Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Tuesday, December 31, 2013

Gadget Baru

Salam ,
dah lama rasa x menulis. Hihi..xde idea. Ok harini kurang sihat sikit. Maybe xcukup tidur n kurang rehat. Al maklum la anak2 dah makin besar n banyak akal. banyak aktiviti nak layan dorang. Tu yang sakit2 badan.

Okay...baru2 ni aku dh membeli oven n hubby hadiahkan mixer.


beli kat lazada rm169 28liter 

Actually, mmg dh lama aku idamkan gadget ni sbb aku mmg minat baking. Tapi biasalah, aku mmg jenis suke lebihkan org lain dr diri sendiri. Asal ada duit lebih je, aku mesti terfikirkan anak2 n belanja umah yang lain. Sehingga la aku dpt duit insurance hari tu. Trus aku rembat oven. huhu.

Mixer plak aku suh hubby belikan sbb alasan td jugak. Susah untuk aku kuar duit beli brg untuk aku. Tetiba rasa diri ni pelik lak hoho

beli kt mydin rm79.90

Selain tu, aku beli gak loyang ni..yang boleh bukak2 bawah ni. kekonon nk buat chilled cheesecake nanti. kononnnnnnn yea.



Okay hasil dari gadget ni..aku berjaya membuat marble cake haritu. tapi sedikit bantat sbb xcukup tepung. masa buat tu xtgk barang2 ada ke tak. Dah separuh jalan baru tahu tepung xsampai 1 cawan. Tapi buat jugak. Jadi je sbnarnyer...habis licin 1 loyang. huhu

Pastu xde baking2 dah, walaupun nafsu tu membuak2. Sebab utama, anak2. Sume rajin bebenor nak ke dapur. Nak2 tgk oven yang mcm tv tu. Dah x heran dah dgn disney junior. Asal lalu ke dapur je, di pulasnya timer kat oven tu. Dah x larat nak halang.

Setakat ni...oven tu aku buat bakar2 benda frozen..contoh instant pizza. N aku buat roti kitab version baru...roti kitab a.k.a egg in toast. Mudah. Xyah nk boil dulu telur tu...bakar sekali harung dlm oven dgn roti2 tu sekali. huhu.



Malam ni, insyaAllah nk buat ayam panggang kenny rogers dgn nasi goreng or nasi minyak. X decide lagi. hoho

Hubby janji nk tlg wat creampuff esok. Hopefully jadilah nk projek creampuff nnt. hihi

tu je nak cerita.

Selamat tahun baru


Friday, December 20, 2013

Cheese Slice Sandwich

Salam, 

Harini nak kongsi 1 resepi mudah. Tapi bukan aku yg buat. Ni Nina n Aman yang buat. Aku tolong pantau je.

Ada satu hari tu, budak2 berdua ni bergaduh (hari2 pon gaduh). So, dari aku marah2 dorang, baik la aku alihkan perhatian dorang buat menda lain. Boleh gak generate motorskill dorang. So, aku ajak la dorang main masak2. Excited le budak berdua ni. Aku pon siapkan bahan2 nya. 

Bahan-bahan:
Roti keping dipotong hujung ke hujung. Kite akan dpt 4 keping segi tiga. Macam dalam pic ni.


 Cheese slice tu pon potong macam tu.


Ok. dah tibe part si budak2 tu. Iaitu mengkapitkan cheese antara roti tu. Tadaaa...




Roti ni lagi sedap kalo bakar atas nonstick pan. Xpon pakai sandwich maker. Pergh..cheese leleh i tell u.

Kalo anak2 korang makan sayur, boleh la selitkan tomato ke, timun ke, salad ke antara cheese tu.

Tu je nak share. Selamat berhujung minggu :-)

Tuesday, December 10, 2013

My New Breakfast Menu: Pancake Gebuss

Salam,

Aku ni suke sangat makan pancake. So, memang selalu la beli instant pancake powder jenama D'Rosni ni.


Instant choc cake pon sedap. Memang ada je stok kt umah tu. Tapi kalo dah selalu sgt beli, terasa la sikit cost dia kan. Pastu aku try le tnya cik google resepi pancake. Berderet kuar resepinya..pilih je mana yang korang berkenan kat hati. Aku banyak le rujuk websites, so xtahu mana satu resepi asal yang aku ikut. Tu pon x ikut bulat2. Memang aku akan alter jugak ikut brg yang ada dlm rumah..huhu.

