Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, July 15, 2010

~~Murah Rezeki~~

Salam,

Hai u ols:-D Semalam, patut2 aku n hubby nk g beli ayam mentah kat Mydin. Sekali hubby keje lewat. Pukul 7 baru sampai umah. Walau muncung aku panjang sedepa sebb tunggu lama sgt kat opis, tapi aku tersenyum gak akhirnyer.

Hubby bawa balik sebelah ekor ayam percik n sebelah ekor ayam mentah. Semalam hubby kene bawa penternak dr Pahang lawat industri ayam kat Melaka. Dorg ada lawat tempat wat ayam percik. As a staff, hubby dpt souvenier. Huhu..alhamdulillah...mlm td mkn ayam percik ngn sos..n mlm ni insyaAllah nk masak.

Pagi ni aku bakal bersarapan ngn ayam percik. Banyak siot. aku buat dua set..utk lunch sekali. Ok nk bfast dulu..jemput mkn sume:-D

Tuesday, July 13, 2010

Hari ini..menempuh cabaran lagi~~

Salam,

smlm after opis hour, gi mydin. Bli brg basah plak. Hehe..mlm tdi masak ikan kicap n kangkung goreng. Hubby kata sedap:-D

Harini hubby outstation kt KL. Seb bek sehari jek.huhu..pagi kol 6.45 dia dh kuar umah. Terpaksa la aku drive sorg2 gi opis.

Pagi td ada lecture kol 8-11. Ajar statistic. Huhu..tahu brape org students?? hanya 6 org..tu pong yg dtg td 4 jek. Huahuahua..mcm wat home tuition jek.

Ape2 ape pun, alhamdulillah. Petang ni de 1 lagi kelas.

tu je u olss...bye:-D

New Air~~

Salam,
Hai u ols:-D aku dh start kat opis baru. Sebuah kolej kecil yang bleh dikatakan agak maju n berjaya la jugak. Hehe paling besh kat sini setakat ni ialah my workstation. Each lecturer will provided with a room complete with telephone, pc, aircond, airwick, table, 1 chair and 2 chairs for students. Kat sini hanya ada 6 org lecturer tetap and yg lain part timer (xtahu berapa org). Setakat ini setelah aku interview (3 org je pong) dorg kata sini selesa n easy going. Dorang pong dh 3-4 tahun kat sini. Ehm..ari isnin adalah hari free bagi aku coz I dun have any class. Bagus tol dorg arrange schedule aku. Mcm tahu2 jek aku ni ada Monday blue haha.

Okey, cite pasal umah baru aku pulak. We ol bertolak dari KL pas asar ari Sabtu aitu. Aku n hubby satu kete, ‘ibu, abh n dikjai’ satu kete lagi. Sampai Melaka dlm kol 7. Kuar kan brg n kemas sikit2, wat checklist then gi Mydin. Aku n hubby ikot je kata ibu nk amik ape. Ibu plak membeli tak tgk kiri kanan..menonong je. Tak sedar pong troli dh full..haha. nasib la..kuar je la duit..ibu kan lebih arif pasal umah tangga ni. We ol ni ikut kan je;-P

Then, pagi Ahad, after breakfast, dorg balik kg kt rembau..then trus balik KL. Bermula la kehidupan aku n hubby as independent couple. Perasaan aku sbnrnyer sedih sbb teringat kat ibu. Ibu yg byk berkorban sepanjang perpindahan ini. Ibu yng basuhkan pinggan hadiah kawen n letak kt rak. Rak2 pinggan, kuali, pisau, sudu n bermacam2 lagi, ibu dh start kumpul n belikan masa kat KL lagi. Hatta kain buruk, towel tgn, selipar dapur, plastic sampah, getah, selipar, selimut n etc sume ibu dh sediakan. Bukan aku xbawa..tapi ibu pun bawa sama. Betol kata kak yati, ibu ni..kalau anak dia nk makanan dalam mulut ibu sekali pun, ibu sanggup luahkan balik. Betapa prihatinnyer seorang ibu..(argh..xtahan sedeynyer..rindu kat ibuL)

Perasaan nk mula kerja baru adalah sgt teruja. Sebab, dpt tukar angin ni pun seronok jugak. Adat la kalau ada masalah hati kat mana2 tempat kerja. Jadikan semuanyer panduan masa hadapan. Selagi kite dilandasan yang betol. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segalanya.

