Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Wednesday, June 4, 2014

Percutian tidak di rancang di Fraser's Hill

Salam,

Jumaat (30hb) sampai Selasa (3hb June) aku cuti. Balik kampung hubby, ada sepupu kawen. Hubby lak cuti sampai Isnin je. So pagi Isnin tu, dlm kol 9-10pg, kami pun bertolak la dari Kelantan nak balik Melaka. Pastu sampai simpang Cameron Highlands, hubby ajak singgah. Aku cakap mls la. bukannya leh stay pon sebab hubby keje esok. Lagi pun dlm masa 5 tahun kawen, dah 2x kot gi bercuti kat situ. So, x jadi g Cameron.

Sampai nampak plak signboard Fraser's Hill. Memandangkan aku n hubby lom penah sampai sini, so we decide tu singgah kejap. Konon2 amik angin sejuk.



Kami sampai Fraser's Hill dlm kol 4.30ptg. Sepupu hubby ada keje kt situ. Dia jaga Rumah Penginapan TM. So, kitaorg kol la dia. Dia suh kitaorg g la apartment TM tu. Ni pemandangan kt Fraser's Hill. Cantik sbb dia binaan zaman omputih dulu. Tempat dia kecil molek je. Ada balai polis tahun 1919, 





post office, maybank, Food court (dlm 5-6 yg bukak). Memang tak sesat la kalo duduk sini. Pastu kalau 2 hari kau duduk sini, kau akan jumpe org yang sama je. Sebab xde tempat nk pergi. Semua berkumpul, lepak2 amik angin. Rasa tenang je. 

Ni dipanggil Menara Jam. Semua orang wajib bergambar kat sini.




Ni la pekan dia. Otw kami nk ke apartment TM, kene la lalu jalan berliku2 sikit sebab atas bukit kan. Kiri kanan jalan banyak banglo2 private dari syarikat2 swasta dan persendirian, macam Maybank, Kwsp, Rumah peranginan kerajaan. Tapi.....banglo-banglo ni nampak terbiar. Seram, besar tapi sunyi. Tak berani nk tgk lama-lama. Kalau korang google, memang banglo-banglo ni nampak cantik. Tapi hakikatnya tidak. Aku pun terlupa tangkap pic sbb hati berkecamuk dengan 1001 perasaan. Jauh jugak nak sampai ke Apartment TM tu. Sampai-sampai je, aku trus tanya apa yang best kt sini? Dari cerita sepupu hubby memang xde yang best kat sini. Aprtment dia ada 10 bilik. Yang org duduk cuma 2 bilik je. Hotel2 kat menara jam tu pon byk lagi kosong. Aku pelik la jugak, takkan cuti-cuti sekolah mcm ni x penuh.

TM Apartment


Lepas dah jupe sepupu hubby, kami cakap kami nk solat. So kami gi Masjid. Ada masjid kat situ. Bagus betol. Ada sorg guard jaga. Pas dah solat semua, kami pun jalan2 sekitar menara jam dan tangkap2 gambar. Bila kami nak balik dalam kol 6pm, kami g la tau kat sepupu hubby. Tapi dia kata

"Time-time gini, biasanya orang dah tak turun bawah. Bahaya" 

Huh!!

Terkejut kami dengar. Tak boleh nak balik. Esok hubby keje ni. Apa nak buat? Atas pertimbangan dan sedikit perbincangan, aku n hubby sepakat stay je malam ni. Sebab jalan nak naik tadi pun byk signboard tanah runtuh, jambatan rosak, jalan licin. Demi keselamatan, keputusan dibuat.

Hubby ckp nk stay tapi taknak kat apartment TM td sebab jauh dan menyeramkan. Sepupu hubby kata xpe. Ada banglo TM. Dekat sikit. Sampai la kat banglo 7 bilik. Tapi tetap jauh dan mnyeramkan. Korang bayangkan...jalan sunyi, banglo kiri kanan x berpenghuni, pastu hampir magrib. Dan banglo kitarong tu pulak...hnya kitaorg je yang menginap. Bilik-bilik lain kosong...memang rasa nak balik je.







banglo depan kami

ruang tamu



pemandangan banglo waktu mlm

man's talk
(sepupu hubby & aman)

ms mula2 sampai


bilik kami













xde paip air..pakai bidet..rasa sungguh x suci

bathtub


Menurut kata pakcik yg jga banglo tu, kebetulan pulak harini xde org. Kebetulan? Aku mcm xcaya je. Ntah2 mmg dah lama xde org duduk. Bunga-bunga sekitar banglo tu pon x hidup, mcm xberjaga. Ada semak2 sikit. Tengah tgk2 sekitar banglo...sekali kilat dan guruh. Dalam ati aku ckp, "apa pulak la ni". Aku siap tanya lagi," kalau kilat-kilat macam ni, nnt xde letrik pulak". Tapi sepupu hubby cakap, xde pape la. Aku memang xberani nak tgk tingkap2 kt banglo tu. Seram. Otak aku ni dah la suka fikir bukan2.