Ni la resepinya

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair (atau susu segar)
1 sudu besar baking powder
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak (atau mentega cair)
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla( pandan pon boleh)

cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk n kacau sampai adunan smooth. Xberketul. X cair sgt, x pekat sangat.
2. Panaskan non stick pan, letak sikit minyak (sikit sgt). Bila kauali dah panas, sendukkan 1 senduk adunan dlm pan. Bila adunan dah berlobang2, terbalikkan. Pastu agak2 la bila pancake masak. Jgn le sampai hangus.


Rasa dia, perghh..sebijik mcm kt McD..tapi lg sedap. Aku suke makan dgn butter. Hubby mkn ngn honey. Budak2 makan begitu je. Memandangkan ni menu breakfast, mmg sah2 la xde original pic dari aku. Xde mood nk snap2 pic di pagi2 hari. Tapi serius sedap resepi ni. Mudah pon mudah. Biasanya sekali buat, aku boleh pakai untuk 2 kali mkn. Adunan tu boleh simpan dlm fridge kalo xabis. Dont worry.

Ni pic dari ehsan en google. Thanx Google


Thursday, December 5, 2013

HomeMade Roti Kitab/ Roti Titab

Salam, hari tu ternampak dlm instagram sepupu hubby (ctraanhassan) pic ni....


Caption: Sooo yummmy... Hanya boleh didpti d Kopitiam Kita..

Aku yang sememangnyer hantu roti, trus search pasalKopitiam Kita ni. N dari situ baru aku tahu nama roti ni. Roti TITAB. Tapi still xdpt figure out cara pembuatannya. Alhamdulillah, Allah mendengar suara hati, dan niat ikhlas aku nk belajar wat roti ni. Sekali keluar kat fb resepi ni..tapi nama dia Roti Kitab. Argghh..belasah la apa pon nama dia. yang pasti rupanyer mengliurkan aku. huhu So, meh aku share resepinya plak disini. Xde la aku copy bulat2. Aku dh alter ikut selesaan aku. huhu

Bahan2:
Roti keping
Butter
Kaya
Telur Separuh masak

Cara-cara: (ada byk cara. Boleh pilih ikut suke)
1) Sapukan butter pada 1 roti dan sapukan kaya pada roti yang lagi satu. Kapitkan roti tersebut dan bakar atas nonstick pan. Bila dh masak, pecahkan telur separuh masak di atasnya

or

2) Bakar roti dlm toaster then sapukan butter n kaya. Last sekali pecahkan telur

or

3) Sapu butter atas roti. Bakar roti atas nonstick pan. Pecahkan telur atas roti n calitkan kaya macam dalam gambar.


Rasa dia manis2 lemak. Sesuai sgt utk breakfast sbb dia category medium breakfast. Last week je, 3 kali breakfast hubby aku request mkn ROTI KITAB ni. Aku pon suke sbb mudah huhu :-)

Selamat mencuba

Wednesday, December 4, 2013

I yang dulu, bukan la yang sekarang hoi!!

Salam,

kemain lg tajuk kn.

2 minggu lepas aku g Kursus Tatarias & Keterampilan Ke Pejabat Bagi Wanita anjuran INSPIM. Bukan company yang suh aku pergi sbb penampilan aku x semenggah ke hape ek. Kursus ni aku yg google sendiri n excited nak pergi. Harga kursus RM390. Kalo tgk harga mmg le x baloi aku nk byr kn. Baik g kursus2 parenting ke hartanah ke kan. Tapi nasib baik company nk byr sbb tempoh jam berkursus aku masih kurang untuk tahun ni. Alhamdulillah. I lap u la MiCoST.huhu

Aku g le ngn rumet aku. Byk yg kami belajar. Tip-tip nk jadi wanita. Gaya jalan, gaya duduk, gaya mkn hatta nk naik kereta pon kne ada caranya. Tetibe dlm kursus tu aku rase cam byk sgt salah aku jd wanita huhu. Speaker untuk hari tu ialah Pn Maizom Yahya (kak Mai) yg sgt gojes. Kagum tgk beliau. Tercengang sbb beliau mcm barbie doll..huhu.

