Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, August 28, 2014

Makan di Tropicana Shades, Melaka

Salam,

Masa lunch hour semalam, aku dan kawan gi makan kat 1 kedai baru area nak ke Bukit Beruang. Di Taman Ayer Keroh Permai. Dekorasi kedai boleh tahan. Warna pelangi gitu. Biasa la kedai baru, x ramai pelanggan. Aku datang pon sebab ada orang rekemen.

Aku order set Asam Pedas Ikan Tenggiri, Set Ikan Tenggiri Masak Taucu, Cendawan goreng, kopi o ais and honey tea ice. Masa tengok harga, telan air liur jugak. Tapi bila makanan dah sampai, and dah rasa sendiri, memang berbaloi la. Portion air dia besar. Makanan dia memang sedap. Macam makan masakan mak sendiri. Paling best sebab ada Melaka Signature Side Dish iaitu Pajeri Mangga (Mango Pacelis) dalam set tu. Pajeri mangga ni selalu ada time org Melaka kawen je. Tu pon dah jarang2 buat sekarang. kalau ada kenduri kawen kat Melaka, dpt le merasa. Memang sedap.


Okay, back to cerita asal td. Cendawan goreng dia pon sedap. Dia bukan mcm cendawan celop tepung yang kt pasar malam tu tau. Dia ibarat cendawan coated with curry batter. Pergh..rangup walaupun terbiar lama. Nak2 ada 3 pencicah. Memang mabeles. Aku nk cerita lebih2 pon x tahu sebab aku rasa 3 jenis makanan je. Tapi ke3-3 nya sedap. So ada chance nak gi lagi. Balik tu aku tapaukan roomate aku Nasi Goreng Tomyam. Pon sedap..siap ada 1 telur mata lagi.

Okay so utk kwn2 yang keje area MITC or berdekatan Ayer Keroh, boleh le try kedai ni. Asyik gi Windmill n Aida Rich je, bosan jugak kan? Kedai ni standard Aida Rich la kiranya. Owner dia Melayu. Kedai ada 3 tingkat. 1 tingkat cafe, 1 tingkat surau n 1 tingkat gym. Masa operasi aku tak ingat la pulak. Tapi papehal boleh call no ni 0199106631.

Before balik tu sempat le berborak dgn owner. Dia kata mak dia yang masak (patot le rasa mcm masakan mak). Kedainya xde aircond, tapi sejuk sebab dia corner lot. Ada channel astro dan wifi free lagi. Okay..jom layan gambar.




side dishes: salted egg, mango pacelis, sambal belacan n sayur

cendawan goreng




boleh pilih nak duduk bersila tapi x boleh pakai kasut

sesuai la utk sapa2 yang bawa anak kecik yg tgh tidur








pic kedai dari luar n malam
credit to fb owner

ni pun amik dr fb owner



Selamat Mencuba dan menjamu selera everyone !!



No comments:

Post a Comment