Sambung balik xtvt Ahad aku..hehe. Kami sekali lagi ke Mydin. Beli aksesori umah plak..mcm tikar buluh, cermin, alas kaki n so on. Then gi lunch then bli washing machine n fridge. After that bli sofa n meja tv. Huhu..kopak gak la duit. Nasib baik dh budget n saving awal2 dulu. Alhamdulillah. Setakat ni, blom over budget lagi. Tinggal nk beli brg dapur utk memasak je lagi. Then, gi umah lama hubby n pack brg2 dia.

Mlmnyer, aku sgt keletihan. Pas brg2 perabot sampai, we ol g dinner. Then balik umah, iron baju n tido.

Nnt ada masa aku upload gmbar umah aku. Xde la cantik mana pun..tapi boleh la nk idup. Dis weken we ol akan angkut perabot kat umah KL bw g Melaka. Skang ni tido atas katil yg disediakan oleh tuan rumah je dulu. Next week baru dpt katil sendiri.huhu.

Ok la, nk g mkn dulu. Lapar la.Lagipun, dh pukul 1 ni. Salam..

p/s: ni smlm nyer post..tp tenet kt opis ni rosak..so post aini je la

Thursday, July 8, 2010

Hai..hai..hai..

Salam,

hahaha..xtahu nape happy semacam mlm ni. Tapi happy la. boleh ker mcm tu??

Ehm..dh lama xcite pasal anak aku yg bakal lahir ni. Aitu doktor kata girl...tapi melasak kemain. Suke wat aku terkejut2 ngn aksi dia. Hehe..anak ummi sgt aktif:-D

Result MGTT (check gula tu..) dh kuar. Result aku normal. Alhamdulillah. Skang ni gomen dh tetapkan. Ibu2 yg preggy, berusia 35thun ke atas @ kenaikan berat bulanan 3kg ke atas @ berat mencecah 80kg ke atas wajib la menjalani MGTT. Hehe..rase2 aku kategori mana?? hish..

Next check up aku 19th ni nnt..so ianya akan berlangsung di MELAKA..hehehe. Xsabar rasenyer..nk g checkup lagi. Aku no hal pasal gomen klinik. Xpenah ada prob pun. Nurse2 dia baik. Masa rawatan aku xpenah lebih dr sejam. Tapi maybe ada yg penah bad experience ngn gomen service..sorry to say la kan..im so lucky!! (harap yg kt Melaka pun ok la gak;-))

Selain itu, hubby kata selasa depan dia outstation ke KL 3hari. OMG!! kalo dulu mmg aku suke dia outstation..nak2 gi KL. tapi..kalo next week..meaning aku kene tinggal kat umah baru aku tu sorg2. OH TIDAKKKKKKK!!!!!!! Seram aku nk dok umah tu 3 hari. Harap2 hubby aku memain je tadi. Mlm ni tym gayut..aku nk diskus betol2. Xleh jadi ni!!

ape aku merapu ,meraban mlm2 ni???

"saya alina sufia. Aunty aida sgt chomel"

Haha..ni anak kwn baik sy ms di UTM dulu. beliau sgt chomel n aktif. Ibu sy sgt xsabar menunggu cucunyer lahir kedunia setiap kali dia tgk gambar budak chomel sufia ini:-D Sbnrnyer sy sgt rindukan anak buah saya. tapi sy sgt bz sekarang. Damia n Rania..nnt de masa kite g tame (taman) same2;-D

I want...but i got...

aku meminta KEKUATAN
tetapi aku diberi KESUKARAN
untuk menjadikan aku TABAH

aku meminta KETENANGAN
tetapi aku didatangi dengan pelbagai MASALAH
untuk ku HADAPI...

