Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, July 31, 2014

Anak-anak dan Buku Cerita

Salam Syawal

Alhamdulillah dah masuk 4 Syawal dan aku pun dah mula masuk kerja.

Before raya hari tu, aku ada belikan buku-buku cerita utk Ayys. Aku beli online kat  PTS. Antaranya:

Novel kanak2:
1) tabung Raya
2) Cef pastri Junior

Bacaan Umum:
3) Kisah 25 Rasul
4) 101 Nikmat Bersedekah
5)101 Nikmat Bersolat
6) 101 Nikmat Membaca Al-Quran


Hari first tu, aku bacakan buku untuk dorang sebelom tido. Tak lama pun, 5 min lepas tu, Nina nak buku tu and dia tiru aksi aku td. Nina letak buku atas peha dia n dia start bercerita. Tapi bukan la cerita buku tu, cerita dia reka sendiri. Mungkin Aman sorang je faham. #firstnight #fail

Okay, esok tu, aku baca siap2 buku Cef Pastri Junior. Buku tu mengisahkan sorang budak, Aina, yang malas ke sekolah. Ada je alasan dia masa mak dia kejutkan bangun pagi. Bapa Aina ni cef. Dan Aina ni pulak suka makan kek coklat. Kalau dia xnak bangun pergi sekolah, mak dia akan umpan dia dengan kek coklat.

So, b4 sleep, aku pon mulakan la misi bercerita. kali ni xde buku. Just penceritaan. Kisah si Aina ni la aku cerita kan kat Nina. Ok. Misi berjaya. Ayys dengar cerita aku dengan penuh kusyuk. Aku pon senang hati.

ESok pagi tu, aku kejutkan Nina g sekolah. Alahai, rupanya ada drama swasta pagi tu. Puas aku pujuk, tetap xanak. At last aku tanya, kalau Nina g skolah, Nina nak apa? Nnt Ummi belikan?

And she said....KEK COKLAT.

Dari blom mandi sampai dah sampai sekolah, dok tuntut KEK COKLAT...alahai...singgah petronas beli choc muffin. Baru diam.

Hari ni, tukar buku. Kisah 25 Rasul pulak. Harap2 berjaya la kali ni. Amin.

Masa raya xingat buku2 dah dorg ni..tahu main je...tapi xpe, ummi bagi chance :-)








Monday, July 7, 2014

Pai Pisang Ala McD

Salam,

Okay harini nak kongsi satu resepi pencuci mulut yang mudah.

Resepi ni sbenarnya main bantai je buat sebab bila google, xjumpa pun bentuk pai pisang macam ni.




Yang ada bentuk ni.





Tapi sebab hubby request nk pai pisang macam kat McD, so saya pon cuba la buat sambil cedok resepi kat sana sini. Tapi cara melipat aku ikut cara cik mat gebu...klik sini utk resepi

Okay, jom tgk bahan2

3 biji pisang berangan/monte/emas
2 sudu teh gula
1 paket pastry puff jenama kawan (dlm tu ada 10 keping)


Cara-cara:
1.Lenyek kan pisang dgn garfu. Tambahkan gula kalau nk manis. gaulkan hingga sebati.
2. Ambil sekeping puff pastry, kelar2 separuh bahagian pastry tersebut.
3. Lipat 2 pastry tersebut dan kemaskan tepi2nya dan tekan dengan garfu, pastikan anda tekan kuat sedikit.
4. Kelim utk 1 bahgian sisi pendek dan 1 bahagian sisi panjang.
5. Kemudian, masukkan pisang sepadatnya melalui satu lagi sisi pendek. Kemudian, kelim la sisi yang terakhir tersebut.
6. Panaskan minyak sepanasnya, kemudian gorengkan puff. Ianyakan mengembang sedikit. Tidak perlu goreng lama.

Tips:
1. kene kelim betol2 supa isi tidak terkeluar
2. Ikut la nk kelim macamana pun, asalkan puff anda berbentuk bantal. huhu


Ni hasil sebelum digoreng


Ni hasil lepas digoreng

Thursday, July 3, 2014

Resepi Puyuh Masak Sambal Tomato dan Masak Kicap Mudah

Salam Ramadhan

Ni resepi Ramadhan ke 3 aku. Aku berbuka dan bersahur dengan puyuh. Cuma utk berbuka aku masak sambal, untuk sahur aku masak kicap.

Pic xde. Xsempat ambil. Tapi nnt dah ada, aku tepek kat sini. Semua resepi aku insyaAllah mudah2 belaka sbb aku x suka duduk dapur lama2. Panas...


Resepi Puyuh Masak Sambal Tomato (3rd Ramadhhan, berbuka)
Bahan-bahan
4 ekor puyuh di potong 2 dan digoreng
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Garam dan gula


Cara-cara:
1. Semua bahan diatas diblend (kecuali puyuh, garam dan gula).
2. panaskan minyak dalam 3 sudu besar dan tumis bahan kisaran hingga garing.
3. Tambahkan air sekiranya inginkan sambal berkuah
4. Taburkan garam dan gula mengikut citarasa
5. Masukkan puyuh dan hidang


Resepi Puyuh Masak Kicap Mudah (4th Ramadhan, bersahur)
4 ekor puyuh di potong 2 dan digoreng
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu Kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Garam dan gula

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
3. Tambahkan air secukupnya. Kemudian masukkan kicap.
4. Taburkan garam dan gula mengikut citarasa
5. Masukkan puyuh dan hidang