Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, July 18, 2013

post yg xsempat post...tarikh asal (23/4/2013)..hari aku merasakan contraction

Salam,

Lagi 5 hari je aku bakal jejak ke tarikh akhir melahirkan baby yang ke tiga. Fuhh!! Penangan mengandung kali ni agak mencabar. Sejak minggu ke 36 lagi, kawasan peha dan sekitar dah kejang dan menyukarkan pergerakkan aku. Ingat kan aku bakal bersalin 2-3 minggu awal, rupanya, aku masih memboyot sampai saat ini. Alhamdulillah atas percaturanNya. Lagi satu, aku langsung tak boleh makan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik-klinik kerajaan atau swasta atau any pills. Aku telan je, pastu mesti muntah. Sudahnya, aku jaga pemakanan je la. Bykkan makan buah, minum jus buah. Tapi Nescafe tetap aku sedut. Susah nk pisahkan aku dgn Nes ais.

"Ehm mengandung anak ke 3 pada usia 28 tahun dengan jarak anak setahun-setahun", 

Tentu ada saja org yang bertanya itu ini kepada aku. Pada aku, apa sekali pun jawapan yang aku berikan, ianya sukar untuk merubah pendapat individu yang bertanya itu sendiri.

Aku bersyukur sebab Allah kurniakan aku kesihatan yang baik untuk mengandung selama 3 kali dlm tempoh masa 4 tahun perkahwinan kami. Pada aku itu semua adalah rezeki. Memang aku akui, aku tak pakai apa-apa protection selama ini. Aku cume merancang sendiri. Tapi Allah Maha Merancang dan Mengetahui.


Kenapa aku tak pakai protection?

Semasa anak dara, berat aku mencapai 73kg. Dan apabila aku bersalin anak pertama, berat aku turun mendadak ke 68kg. Aku sgt terkejut dan gembira masa tu. Bayangkan lah, 68kg tu mungkin berat aku masa tingkatan 3. Dah bertahun2 aku hidup dengan istilah "org gemok"...tetiba dapat merasa jadi "kurus". Tentu saja aku nk menikmati "kekurusan" itu sepuas-puasnya. Maka aku tidak mahu langsung mengambil perancang berkaitan hormon seperti pill, suntikan atau implan. Sebab semua jenis perancang pasti ada efeknya dan antara efeknya adalah penambahan berat badan. Perancang bersifat alatan jugak aku xguna kerana ketidakselesaan. Jadinya aku berserah sahaja. Akhirnya apabila usia Nina 4 bulan, aku disahkan mengandungkan Aman. Dan sekarang mengandungkn adik mereka pulak :-)

Tak penat ke ada anak rapat2 ni?

Ehm, of course la, pada awalnya the same thing goes around my mind. Tapi bila sendiri dh melaluinya, hati terasa sgt bahagia. Sbb, anak2 aku dpt kawan awal dan pandai bergaul. Gaduh manja2 tu adat la. Tapi bila sorg takde depan mata, yang sorg lagi macam mati kutu. Xtahu nk main dgn siapa.

Kalo mereka main, makan atau tido..semuanya ada pattern n corak tersendiri. Mula-mula nk adapt tu, mmg la renyah sikit tp lama-lama, alhamdulillah, aku n hubby dpt handle dgn jayanya.

Masa tidur n rehat aku mmg dh kurang sgt2. Tapi kalo anak sorang pon, mmg ms untuk diri sendiri dh kurangkan. Kene pandai2 la atur hidup.











Abang Aman Yang Macam2 Ragam

Aman...aman...byk sungguh peelnya sejak dapat adik ni. Aku dh tandem nursing. Kenapa? Ehm, sbb Aman terliur tgk Hayyfa menyusu. So, di umah BS dia minum botol dgn FM dan di rumah sendiri, dia DF.

Aman memang dari lahir lagi manja. Walau dpt adik pon, manjanya masih begitu. Tak keterlaluan aku cakap, manja nya berlebih2. Mengalahkan Hayyfa. Nasib baik Hayffa ok je. Byk mengalah.

Aman jugak kuat tantrum nya. Kdg2 pening aku dibuatnya. Sgt nk kan attention.

Hari2 doa untuk anak2..agar jadi anak yg lembut hati n mendengar kata. Mudah-mudahan






Wednesday, July 3, 2013