Ni cucur lemak manis a.k.a cekodok susu pekat
Bahan2:
1 cwn tepung gandum
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
setengah sudu teh garam
air yg mencukupi
Cara-cara:
Campurkan semua bahan sehingga sebati kemudian goreng dlm minyak yang panas. Cucur akan sedikit mengembang kerana ada baking powder di dalamnya. Rasa yg gebu dan lemak manis.
Ni xtahu apa nama resepi..so aku taram letak sendiri nama resepi
Resepi Telur Rebus Air Asam
Bahan2:
2 biji telur
1 ulas bawang merah
2 cili padi
1 biji limau nipis
garam dan gula
Cara-cara:
1. Masak air didalam periuk sehingga menggelegak. Masukkan telur (yg bersuhu bilik) ke dalam air selama 8 minit kemudian keluarkan telur. Biar telur tu 3/4 masak.
2. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan2 lain selain telur. Tambahkan air panas sikit bagi melarutkan garam dan gula.
3. Kupas telur, belah 4 dan campurkan dalam mangkuk berisi kuah asam td. Penyekkan sedikit telur kuning supaya ianya bercampur dgn kuah.
4. Siap utk di makan.
Hari tu hubby request buat resepi ni. Dia cuma ckp telur asam. So puas aku google resepi n tunjuk kt hubby pic2 googlelan aku. Tapi dia kata bukan. At last hubby tepon mak kelate (my MIL) dan tnya resepi. Ni la hasilnyer.
Ni resepi minta dr mak aku...sbb for me her marble kek yg paling wallah!! huhu
Bahan2:
1 buku mentega
3 cawan tepung + 1 sudu teh baking powder...ayakkan kedua2 bahan ini
5 biji telur
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
susu cair (optional)
pewarna makanan..ikut suka nk berapa warna
Cara2:
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang dengan menggunakan mixer. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bila dah sebati, masukkan esen vanilla pula. Sekiranyanya adunan nampak kental, masukkan sedikit susu cair.
2. kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut bilangan warna.
3. Kalo x kreatif, sudu kan saje warna2 tersebut. Kalo tahu teknik..gunakan teknik. Bole search huhu
Masa pembikinan kek ni, mmg aku ajak sekali anak2 utk buat sama. Alhamdulillah, xde la huru hara sgt. Cuma adik effa x paham apa kita ckp lagi. Aman n Nina enjoy!!!
No comments:
Post a Comment