Paling bermakna aku rase spjg kursus tu is how u entertain ur husband. Depan hubby kne sentiasa cantik n wangi. Hatta ko nk mengemop lantai je pon. Bukan berhias utk ke pejabat yg pnting, tp untuk hubby. (mcm lari dr tajuk kursus je).

Hari kedua kami kne praktikal catwalk (dpt aku merasa pakai stiletto Kak Mai yg cantik sgt tu), etiket meja mkn n oso cara cuci muka n mekap. Best ko, dpt pakai produk Mary Kay. Pakai time tu je, nk beli x mampu..ohoi.hihi

Ni pic spjg kursus tu..n x keterlaluan aku ckp, aku dh mula apply 50% apa yg dipelajari dlm kursus tersebut. Perlahan2 la kan nk berubah. Dah bertahun jalan cam kayu, xkan tertibe leh lembut mcm Puteri Diana lak kan.

k..layan pic

Peserta2 kursus..kami berdua je dr private sektor, yang lain sume gomen staff


Ewah, kemain ko posing..

etiket makan


seronok gitu..happy la katakan..muka dh cantik


ni la speaker tu..Kak Mai

rumet ku tgh touch up

praktis catwalk









Cam cantik je..cam chomel je

kawan baru

Dah siap!! nak balik umah, tayang kat hubby..hoho



SIJIL!!!

p/s: pas g kursus ni, bkn aku je dh lain. Hubby pon turut lain. Seronok le tu tgk bini dia melawa kat umah..hoho

kredit pic: dr fb inspim & google


Tuesday, November 12, 2013

Kinah+Lala+Me

 Saje nak kenalkn kawan baik sy ms kt Kolej Tun Fatimah (2005-2007)

Lala si baju hijau..single lagi (boleh sapa2 nk try). Anak Johor, tgh menghabiskan PhD

Kinah, si baju purple..tgh sarat mengandung anak ke 2..baju pink itu adalah Sufia, anak sulung beliau..baru habis master di ukm (tahniah)



walau kita sangat-sangat jarang jumpa, tp kita tahu kita tetap sahabat
semoga ukhwah ini berkekalan


Friday, October 25, 2013

Thursday, October 17, 2013

Ragam Hari Raya Aidiladha

Salam Aidiladha semua!!

Raya haritu, hubby kene keje. So, pas solat raya, cepat2 la tgkap pic raya. Konon-konon la ada kenangan dikemudian hari. Tapi..azabnyer nk berphotoshoot dgn 2 budak tecik ni.

Si kakak, jenis xsuke pakai panty. Papahal pon nk pakai seluar jugak. Dh pakai seluar pakai le kain kurung. Pastu jln angkat kain. Nak pakai tudung yg jenis telekung plak tu..xnk yg kecik. Aduhai..dh mcm org nak naik haji dh rupenyer. Cite panjang pon xgune. Tgk je la pic




Tuesday, October 8, 2013

Pulut Mangga Bersantan

Salam,

Sekarang ni kan tgh musim mangga bebuah. Sakan betol pokok2 mangga jiran2 aku berbuah. Lebat sgt2. Rumah aku pon ada pokok mangga. Tapi xpernah berbuah. Dh 4 tahun dok siti, sebiji buah pon xpernah timbul. Adoyai...buat teduhkan kereta n rumah je la pokok tu.

Disebabkan jiran aku sgt baik hati. Dh 2-3kali jugak la aku merasa mangga pemberian jiran. Tapi satu hari tu aku teringin nk mkn pulut mangga. Aku tnya hubby, boleh pakai mangga jiran ni? Hubby kata bukan mangga ni, mangga lain. mangga harum manis ke apa..aku pon dh lupe hubby sebut apa. Tapi aku xkisah, nafsu nk buat sendiri pulut mangga berkobar2 meresap dlm diri. Ewah, kemain lagi ayat ko. huhu

So, for very first time, aku beli beras pulut n tanak pulut. Well sbb aku ni jenis anak ramai, so agak leceh untuk duduk dapur lama2. Aku cari la resepi yg senang n express je. (padahal malas sebenarnya). N finally jumpe resepi express kat my fav blog kjee. Masak pulut, xyah kukus2..masuk je dlm rice cooker.

