazar:-P)

Pastu..biler mlm2 nk dekat raya, lazimnyer kami akan buat kuih. X byk pun 2-3 jenis je. Dan aku akan pilih hari buat kuih tu hari aku uzur..supaya aku xpenat sgt n leh mkn kuih2 yg aku buat tu di siang hari. Lagipun, dlm family aku..aku je yg minat nk wat menda2 ni..so ske ati aku la nk buat biler kan??

Kuih yg selalu kami buat ialah...tadaa....

muruku

Walaupun bukan deepavali..ada aku kisah?? ni fav aku. huhu...biase aku pilih utk pam tepung dlm acuan n pusing2 kan atas kertas sebelum di goreng. Part goreng2, kakak aku yg buat..sbb dia xlarat nk pam. Aku plak xsuke panas bahang api dapur tu.


Lagi satu kuih yg kami buat ialah..tart nenas

yg jenis ni..bukan yg gulung..sbb tekak aku ni smcm sikit. Kdg2 nk mkn tepung je. kdg2 nk mkn jem je. So senang aku nk buang part2 yg aku xnk.

Dua ni je pun kuih yg kami wat. Kalo beli pun 2 jenis je. Sbb mak aku mmg xsuke beli2 kuih sbrnagn...tapi bile tibe hari raye..nk dekat 20 balang kuih ada..semuanyer pemberian org..ALHAMDULILLAH

Tapi..sbnrnyer..bukan semua ini yg aku rindu..
Aku rindu nk bangun pagi2..mkn sahur ngn adik2 yg berpisat2 mata tahan ngantuk..kdg2 taik mata pun ada lagik!! tapi biler dh duk je depan meja n makanan, sume segar bugar..tu lah penangan air tgn mak aku. Alhamdulillah...

Lagi satu..aku teringin nk g solat terawih..biasenyer aku wat 8 je (ngelat kan??)

Tapi tahun ni..sayu sgt..

Skang ni solat pn kene duduk..xlarat dh nk diri lama2...
aku harap kalo de peluang aku nk terawih kat surau blakang umah ni.

Lagi satu aku minta sgt korg tolong doakan aku larat berpuasa bulan ni. Kalo hari2 biasa..mmg aku xtahan lapar. Leh mengamuk jadinyer. Aku takot sgt aku xtahan bulan pose ni. Tolong doakan aku yea.

Papehal pun, aku doakan semoga korg selamat menjalani ibadat puasa dgn sempurna...xkira walau dimana korg berada. Ampun dan maaf aku pinta dari hujung rambut hingga hujung kaki.


Thursday, August 5, 2010

[G.I.R.L]

Salam,

Morning u ols:-D

Harap u ols sihat n ceria selalu. I ok2 saja. Last 2 days, I got MC. Actually, ak g checup bby. Alhamdulillah ms timbang kat luar klinik tu, berat aku dh naik 800g. Tungu..punya tunggu..akhirnya turn aku jupe ngn doctor… Hb aku makin low n berat aku yg 800g td tu, sbnarnyer xcukup. Aku kene gain 1kg within 2 weeks. Adoyai..

Then aku diberi penerangan mengenai pre mature labor..dia dh suh aku prepare beg n brg2 nk masuk spital. Sbb kalo hb low, lazimnyer..bby lahir xcukup bulan. Aku dh 30weeks. Lagi 6 weeks je bby nk matang. Harap bby dpt bersabar. Bagi umi dia sambut raye dulu, baru sambut dia..huhu

Selain tu, aku diterangkan pasal jaundis n cara pemakanan. Kene mkn ubt b4 breakfast with fruit juice. Mkn ubt half an hour b4 dinner. kene byk minum susu.

Petang tu, we ols (aku n en suami) g wat scan 3d. Hehe..alhamdulillah..bby kami sihat n cukup sifat. Muka dia pun dh Nampak. N aku da print gambar tu..tp aku xde scanner nk post kat sini. Xla tembam sgt. Biasa2 je.Hehe..geram je tgk gambar dia. N confirm, she is a girl!!

Petang tu jugak kami memborong buah-buahan di pasar mlm. Hari first aku wat carrot juice..smlm aku wat dragon fruit juice. Arini maybe green apple juice. Sedapnyer. Hopefully, everything will be fine. aku xnk merisiko kan ms depan bby. So, aku sanggup wat pe je asal bby sihat. InsyaAllah.

Ok. berundur diri dulu. Ada keje menanti..slm u ols:-D

Thursday, July 29, 2010

~Tahniah Pn Nurul Aida~

Salam,

Tahniah? kenepa tahniah? Aku dh bersalin ker?? Naaa...
Haha..smlm aku berjaya masak, masak lemak daging cili api. Wah!! maju giler aku. Sebenarnye mmg aku bangga diri, coz aku xpenah masak guna santan..apatah lagi masak lemak. Ni la first time aku masak lauk ni..even kt umah KL pun aku xpenah masak lauk ni. Dan tak sangka menjadi rupenyer lauk aku tu. Suku kilo daging licin dimakan oleh kami berdua..tapi pedas sikit la..kalo masak ikut tekak aku..mmg xpedas la jawabnyer.

