Assalamualaikum,
Salam Isnin
Alhamdulillah, semalam, sempat projek membuat roti. Sebenarnya aku ni mmg bread lover. Pantang lalu kat bakery mesti nk beli roti. Roti ni sebenarnya lagi untung kalo kita buat sendiri. Tapi tang menguli tu yang aku malas. Nak2 tangan aku penah eksiden masa kecik2 dulu, selalu lenguh kalau nk menguli lama2. Nak beli bread maker lagi la ntah bilanya. Ada je halangan.
Kali ni, aku dah memang nekad nak buat projek dapur kat umah Mak Jemah. Sebab senang sikit kalau buat kat umah ibu. Anak2 aku ada org tlg tgkkan masa aku sibuk kat dapur. Kalau kat umah aku sendiri, alamatnya oven tu lagi menarik dari TV bagi diaorang.
Roti ni aku selalu beli kat jiran aku FB: Rohaida Rasdi. Akak ni baik. Walaupun dia jual roti, tapi dia x kedekut bagi resepi. Terima kasih akak. Ni blog dia (klik sini)
Ok sini aku kongsi resepi nya
Copypaste dari blog akak Rohaida
DOH✏️
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan whipping cream, suhu bilik
¼ cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan whipping cream ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:- Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Memang menjadi la roti ni. Proses buat rotinya mahu sejam...tapi time makannya xsampai 10 minit.
Siap kene sound lagi dengan Along aku
"ngko kalo masak mesti cukup2 makan je. Cuba la masak banyak2 sikit. Suka buat org terjilat2 jari".
Adoi la, ni dah la first time buat. Takkan nak masak banyak. Kot tak jadi kang, menjerit mak jemah. Apapahal pon, memang sedap roti tu. Selamat mencuba :-)
tqvm 4 da resepi. sedap sgt2 ..
ReplyDeletesama2..sy pon share dr org lain
DeleteTq..menarik cara ko terangkn resepi..aku senyum je baca simple..
ReplyDelete