Ok..cakap byk pon xgune..meh tgk resepi aku amik kat kjee...tp pic ori dr aku..huhu. thanx kjee. Rasa xyah ckp la...mmg mabeles. Sian kt bby aku tu..2 hari kembong. Dah maknya balun pulut mangga 2 hari, x ke angin budak tu.huhu

Pulut Mangga blog kak jee

Beras pulut xkisah la byk mana, masukkan dlm rice cooker. Air lebihkan setengah inci dari beras. Masukkan garam sikit. Tekan punat cook. Pastu biarla pulut tu masak sepenuhnya.

Tuangkan santan setengah kotak dalam periuk(aku pakai santan kara). Masukkan 1 susu besar tepung jagung, setengah cawan air. Gula 2 sudu besar dan garam 1 sudu teh. Pastu jerang atas api perlahan sampai santan bubble kecil2. pastu tutup api.

Pas santan n pulut dh masak, potong le mangga n plating atas pinggan. Pastu makan2 le..nyaman sey!!!

Selamat mencuba


Thursday, September 26, 2013

Kronologi Kelahiran Hayyfa Fatini

Salam, 

Harini berbesar hati lak nk coretkan cerita pasal proses bersalinkan Hayyfa bulan April haritu.

Bersalin 24 April. 

Masa 23 April, dlm kol 11 pagi mcm tu, tetiba aku teringin sgt nk makan Nasi Kukus Ayam Berempah dekat UTeM. Aku suh hubby aku belikan. Nasib baik hubby sanggup datang dari Alor Gajah n belikan untuk aku. Kami pon bawa balik nasi tu n makan kat umah. Pas mkn aku pon solat n hubby aku anta aku balik gi opis. masa ni aku dah 39minggu 3 hari.

Bila balik opis je, ms tu dh pukul 2.00ptg. Tetiba aku rasa xlarat sgt. Aku baring bawah meja. Pusing kiri x kene, pusing kanan rasa senak. Xtentu hala aku. Kol 2.30 aku kol hubby aku, aku suh bw g spital. Sebab aku rasa cam pening. Tapi hubby dtg dlm kol 3.30. Kol 4 sampai la hospital. Bila doc buat VE, baru 2cm. So kene warded dlm kol 7pm. Anak2 sume dok umah BS. Warded mlm tu dpt wad kelas ke-3 sbb kelas ke 2 penuh. Tapi aku xkisah pon, sbb kelas ke3 ramai org, boleh borak2 n x bosan. Bila kol 10, tukar lagi katil. Masuk wad kelas 2. Masa ni wad tu semua org dh tido. So xsempat la nk berkenalan bagai. Hubby sempat balik untuk mandi n belikan aku dinner. Malam tu hubby tido di kerusi luar wad tersebut.

Dalam kol 1am nurse dtg check jantung bby. pastu nurse suh buat ctg kat bilik khas. Pastu doc suh wat CTG kt kamar bersalin sbb CTG kat situ lagi canggih. Aku tnya la, nape macam kelam kelibut je doktor n nurse ni. Pastu doc ckp jantung bby aku laju. Dan berulang kali la dorg dok tanya aku sakit ke tak?. Serius aku x rasa sakit lgsung. Menyesal lak dtg hospital ni. Sakit memain je kot tghari td tu.

Aku tnya nk bw baju bby sekali ke g kamar bersalin ni? Nurse tu cakap, xyah. Nak wat CTG je pon. Aku sempat le cari laki aku kat luar wad n ckp le apa yg berlaku. Bila kat kamar bersalin, aku kene wat CTG. Dari CTG tu menunjukkan contraktion dh berlaku. So, doc tnya la, xsakit ke? Aku cakap la tak. Serius, aku mmg rasa sihat. pening pon tidak. Pastu doc tu kata nk buat VE. Hah, ambik ko, sekali dh bukak 5cm. Doc tu teperanjat. dah bukak 5cm, awak xrasa sakit ke? Aku geleng la. Pastu trus aku kene hantar labour room. Patot la jantung bby laju, nk bersalin dh rupenyer. Ate mak nyer x rase sakit, mana nk tahu dh time kan. Masa tu pukul 4,00 pg. Tak lama lepas tu hubby aku pun masuk sekali. Pastu bunyi azan SUbuh. Hubby kuar kejap solat n masuk balik. Pukul 7.30pg baru aku stat rasa contraction. Sakit tak payah cerita la kan. Tapi bila xsakit, boleh pulak aku tido, siap lena lagi. 