aku meminta KEKAYAAN
tetapi aku diberikan AKAL dan KEKUATAN
untuk BERUSAHA

aku meminta SEMANGAT
tetapi aku diberi HALANGAN
untuk DIATASI

aku meminta CINTA
tetapi aku diberikan ORANG YANG BERMASALAH
untuk MENOLONGKU

Aku meminta BANTUAN
tetapi aku diberikan PELUANG

Akhirnya aku sedar Aku tidak menerima apa yang aku MAHU tetapi aku menerima semua yang aku PERLUkan... .

Thanx ALLAH!!

Kite & Longkang??

1. LONGKANG KERING
Ni golongan yang nampak hampeh tapi tak menghampehkan. Maknanya air lalu ikut longkang ni tak tinggal bekas. Masa kering, dia kering betul, takde lopak-lopak dah. Geng ni, memanjang kering ,sengkek,fulus ikhlas sebab semua yang masuk dialirkan kepada mereka yang sepatutnya menerima dan dia hanyalah alat bagi mengalirkan hak orang lain.

2. LONGKANG TERSUMBAT
Golongan ini masuk banyak keluarnya sikit. Orang lain kering dia kemain punya berisi tahap empangan. Masalahnya dia ni banyak sampah dan kotor keadaannya. Bau dia toksah cakaplah. Geng ni memang zahirnya loaded tapi hakikatnya pengumpul sampah yang hanyut. Bahasa mudahnya masuk lebat tapi kemut kuat. Sedekah takde, zakat tak juga.

3. LONGKANG PECAH
Air yang datang tah ke mana-mana peginya. Benda kalu dah punah beginilah keadaanya, tak boleh pakai. Air yang sepatutnya lalu hingga ke hujung tak kesampaian. Bersepah merata-rata. Kalau korang kaki pecah amanah camgini la ibaratnya. Peruntukan untuk orang tak sampai walau pada asalnya ada dialirkan. Longkang yang pecah kena tukar, kena diperbetulkan.

4. LONGKANG TEPI SAWAH ( TALI AIR )
Ni longkang yang terpuji. Bawa air kepada tanaman yang jadi makanan untuk orang ramai. Bawa kebaikan kepada orang lain walaupung dirinya hanya sekadar longkang.

Kalau nak jadi longkang, jadilah longkang yang terbest lagi mengebestkan mereka yang ada di sekeliling. Baru ada munafaat serta membawa berkat. Kalo orang kata muka korang macam longkang, jangan la mare brader. Hakikatnya kita ni tak jauh bezanya dengan longkang-longkang yang ada. Kalo kita fikirkan dalam-dalam, dalam tu la longkang tu. Hati mau bersih, jangan busuk macam longkang….Muahahahaha…

Dh dpt Umah:-D

Alhamdulillah,

Kami dh dpt umah!! Hubby dh tgk umah tu. Dia kata cantik. Aku pong xtahu nk describe mcmana sbb aku tak tgk lagi. Papehal pong aku sgt happy!!!

Wednesday, July 7, 2010

Sayonara Kuala Lumpur

Salam,

Haha, tajuk N3 xleh blah. Mcm nk g jauh jek…padahal nk ulang alik ari2 bleh jek;-P

Finally, hari yg dinanti telah tiba. Seorang ank jati Kuala Lumpur bakal berhijrah ke negeri Hang Tuah. Alhamdulillah. Setelah hampir setahun berdoa dan menunggu, akhirnya peluang untuk berumahtangga ngn hubby terchenta tercapai akhirnya.~(.”)(“,)~

Skang ni kami tgh fenin2 sbb umah sewa msih xdpt lagi…mcmana ni?? dh la stat keje next week!! Terpaksa la hubby je yg uruskan. Brg2 dlm umah pun blom beli lagi..tapi dah budget n survey. Ada je umah, kami stat angkut brg dr KL n beli brg2 umah. Pastu leh deko..deko..deko..ceh ala eric leong gitew;-P (cantik x2x??)