Alhamdulillah...
Lantak la korg yg sape2 nk cakap aku ape..yang penting ada aku kesah...ini personal achievement aku, suke ati aku la...huhu

Smlm abah mertua kol, kata pak cu a.k.a atok sedara hubby dh kembali ke rahmatullah. (al-fatihah). Sepatutnyer weken ni, abah, mak n 2 family ipar aku nk dtg melaka. Tapi xtahu la jadi ke tidak. Beshnyer kalo dorg dtg..leh main ngn anak2 buah..huhu. Aku dh siap beli menan online dh. Semlm dh sampai..kalo dorg xdtg..kene simpan dulu la jwb nyer..sob..sob..

ok la..nk berkerjaya dh ni..slm

Monday, July 26, 2010

~Setenang Air Di Kali~

Salam

Hai U ols:-D
Hehe..pejam celik, pejam celik...dh 3minggu aku jd org Melaka. Alhamdulillah setakat ni, segalanye berjalan lancar. Hati gembira, fikiran tenang n semangat berkobar2. Alhamdulillah.

Mlm sabtu hari tu, berjaya gak melunaskan hasrat hubby nk mkn ketam bercili ala alang a.k.a kak ipar buat. Mula-mula tu, google resepi..tapi hubby kata kuah dia lain sikit. Pekat mcm letak telur. Tapi semua resepi aku jupe, xde pun pakai telur..hish. Nak tak nak..tepon gak la kakak hubby kt kelantan. Mmg betol pun..alang pecahkan telur dlm sambal ketam tu.

Xbyk pun beli ketam, 2 ekor je. Sbb aku mmg xpandai mkn ketam. Alhamdulillah, resepi mlm tu menjadi. Tabah n gigih hubby tolong korekkan isi ketam utk aku. Mlm tu, nasi n lauk semua licin. Haha..kembang kuncup idung aku tgk hubby mkn air tgn aku sampai habis. (xtau la kalo jg ati je kan..tapi..ada aku kesah??)

Mlm tu, aku tido ngn lenanyer..xsangka lak aku hubby sakit perut guling2..haha. Hubby kata mlm tu, dia tido merengkot n bersandar kat aku. TAPI..aku sikit pun xprasan..lena sampai ke pagi. Hahhaha...buruk tol peranagi isteri b sorg ni.

Tu la dia, penangan mkn sampai kekenyangan. Kan dah so'oh (bhs kelantan). Kesian kat hubby, xsenang duduk dia. Tapi sebbek pagi ahad tu dh ok sikit.

Mlm Ahad tu, hubby xkasi aku masak byk2. Nnt dia mkn byk n sakit perut. Ade ke? makan xberingat itu la dia. Mlm ni xtahu nk masak pe. Igt nk masak daging singgang.

Semlm mlm we ol mkn RFC kat Mydin. RFC yea bukan KFC. RFC ni shortform utk Radix Fried Chicken. yea..coffee radix tu. RFC ni ada fanchise kt Kedah kalo xsilap aku. Menu dishes dia sama je ngn KFC cume dia pakai ayam organik n OR dia adalah herbs. Sos cili, cola n coffee sume jenama radix. Workers dia yg puan sume bertudung n bertshirt lengan panjang n labuh tshirt ke paras bawah punggung. Sebagai orang Islam, lebih baik la kita menyokong usaha Radix utk mengeluarkan produk berlandaskan Islam. Aku suke mashed potato dia..sedap. Tapi banana split dia kureng sikit.

Itu je kot post utk kali ni. Nnt aku hapdet lagi..salam

Wednesday, July 21, 2010

~Hati Free~

Salam,

Semalam ak g nite market kt duyong. Beli brg pasar sikit yg dh hampir habis. Byk gak la membeli. Stok sampai weken.

Niat hati nk beli hati lembu, sbb doktor saran mkn mknan yg ada iron sbb Hb aku low aitu.
Biasa la hubby aku, sbb keje dia ramai yg kenal dia. Semlm, dia kenal tokey ikan. Tapi we ol xde la plak nk beli ikan. Lagipun, segan la selalu sgt kalo org kasi free. Hubby hanya hi-hi je ngn dia.

Last sekali baru beli hati.

Hubby: brape hati ni?
Tokey: RM2o sekilo bang
Hubby: bagi setengah kilo
Hubby: sembelih kat mana lembu?
Tokey: kat leher la bang
Aku: [haha]
Hubby: Ni duitnyer
Tokey: Xpayah la bang..aitu abg tolong inject kambing sy
Hubby: Masa biler pulak?
Tokey: Aitu ms kat alor gajah..yg atas hilux tu...
HUbby: OOO...
Aku: terima kasih yea..[walawey]

Alhamdulillah..sepanjang aku dok kt sini, murah sgt rezeki kami. Alhamdulillah...bersyukur sgt pada Allah. Hari ni igt nk masak hati. tapi xtahu nk masak pe? kene search jap lagi.

Semlm, beli sup kat pasar mlm. Balik umah aku msk nasi, goreng puyuh n celur bendi. Nasi abis mlm td jugak (sbb aku slh sukatan;-P)

Dua hari lepas, hubby blnja gcb. Mlm aku still msk lagi, aku msk..sup ayam n telur dadar.

Jadilakan, isi perut utk dua org. Kira afdal dh la tu:-P

Ok la..aku nk mula bekerja ni. Kelas kol 10-1ptg nnt. So, chow sin chee:-D