Doc dtg buat VE lagi. Dia kata kalau xde rasa nk bersalin lagi, nnt kol 8.30 dia dtg lagi. SO tinggal la aku n hubby je dlm bilik tu. Sekali kol 8.15 aku dh tak than sgt. Rasa nk teran je. Hubby kata, sabar2. Lagi 15 minit je kol 8.30am. Kali ni aku xleh bersabar dgn laki aku lagi. Aku jerit panggil doktor. Bergegas 3-4 org masuk. N mmg aku dh nk bersalin time tu. Push punya push punya push...fuhhhh!!! Alhamdulillah Baby selamat kuar kol 8.28am. (Nasib baik aku xdengar cakap laki aku)

Alhamdulillah...baby girl. 3.5kg. Aku x expect yg bby aku seberat itu. Sempat aku cakap ngn hubby, "cukup la tiga je". tak lalu dh nk tempuh ms bersalin. AZAB!!!!

Hubby aku plak cerita la, ms time push tu dia duduk kt kepala aku. So, bila ada student pelatih kata, "teran lagi kak, dh nampak kepala bby tu"!!!

Hubby aku pon gi la tgk kat bwh tu, dia kata tak de pon kepala budak tu. Tapi sbb nk bagi semanagt, hubby pon jerit la jugak, "aah, dh nampak kepala budak tu, push sayang..push!!"

Cet!! 

Ini semua dusta belaka rupanya!!

Pas aku dh dijahit, bby dihantar kt aku utk bfeed. Masa ni hubby dh kuar. Misi tinggal kan aku n bby je. Aku plak ms tu ngntuk. Tersenguk2 aku nyusukan bby. Pastu aku dh xyakin, aku jerit panggil misi. Aku ckp, aku takot bby terlepas dr tangan aku. Baby aku kene selimut biasa je sbb xbw baju. Sian dia.

Bila dh setel sume kat Kamar bersalin, aku pon dihantar balik ke wad. Kwn2 kat bilik aku terkejut aku dh bersalin. Dorg kata ms aku masuk bilik tu mlm td, dorg mcm sedar la ada org masuk. Tapi sbb ngntuk, dorg x amik pot sgt la. Tapi bila pagi tgk katil aku kosong n xde barang. Seram jugak dorg kot2 mlm td benda lain ke. Hehe. Dalam bilik tu aku sorg je dh beranak. So, aku mmg jaga anak aku sbb aku xnk dia nangis n ganggu org lain. Kwn2 kat kelas 3 pon dtg melawat. dorg asyik ckp, senang nyer bersalin. Masa bila sakit? Smlam tak sakit lagi kan? Aku senyum je. 'Azab dlm labor room tu aku je tahu!!'

pastu aku dibenarkan pulang...tapi bby hayyfa demam plak esok tu 38 celcius. Pastu pusat dia berdarah teruk n kuning. Kene plak masuk NICU, tapi nasib baik sehari je. Pas bby kuar, trus balik KL berpantang.

Wednesday, September 25, 2013

5 months old

She's so cheeky, suke senyum, pandai main air lir, nk angkat2 kepala, dh boleh meniarap completely

Monday, September 23, 2013

Stress, pls back to normal!!

Salam,

Last week, MQA visited my college. MQA datang sbb nk full accredited our diploma in pharmacy program. Actually menda ni xde la effect sgt kt aku kot, since jawatan aku kecik je n xbyk sgt tugas nk diselesaikan. Tapi entah la kenapa, tempias stress tu terkena jugak kat aku. Sampai milk production untuk effe drop sgt. Buat power pumping pon xjalan sgt. So, aku redha. Bila lunch hour je, aku hantar ebm kt effa. Nak buat stock pon xdpt. Kesian effa.

Adalah 1 day b4 MQA tu dtg, aku n geng decided la nk g karaoke ms lunch hour. After balik opis, aku pump..hambik ko, dapat 9oz. Alhamdulillah. Seronok xterkata.

Hari ni, dah abis lecture. Students pon dh start exam. Hopefully, susu will back to normal. Sangat2 berharap dan berdoa. Nak sgt merasa susukan anak sampai 2tahun. Tapi kalo xde rezeki aku redha.

