Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, July 3, 2014

Resepi Puyuh Masak Sambal Tomato dan Masak Kicap Mudah

Salam Ramadhan

Ni resepi Ramadhan ke 3 aku. Aku berbuka dan bersahur dengan puyuh. Cuma utk berbuka aku masak sambal, untuk sahur aku masak kicap.

Pic xde. Xsempat ambil. Tapi nnt dah ada, aku tepek kat sini. Semua resepi aku insyaAllah mudah2 belaka sbb aku x suka duduk dapur lama2. Panas...


Resepi Puyuh Masak Sambal Tomato (3rd Ramadhhan, berbuka)
Bahan-bahan
4 ekor puyuh di potong 2 dan digoreng
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Garam dan gula


Cara-cara:
1. Semua bahan diatas diblend (kecuali puyuh, garam dan gula).
2. panaskan minyak dalam 3 sudu besar dan tumis bahan kisaran hingga garing.
3. Tambahkan air sekiranya inginkan sambal berkuah
4. Taburkan garam dan gula mengikut citarasa
5. Masukkan puyuh dan hidang


Resepi Puyuh Masak Kicap Mudah (4th Ramadhan, bersahur)
4 ekor puyuh di potong 2 dan digoreng
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu Kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Garam dan gula

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
3. Tambahkan air secukupnya. Kemudian masukkan kicap.
4. Taburkan garam dan gula mengikut citarasa
5. Masukkan puyuh dan hidang

No comments:

Post a Comment