Memang hati aku xsedap. tapi aku kuatkan semnagat. Baca macam2 doa. Kami pun naik bilik kami. Xde econ. Heater pon xde. Sebab cuaca dia sedap2 gitu. Bila masuk bilik, memang kami xkeluar dah. Mandi2. Charge hp dulu sbb semua hp nk mati. Aku fikir nak application iQuran aku tu je. Kot apa berlaku, ada jugak al-Quran aku nk baca kt hp tu. 

Dalam kol 9, sepupu hubby ajak lepak kat menara jam (see aku dh ckp, xde tempat nk gi. balik-balik g menara jam tu jugak). banyak sgt kupu-kupu mlm tu. The Ayys sibuk kejar kupu-kupu. Hubby borak2 ngn sepupu. Aku? Penat le mengejar anak2. fuhhhh







Pastu kami balik banglo balik. Dalam kereta mata tu baik je. Xde melilau-lilau nk tgk macam2. Pandang depan je. Sekali.....

Ada jasad lalu...Mula-mula besar...pastu kecik-kecik. Rupa-rupanya babi melintas daaa....aduhai. 

Sampai je banglo, pakcik tu kata, nnt kol 11 dia tutup lampu. So, kami ok jela..sbb kami mmg xnak keluar dah pon. Tapi sangkaan kami silap. Bila anak-anak dah tidur, baru teringat nak amik toto kat dalam kereta. Hubby ajak Aman teman. Tapi Aman xnak sbb dia tgh nyusu. Tapi aku force gak hubby suh pergi sbb aku xnk tidur berhimpit dgn budak2. Alang2 dah g holiday, biarlah badan dapat rehat. Hubby pun gi la jugak. Tapi kejap je. Pastu dia naik balik. Dia kata xpela. Tido je la mcmana pun. Pintu besar tu berlunci. Gelap plak tu, nak cari suis pun xnampak. Aku redha je la. nak buat mcmana. 

Malam tu berlalu dgn biasa. Cuma kami selalu beralih tempat tidur sebab nak dapatkan keselesaan. Cuaca ok je. Xpanas dan x sejuk. Sekali dlm kol 2-3pagi tu, sejuk semacam, dah semua berebut2 selimut. Sebab terlalu sejuk, aku xleh nk tidur. pukul 6.32 aku dah bangun. Golek2 kejap, pastu aku gi mandi n solat. Pastu aku kejut la hubby suh solat. Hubby tnya dah kol berapa? Aku tgk hp, hah! baru pukul 6.00pagi. Pukul 6pagi aku dah siap mandi. Aku blur kejap. Masa ni sbb bosan, aku pun beranikan diri gi balkoni, tangkap pic pemandangan. Aku tgk umah pakcik tu dah nyala. Nampak dia tgh sarapan kt dapur. Aku tak berani nk tgk lama2. Takot pakcik tu nampak aku pastu....(okay aku byk terpengaruh dgn cerita hantu)











Pagi tu...kami keluar breakfast dan main kat playground. Bila dah siang betol, matahari dah naik, xde plak rase apa2. Kami balik banglo, rehat2 kejap. Mandi, packing n checkout. 







mini golf utk budak2

 tmpt main rollerblade











Kemudian singgah di Allan's Water. Tgk org main water ball dan feeding fish. 













Pastu kami terus balik KL ikut Kuala Kubu Baru. Alhamdulillah..


Sebenarnya xde apa-apa yang misteri berlaku kat sini. Cuma keadaan dan suasana dia tu lain macam. Dah la aku ni lemah semangat. Dari mula sampai lagi dah macam ada satu perancangan Allah buat kami. Dengan xleh balik, kene stay, banglo kosong, kilat tetiba, xde jiran tetangga, banglo lain kosong, Jalan-jalan menyeramkan. Memang xde sebab kenapa aku xrisau dan takot. Nasib baik anak-anak aku tak melalak tgh2 malam. Kalau tak, mmg aku suh hubby azan kuat2.

Pada pendapat aku, Fraser's Hill ni dulu mungkin famous. Kalau tak, kenapa byk banglo2 besar milik syarikat2 besar dibina disini? Banglo-banglo ni dah buruk. menunjukkan ianya dah lama dibina. Tempat ni sesuai utk org honeymoon, tapi xyah la duduk banglo. Dudukla hotel kat bawah je. Kt menara jam tu. Ada Shahzan Inn dan Puncak Inn. Kat situ mungkin lebih selamat. Dan pastikan hubby korang kuat semangat. Untuk org yang suka aktiviti, xde apa sgt kt sini. Tapi still ada horse riding, jungle trekking (berani ke dgn keadaan seram mcm ni), naik boat. Untuk kanak-kanak, ianya sgt membosankan.

Kalau bagi peluang lagi sekali ke sini. Aku memang xnak. Melainkan pergi ramai2. Ada sebab la tu Allah gerakkan hati kami ke sini. Walaupun xde apa-apa yang berlaku (Alhamdulillah), tapi masih banyak yang menjadi tanda tanya. Wallahualam.

Ni lain2 pic kat sini...antara pic dlm post ini adalah sumbangan Google




dik eppa berselfie














Another good review about Fraser's Hill Click Here



No comments:

Post a Comment