Currently, Nina dh makin berakal. Banyak berceloteh dan like to share everything she experienced with us.
Aman still manja tp dh pandai protect himself for buliied by kakak. Sometimes dia balas balik. Sudah makin berani. Effa, suke tgk Nina & Aman main depan dia. terkekek2 dia gelak. Pandai merajuk kalo org buat xpeduli kat dia. Sgt chubby mcm nina ms kecik2 dulu. Geram sgt.

Nnt de pic, aku share eh. bye2

Monday, August 26, 2013

German Deli Imbiss

Salam, 

Ni cerita makan2 pulak. Amboi byk lak masa ko nk tulis blog Cik Puan Nurul Aida oii. Kejadian berlaku 2 minggu lepas. Sepatotnya kejadian berlaku bulan 6 lagi. Tapi xmenjadi. Aku search beberapa tempat makan yg ikut budget-mampu-bayar aku utk celebrate our 4th anniversary bulan June aritu. So, at last Restoren German Deli Imbiss ni menjadi pilihan aku. Cuak jugak la nk pergi, sbb aku bukan seorg yg suke g try mknan kat tempat baru. Tapi sbb dh buat sikit kajian, so aku beranikan diri utk try. Tapi atas alasan2 tertentu, maka hajat nk mkn kat sini hanya terlunas baru2 ni. Okla kan, at least dpt gak mkn, Alhamdulillah. Seronok sbb environment dia ok untuk anak2 aku melebarkan sayap ke sana dan ke mari. Makanan dia not presentable, tapi sedap ikut standard tekak kami semua.

Untuk aku n hubby, kami amik 1 litre rootbeer (RM5.50) + 400 gm Rumpsteak with Onion Sauce (RM28) +Bavarian Slaw (RM3)






Along aku amik
1 litre rootbeer (RM5.50)+Spicy Lamb Sandwich (RM13)



Ayang amik..xingat ape. tp set air oren n fries


Last aku order granny's apple pie n cream caramel
ok, dessert dia sgt sedap..aku sgt suke. Aku tnya hubby, leh g lagi ke pasni? Hubby kata BOLEH!!

Yabeda beduuuu...layan piccas2 lain











Lain2 info, leh click kat link ini {klik sini}



Thursday, August 22, 2013

Kuih Tepung Pelita

salam, dh lama tak update blog. Bz ngalahkan menteri. Haha. Xde lah sem ni, teaching kredit hour aku bertambah, so agak sedikit kekurangan masa nk belai2 blog kesayangan ni.

Alhamdulillah, hari ni ada ksempatan nk tulis new post. tapi nak story pasal benda yg berlaku b4 puasa lagi..hohoho

Ok, b4 Ramdhan haritu, aku sempat la buat kuih kegemaran aku. Kuih ni, ada org panggil tepung pelita, ada org panggil Tako. Tapi aku panggil kuih sampan.

Resepi aku amik kat blog KJEE. My first trial, gigih tu beli kertas minyak kaler coklat untuk balut nasi lemak tu n potong, lipat2 jadikan bentuk kotak kecik2. Tapi kejap je buat. Leceh!. Sebenarnyer malas. At last buat masuk dlm bekas plastik mcm dadih tu n bekas kaca kecik2. The texture was great but tasteless. So, di sebabkan first trial fail, maka of course le ada second trial. Nampak x kegigihan kat situ? hoho. Second trial ni aku ubah la resepi tu here n there n finally, taste tu sampai standard tekak aku. Alhamdulillah. My scond trial was happened during Ramdhan. 2 hari buat bukak pose x habis2. Aku la dok bukak tutup pintu peti ais tu. Masa buka, makan. Org g terawih aku mkn lagi. Masa sahur pon makan lagi. Haha. Puas hati. For the first time aku x membeli kuih sampan kt bazar lagi. So, aku share resepi n 1 photo kuih tepung pelita tu. Taraaa...



TEPUNG PELITA
sumber: Kjee

Lapisan hijau

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
2 cawan gula
7 cawan air daun pandan
sedikit pewarna hijau

Larutkan bahan2 atas hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas2 atau sampan daun pisang. Tepikan.

Lapisan Putih (Santan)

¾ cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
7 cawan santan (Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan)
1 sudu kecik garam

Larutkan bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.



Selamat mencuba!!