Sedih mmg sedih giler ati ni.. mau xsayu..selama ni 25tahun aku idup sebumbung ngn family aku. Tetibe nk kene berpisah..iskh3x. Sedih giler…tapi begitulah hakikat hidup..sampai biler nk dok bawah ketiak ibu n abah kan?? Skang kene dok bawah tiak suami plak..huhu ~(.”)(“,)~..but I like;-)

Aku ni kakak aku kata manja sgt. Dia kata skang ni pun hubby aku suke manja kan aku (ye ke??) Kalo think deeply, mmg gerun gak aku nk idup as a real wife. Sejujurnyer aku mmg xtahu siang ikan. Betol…aku xtipu…selama ni, kakak aku yg buat. Tapi pas ni..aku kene buat. Tu blom bab2 lain..hiskh3. Byk yg org lain buat utk aku. Memang aku takot la sebenarnyer. Sbb aku ni ada basic je, skill kureng sikit.
Tapi, semua tu kan boleh belajar. Mana ada org pandai semula jadikan? So, I believe I can face it!! q(^-^)p

Beside that, brg utk bby pun xdilupekan, senarai nk beli utk bby pun pun dh ada. Setelah berhempas pulas berfikir dan menganalisa, tinggal nk beli je lagi. Tapi papepun, kami mengutamakan kesederhanaan dlm berbelanja. Nk mulakan hidup baru ni bukan sikit2 kuar duit. Makan riban2 jugak. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Kat tempat baru nnt aku ajar 3 subjek utk budak 1st, 2nd and 4th sem. Syllibus, course planner n timetable sume dh dpt. Alhamdulillah, its a very good coorperations between us. Senang sikit aku nk prepare n senang ati nk masuk tempat baru.

Kalo nk compare kan tmpat skang n tmpt baru, mmg jauh beza. Tapi aku yakin akan kuasa Allah. Ada hadis mengatakan,

“kalau nk mencari rezeki, carilah yg berhampiran dengan tempat tinggal”

Secara logiknyer, tempat aku adalah disisi hubby. Aku harus tinggal ngn hubby kalau ada peluang. Oleh kerana itu, aku mengambil keputusan ini. Byk lagi sbb2 lain nape aku amik tindakan mcm ni. Tapi semuanyer demi kebaikan semua pihak.

InsyaAllah ngn rezeki bby yg bakal lahir ini nnt, aku mengharapkan kami sekeluarga hidup aman, gembira n sentosa. (ayat xleh blah hahah).


Last but not least,

To all readers, kalau ada tahu sape2 nk sewakan umah setingkat dgn 3 bilik kat area ayer keroh pls inform me;-) tq

Tuesday, July 6, 2010

Siapa Kata??

ORANG KATA… enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA…. orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA…betul jugak tu…
ORANG KATA… Exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study… past year papers.. etc.. etc..etc..
ATUK KATA… exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada silibus untuk diikut, kalau ajal… Entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Mungkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide…
AKU RASA… betul jugak tu…
ORANG KATA… have fun on your birthday, panggil kekawan dan sedara mara, berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA… setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat…
AKU RASA… betul jugak tu…
ORANG KATA… Kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat… baru hati puas!!
ATUK KATA… Ye ke hati dah puas??? Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? Dah cukup zikir untuk santapan rohani? Dah cukup amal nak ‘book’ tempat Al-Firdaus?
AKU RASA… betul jugak tu…
ORANG KATA… successful people have a good time management, ada bisnes di kl,
new york, tokyo… Masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA… Setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi… ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? Ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? Ada masa ke nak jenguk ibu bapa di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA… errrr… betul jugak tu…

Monday, July 5, 2010

~Renungkan Bersama~

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....

Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu coba membaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan.
Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.

Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu.
Mengasihimu.

Mengapa kamu berlengah, terus mencoba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.

footnote: khazanah dlm pc