Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, July 8, 2010

Kite & Longkang??

1. LONGKANG KERING
Ni golongan yang nampak hampeh tapi tak menghampehkan. Maknanya air lalu ikut longkang ni tak tinggal bekas. Masa kering, dia kering betul, takde lopak-lopak dah. Geng ni, memanjang kering ,sengkek,fulus ikhlas sebab semua yang masuk dialirkan kepada mereka yang sepatutnya menerima dan dia hanyalah alat bagi mengalirkan hak orang lain.

2. LONGKANG TERSUMBAT
Golongan ini masuk banyak keluarnya sikit. Orang lain kering dia kemain punya berisi tahap empangan. Masalahnya dia ni banyak sampah dan kotor keadaannya. Bau dia toksah cakaplah. Geng ni memang zahirnya loaded tapi hakikatnya pengumpul sampah yang hanyut. Bahasa mudahnya masuk lebat tapi kemut kuat. Sedekah takde, zakat tak juga.

3. LONGKANG PECAH
Air yang datang tah ke mana-mana peginya. Benda kalu dah punah beginilah keadaanya, tak boleh pakai. Air yang sepatutnya lalu hingga ke hujung tak kesampaian. Bersepah merata-rata. Kalau korang kaki pecah amanah camgini la ibaratnya. Peruntukan untuk orang tak sampai walau pada asalnya ada dialirkan. Longkang yang pecah kena tukar, kena diperbetulkan.

4. LONGKANG TEPI SAWAH ( TALI AIR )
Ni longkang yang terpuji. Bawa air kepada tanaman yang jadi makanan untuk orang ramai. Bawa kebaikan kepada orang lain walaupung dirinya hanya sekadar longkang.

Kalau nak jadi longkang, jadilah longkang yang terbest lagi mengebestkan mereka yang ada di sekeliling. Baru ada munafaat serta membawa berkat. Kalo orang kata muka korang macam longkang, jangan la mare brader. Hakikatnya kita ni tak jauh bezanya dengan longkang-longkang yang ada. Kalo kita fikirkan dalam-dalam, dalam tu la longkang tu. Hati mau bersih, jangan busuk macam longkang….Muahahahaha…

1 comment:

  1. ni sume khazanah aku dr pelbagai sumber. Aku nk clear kan pc kat opis ni. Tu yg mana leh share, aku post kan sini. Aku xkredit kat sesape..sbb aku dh xigt dr mana aku save.

    ReplyDelete