Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Sunday, April 28, 2013

my 3rd AYY is a girl (edited)

Salam,

Alahamdulillah, saya selamat bersalin anak ke 3 pada 24 April yang lalu. Baby girl with weight of 3.5kg. Bersalin normal. A long process of delivering. Pergi hospital- 4pm (23 apr), Waded-7pm. Entered labor room-4am (24 apr). delivered-8.28am.

Layan piccas...



3 hours after delivered


after morning bath- day 2

                                                                                 day-3


saya anak Malaysia


Kakak & Abang yg so independent

First perahan...day 5


Monday, April 22, 2013

Wednesday, April 10, 2013

Saya Pilih Mengundi

Salam,

Tahun 2006..umur ms tu umur aku 21 tahun. Ada booth buka untuk daftar sebagai pengundi di Cafe Meranti UTM. So, sy pun regist le nama.

Tahun 2008, tahun pertama saya nak mengundi. Umur 23 tahun. Budak hingusan lagi dlm bab2 mengundi ni.

Ku tnya abah..angah, nk undi apa nnt bah?
"Undi la apa yang kau nk undi. Undi pemimpin yang boleh beri manfaat pada rakyatnya"

Ku tanya ibu..angah nk undi apa nnt bu?
"Undi la apa apa pun asalkan org Islam"


Pening aku nk buat keputusan. Pada aku, masing2 ada pro and cons nya.

Pagi tu, aku pergi ke tempat mengundi. Jalan kaki je. Dekat dewan belakang umah. Adik-adik aku temankan aku walaupun mereka tak layak mengundi lagi sbb nk rasa suasana kt tmpat buang undi. Kebetulan pulak dorang pakai baju sama tema warna yang melambangkan sesebuah parti. Tapi aku tak ingat warna apa dorg pakai.

Ms lalu dekat penyokong2 parti-parti yang bertanding, ada la penyokong yg cakap.
"Dari baju adik-adik awak ni, sy dh tahu dh awak undi apa,"

Aku senyum je.

Alhamdulillah, aku selamat menyempurnakan kewajipan aku sebagai pengundi Malaysia.


Tahun 2013, umur 28 tahun... anak pon dh nk masuk 3.
Info-info byk menyumbat otak. Bukan takat otak je, mata,telinga, mulut semua dh hampir tersumbat pasal cerita PRU13 ni. Kali ni, aku bukan budak hingusan lagi. Pastinya undian kali ini akan dibuat mengikut kebijaksanaan akal.

5 Mei tarikhnya. Sgt xsabar menunggu tarikh itu. Sebab tak tahu suasananya. Pada tarikh itu, mungkin aku tgh berpantang. Atau tgh sarat memboyot lagi. Atau mungkin saja berada di hospital utk bertarung hidup atau mati. Teruja sungguh aku menanti saat itu. Yang pastinya, kali ini, aku bukan keseorangan. 2 adik ku dan kakak ku jugak telah selamat mendaftar. Maka kami pasti ke sana bersama-sama. Sama-sama la kita mendoakan yang terbaik buat negara kita Malaysia.

SAYA PILIH MENGUNDI

:-)

Dari Bulan Jadi Bintang

Salam, 

Ada 1 hari tu, aku masak makanan favourite anak dara aku. Tak lain dan tak bukan ianya adalah menu TELUR DADAR. Aku pulak jarang masak telur dadar. So, sekali sekala memenuhkan hasrat anak, apa la salahnya kan. Lagipun, bukan susah pon nk buat telur dadar kan.




So, lepas telur dadar tu dh siap, aku pon letak le telur tu atas pinggan n letak kat atas meja makan. Pastu aku sambung la memasak. Akhirnya, menu makan malam kami dh lengkap. Semua lauk dh dimasak. Aku pon angkatla, nasi, pinggan, lauk2 lain nk hidang atas meja Jepun. Sekali aku tgk rupe telur dadar aku dh berubah. Dari shape BULAN, dh jadi shape BINTANG. Macam pic kt bawah ni. Belah kiri pic asal telur tu, belah kiri shape selepas kejadian.

Rupenyer, si Nina dh gigit2 tepi telur dadar tu. Meja makan tu tinggi, so dia dpt capai hujung2 telur tu je la. Pas dh gigit, dia pusing kan telur tu..sampai dia dh xdpt gigit. Aduhai anak, nk marah pon xjadi. Bijak bebenor la plak. Dah lepas masak2 ni, badan pon dh lunyai, so mls nk snap pic. Harap korang dpt bayangkan la ek. Lepas je letak telur tu atas meja Jepun (meja yg rendah tu), trus Nina makan separuh telur tu. Dia kalau dah dpt telur dadar, tak makan nasi pon xpe. 

Ni pic dorang ms demam hari tu. Tu la meja makan dorang. meja Jepun n kerusi plastik.





Tuesday, April 9, 2013

Upin Ipin punya penangan aiskrim potong

Salam,

Korang penah tak tgk aiskrim potong. Mestilah penah kan. Aku paling suke makan red bean flavour...nyaman sey. Masa kecik2 dulu. 1 batang baru dua puluh sen. Rupe dia bulat silinder mcam ni.

Tapi sekarang dh susah kot nak jumpa shape ni. Sekarang punya aiskrim potong dh modern. Kacang merah dia bukan takat kt atas je. Sampai ke bawah ada. Penuh i tell u.