Thursday, July 18, 2013

post yg xsempat post...tarikh asal (23/4/2013)..hari aku merasakan contraction

Salam,

Lagi 5 hari je aku bakal jejak ke tarikh akhir melahirkan baby yang ke tiga. Fuhh!! Penangan mengandung kali ni agak mencabar. Sejak minggu ke 36 lagi, kawasan peha dan sekitar dah kejang dan menyukarkan pergerakkan aku. Ingat kan aku bakal bersalin 2-3 minggu awal, rupanya, aku masih memboyot sampai saat ini. Alhamdulillah atas percaturanNya. Lagi satu, aku langsung tak boleh makan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik-klinik kerajaan atau swasta atau any pills. Aku telan je, pastu mesti muntah. Sudahnya, aku jaga pemakanan je la. Bykkan makan buah, minum jus buah. Tapi Nescafe tetap aku sedut. Susah nk pisahkan aku dgn Nes ais.

"Ehm mengandung anak ke 3 pada usia 28 tahun dengan jarak anak setahun-setahun", 

Tentu ada saja org yang bertanya itu ini kepada aku. Pada aku, apa sekali pun jawapan yang aku berikan, ianya sukar untuk merubah pendapat individu yang bertanya itu sendiri.

Aku bersyukur sebab Allah kurniakan aku kesihatan yang baik untuk mengandung selama 3 kali dlm tempoh masa 4 tahun perkahwinan kami. Pada aku itu semua adalah rezeki. Memang aku akui, aku tak pakai apa-apa protection selama ini. Aku cume merancang sendiri. Tapi Allah Maha Merancang dan Mengetahui.


Kenapa aku tak pakai protection?

Semasa anak dara, berat aku mencapai 73kg. Dan apabila aku bersalin anak pertama, berat aku turun mendadak ke 68kg. Aku sgt terkejut dan gembira masa tu. Bayangkan lah, 68kg tu mungkin berat aku masa tingkatan 3. Dah bertahun2 aku hidup dengan istilah "org gemok"...tetiba dapat merasa jadi "kurus". Tentu saja aku nk menikmati "kekurusan" itu sepuas-puasnya. Maka aku tidak mahu langsung mengambil perancang berkaitan hormon seperti pill, suntikan atau implan. Sebab semua jenis perancang pasti ada efeknya dan antara efeknya adalah penambahan berat badan. Perancang bersifat alatan jugak aku xguna kerana ketidakselesaan. Jadinya aku berserah sahaja. Akhirnya apabila usia Nina 4 bulan, aku disahkan mengandungkan Aman. Dan sekarang mengandungkn adik mereka pulak :-)

Tak penat ke ada anak rapat2 ni?

Ehm, of course la, pada awalnya the same thing goes around my mind. Tapi bila sendiri dh melaluinya, hati terasa sgt bahagia. Sbb, anak2 aku dpt kawan awal dan pandai bergaul. Gaduh manja2 tu adat la. Tapi bila sorg takde depan mata, yang sorg lagi macam mati kutu. Xtahu nk main dgn siapa.

Kalo mereka main, makan atau tido..semuanya ada pattern n corak tersendiri. Mula-mula nk adapt tu, mmg la renyah sikit tp lama-lama, alhamdulillah, aku n hubby dpt handle dgn jayanya.

Masa tidur n rehat aku mmg dh kurang sgt2. Tapi kalo anak sorang pon, mmg ms untuk diri sendiri dh kurangkan. Kene pandai2 la atur hidup.











Abang Aman Yang Macam2 Ragam

Aman...aman...byk sungguh peelnya sejak dapat adik ni. Aku dh tandem nursing. Kenapa? Ehm, sbb Aman terliur tgk Hayyfa menyusu. So, di umah BS dia minum botol dgn FM dan di rumah sendiri, dia DF.

Aman memang dari lahir lagi manja. Walau dpt adik pon, manjanya masih begitu. Tak keterlaluan aku cakap, manja nya berlebih2. Mengalahkan Hayyfa. Nasib baik Hayffa ok je. Byk mengalah.

Aman jugak kuat tantrum nya. Kdg2 pening aku dibuatnya. Sgt nk kan attention.

Hari2 doa untuk anak2..agar jadi anak yg lembut hati n mendengar kata. Mudah-mudahan