Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Tuesday, March 31, 2015

Dulu rumah hantu, sekarang taman syurga

Salam,

Lamanya tak tulis blog. Huhu

hari ni nak share pasal cara pembelian rumah lelong. Ni base on our true story. Tak sedap la nk gebang kalau tak de proof kan.

Ni pic asal umah kami...nampak x berapa reserved price tu? RM100k

Okay, first of all, kita boleh survey di lelongtips.com. Pilih la mana rumah yang korang berkenan. tengok dari segi budget, keluasan rumah, bilangan bilik tidur dan bilik air dan jugak tarikh lelongan.

Pastu gi la lawat rumah yang korang berkenan tu. Kata rumah lelongkan, memang xde can la nk dpt rumah yg cantik. Kalau ada pun 10% je la. Kebanyakkannya, macam rumah hantu. huhu

Lepas tu buat carian jugak kat pejabat tanah. Ada bayaran dikenakan. Kenapa kene buat carian? Sebab nak tahu rumah tu ada masalah untuk dijual ke tidak.

Okay, pastu kalau dh decide nk bid rumah tu, kene sediakan bank draf 10% dari harga rizab. Contoh kalau umah aku td harga rizab Rm100,000. Maka aku buat bank draf RM10,000.

Pastu gi la tempat nk lelong tu pada hari lelongan. Datang awal. Amik form and fill up. Pastu tunggu la giliran korang.

A) If korang menang bid tu dgn harga let say RM120,000, so 10% dari RM120K is RM12000. Tadi dah buat bank draf RM10K je kan. So korang kene topup lagi RM2K dlm masa 7hari.

Dan dalam Masa 120 hari, korang kene setelkan baki harga rumah 

(RM120,000-RM12,000=RM108,000)

If korang xdpt setelkan RM108K tu dlm masa 120hari, rumah tu akan dilelong lagi dan 10% korang tu "burn".


B) But if you not win the bid, bank draf korang yang RM10K td tu akan dipulangkan semula. No worries.

Okay, berbalik kt cerita rumnah aku. Aku dpt harga reseved RM100,000. Pastu dari bulan 8, sampai bulan 12. Pung pang pung pang dgn lawyer, finally dpt duduk officially. Tambah lagi RM10K utk renovate. Masih untung kalau nak jual sbb market value is higher than Rm110K. meh tgk gambar2 awal rumah hantu kami.





Dapat katil free...n sekarang jadi katil anak2

Dapur asalnyer..dpt meja makan free. Tapi bukan yg dlm pic ni


Ruang tamu yg pelbagai kaler...

kami plaster sikit sbb dinding ni dulu, owner tu buat sendiri, bergerutu

boleh panggil seekers dtg buat rakaman

sofa tu walaupun free, kami buang...sesuai buat tukun dh tu



Umah kami sekarang...tapi xbanyak beza pon huhu
khemah tu hubby bukak utk trial..bkn permanantly depan umah

bilik anak2





Tu la sedikit sebanyak kisah rumah kami yg kecik dan mampu milik. Bukan nak berlagak. tapi lebih kepada nak buat kenangan. Planning utk 5 tahun lagi, kumpul duit, beli umah lagi. Dah tentunya rumah lelong. Under market value. Baru untung maa. Yang pasti hidup ni kene kerja keras untuk bayar hutang dan hidup senang. Hutang tetap kene bayar, tinggal cepat atau lambat je. Doakan rezeki kita semua melimpah ruah dan diberkatiNya. 

Tak de istilah senang untuk berjaya. 
Nak berjaya kene ada modal. 
Nak ada modal kene kumpul. 
Nak kumpul kene byk yg dikorbankan. 

Kami membekal susu segar