Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Friday, April 5, 2013

Susah nk tgk sy bercerita pasal politik..tp ini kalilah

Salam,

Tak tahu nkenapa terpanggil untuk tulis post macam ni. Tapi harap ada la ilmu yang boleh dikongsikan.

Sejak dari kecil kita disogokkan dengan drama bertemakan hukum karma. Di mana watak ayah lazimnya berjawatan besar dan selalu sibuk. Ibu juga begitu. Asyik dengan persatuannya. Dalam drama-drama itu, rumah keluarga ni pastinya banglo, pintu pagar saja dah automatik. Kipas siling pun pakai alat kawalan jauh.

Biasanya, ada orang gaji. Masa kecil, anak-anak si kaya ini  tidak kisah pun mak ayah mereka tiada  dirumah. Sebab mak ayah mereka bagi segala apa yg dipinta oleh anak-anak. Nak HP dapat HP. Nak duit dapat duit. Anak2 ke sekolah dihantar oleh driver. Pastu pasti ada babak anak2 ponteng sekolah, lepak kt shopping kompleks dan isap rokok.

Masa makin berlalu. Mak ayah masih sibuk mengumpul harta dunia, sbb mak ayah dtg dr keluarga susah. So, dia tak nak anak2 dia susah. Tindakan mak ayah tak salah, tapi mak ayah lupa 1 benda lain iaitu pendidikan kasih sayang, pendidikan agama. Habis je SPM, budak ni masuk le kolej swasta. Tapi perangai dia makin menjadi2. Masih lagi tak datang kelas dan sebagainya. Namun, semua tu bukan masalah bagi anak dan mak bapaknya. Anaknya berjaya atau tidak, kerja dan jawatan besar memang dah terjamin untuknya di opis ayahnya. Ayahnya pulak, bestfriend dgn Canselor kolej berkenaan. Takat nk bagi anaknya status lulus C atau pointer 2.00, apalah sgt. Cukuplah anak dia dpt attend konvo, pakai robe n ada segulung sijil. Apa pangkat, apa anugerah tak penting. Org bukan tahu pon. Pas hari konvo, mlm tu kite celebrate..dinner kat hotel. Dapat hadiah mewah dari mak ayah.

Pastu sebulan dua, anaknya mula memgang jawtaan penting disyarikat. Dgn ilmu yg 'kosong' anak itu mentadbir syarikat. Si kaki kipas sering mendapat habuan. Si baik hati, kaki kerja hanya dpt sijil penghargaan. Pekerja2 ramai yg lari menggalkan syarikat kerana tak tahan membuat kerja yg tidak jujur dan tak dihargai. Dilayan ibarat lembu. Tapi tiada penghargaan setimpal diberi. Tender2 disogok dgn rasuah. Hanya kroni yg memberi habuan yg lumayan dipandang. Bila mlm berparti dan berjoli. Duit syarikat disalah guna. Tak sampai 2tahun, syarikat ayahnya hancur berkecai. Dan akhirnya, semua pelakon insaf.

Cerita ini sangat klise. Sehingga membuatkan setiap ibubapa beringat untuk meluangkan masa bersama anak2. Beringat untk tak memanjakan anak2 dgn kemewahan. Dan beringat untuk beri ilmu agama yang cukup buat bekal anak2.


Begitulah senario kite sekarang. Bila mana pemimpin terlalu memanjakan org yg dipimpinnya. Bila mana mendengar dan menerima pendapat kroni dan kaki kipas shj. 1 hari nanti, organisasi itu akan runtuh. Bukan tak ingat sejarah dulu, bagaimana pemimpin yang lepas2 berjaya memimpin dgn baik. Tapi itu pemimpin yg lepas. Bukan yg baru ni. Macam kisah tadi. Bos dulu, adalah ayah dia. Sgt baik, sgt prihation, sgt kuat bekerja. Tapi ayah dia menghasilkan pemimpin yg tak pernah kenal erti susah. Sehingga menyebabkan anak dia mendatangkan kemusnahan pada syarikat dan orang lain. Walaupun kite terhutang budi dengan yg lama, tak semestinya kite kene ikut saja kata yg baru sdgkan kite tahu kemudaratannya. Dulu dan sekarang tak sama. Setiap pimpinan itu berlainan. Kita yang kena bijak memilih.

Macam tu la hidup kita. Walaupun kita mempunyai sifat setia pada syarikat atau pucuk pimpinan yang dulu-dulu, tapi tidak semestinya pimpinan yang baru ini sama seperti dulu. Senang cerita macam kita beli minuman la. Bila mana kita biasa dan suka minum 100+, tp bila 100+ buat pembaharuan dan kita rasa air tu tak sedap, takkan kita nk beli air tu lagi kan? Mungkin kita tukar kepada Revive pulak. Tu contoh yea. Tapi kalau rasa 100+ yg baru sedap. Tak mengapa untuk terus minum 100+ baru tu. Sebab, pilihan ditangan anda. Hak individu.

Wallah huallam

Sekadar coretan di pagi hari.

Walau kita beza pendapat, tapi kita tetap hidup dibawah langit Tuhan yang sama, hirup udara yang sama. peace yo!!

9 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Pandangan yang sangat bernas.. ^^ Marilah sama2 kita doakan kemenangan pucuk pimpinan yang baru.. Yang in syaa Allah membela agama dak rakyat seadilnya...Amiin..

    ReplyDelete
  2. Amin..xdela rajin sgt..bila ada idea je baru tulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuyyoo...sjk bila ko pandai berfalsafah ni....hihi....

      Delete
    2. aku mmg pandai berfalsampah pon. Yg ko nangis2 aku tulis post pasal besday abah n besday ko..tak ke mmg aku berbakat dlm menulis..hahahha

      Delete
  3. Org yg bijak n berfikiran trbuka pasti nampak mana betul salahnya, mana baik buruknya kan.. :-) suka n3 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja2 tulis...tp xsangka ramai yg berminat. hihi
      pilihan di tgn kite ye tak

      Delete