Baru-baru ni, aku downloadkan video Upin Ipin tajuk Cari & Simpan. Dlm episode ni, upin n ipin ada la beli aiskrim potong. Tapi perisa campur2. So, abg yg jual aiskrim tu pun buat la mcm ni.


so dpt la upin ipin rase 3 different flavors. Bijak kan dorg? Sebab layankan anak2 tgk video tu, tetibe mcm mengidam lak nk mkn menda lah ni. So, smlm ms g beli brg dapur, aku pon rembat la sekotak aiskrim potong ni. Ada 8 batang dgn 4 falavours. Red bean, pulut hitam, jagung n yam. Mlm td layan sorg2 depan tv...wah nikmatnya!!! Nina pon suke..tp nasib baik dia xrequest campur2 sbb aiskrim tu mmg dh siap sebatang2 dgn batangnya. Ehm..pagi td kira dlm icebox ada 5 batang lg. Ehm..berangan nk mkn balik keje kang. Harap2 dpt habiskan semua b4 berpantang. Nnt ada plak yg meroyan time pantang semata-mata xdpt mkn ais krim potong.hahahha..utk tatapan lunch hour ni...terima lah..








Friday, April 5, 2013

Susah nk tgk sy bercerita pasal politik..tp ini kalilah

Salam,

Tak tahu nkenapa terpanggil untuk tulis post macam ni. Tapi harap ada la ilmu yang boleh dikongsikan.

Sejak dari kecil kita disogokkan dengan drama bertemakan hukum karma. Di mana watak ayah lazimnya berjawatan besar dan selalu sibuk. Ibu juga begitu. Asyik dengan persatuannya. Dalam drama-drama itu, rumah keluarga ni pastinya banglo, pintu pagar saja dah automatik. Kipas siling pun pakai alat kawalan jauh.

Biasanya, ada orang gaji. Masa kecil, anak-anak si kaya ini  tidak kisah pun mak ayah mereka tiada  dirumah. Sebab mak ayah mereka bagi segala apa yg dipinta oleh anak-anak. Nak HP dapat HP. Nak duit dapat duit. Anak2 ke sekolah dihantar oleh driver. Pastu pasti ada babak anak2 ponteng sekolah, lepak kt shopping kompleks dan isap rokok.

Masa makin berlalu. Mak ayah masih sibuk mengumpul harta dunia, sbb mak ayah dtg dr keluarga susah. So, dia tak nak anak2 dia susah. Tindakan mak ayah tak salah, tapi mak ayah lupa 1 benda lain iaitu pendidikan kasih sayang, pendidikan agama. Habis je SPM, budak ni masuk le kolej swasta. Tapi perangai dia makin menjadi2. Masih lagi tak datang kelas dan sebagainya. Namun, semua tu bukan masalah bagi anak dan mak bapaknya. Anaknya berjaya atau tidak, kerja dan jawatan besar memang dah terjamin untuknya di opis ayahnya. Ayahnya pulak, bestfriend dgn Canselor kolej berkenaan. Takat nk bagi anaknya status lulus C atau pointer 2.00, apalah sgt. Cukuplah anak dia dpt attend konvo, pakai robe n ada segulung sijil. Apa pangkat, apa anugerah tak penting. Org bukan tahu pon. Pas hari konvo, mlm tu kite celebrate..dinner kat hotel. Dapat hadiah mewah dari mak ayah.

Pastu sebulan dua, anaknya mula memgang jawtaan penting disyarikat. Dgn ilmu yg 'kosong' anak itu mentadbir syarikat. Si kaki kipas sering mendapat habuan. Si baik hati, kaki kerja hanya dpt sijil penghargaan. Pekerja2 ramai yg lari menggalkan syarikat kerana tak tahan membuat kerja yg tidak jujur dan tak dihargai. Dilayan ibarat lembu. Tapi tiada penghargaan setimpal diberi. Tender2 disogok dgn rasuah. Hanya kroni yg memberi habuan yg lumayan dipandang. Bila mlm berparti dan berjoli. Duit syarikat disalah guna. Tak sampai 2tahun, syarikat ayahnya hancur berkecai. Dan akhirnya, semua pelakon insaf.

Cerita ini sangat klise. Sehingga membuatkan setiap ibubapa beringat untuk meluangkan masa bersama anak2. Beringat untk tak memanjakan anak2 dgn kemewahan. Dan beringat untuk beri ilmu agama yang cukup buat bekal anak2.


Begitulah senario kite sekarang. Bila mana pemimpin terlalu memanjakan org yg dipimpinnya. Bila mana mendengar dan menerima pendapat kroni dan kaki kipas shj. 1 hari nanti, organisasi itu akan runtuh. Bukan tak ingat sejarah dulu, bagaimana pemimpin yang lepas2 berjaya memimpin dgn baik. Tapi itu pemimpin yg lepas. Bukan yg baru ni. Macam kisah tadi. Bos dulu, adalah ayah dia. Sgt baik, sgt prihation, sgt kuat bekerja. Tapi ayah dia menghasilkan pemimpin yg tak pernah kenal erti susah. Sehingga menyebabkan anak dia mendatangkan kemusnahan pada syarikat dan orang lain. Walaupun kite terhutang budi dengan yg lama, tak semestinya kite kene ikut saja kata yg baru sdgkan kite tahu kemudaratannya. Dulu dan sekarang tak sama. Setiap pimpinan itu berlainan. Kita yang kena bijak memilih.

Macam tu la hidup kita. Walaupun kita mempunyai sifat setia pada syarikat atau pucuk pimpinan yang dulu-dulu, tapi tidak semestinya pimpinan yang baru ini sama seperti dulu. Senang cerita macam kita beli minuman la. Bila mana kita biasa dan suka minum 100+, tp bila 100+ buat pembaharuan dan kita rasa air tu tak sedap, takkan kita nk beli air tu lagi kan? Mungkin kita tukar kepada Revive pulak. Tu contoh yea. Tapi kalau rasa 100+ yg baru sedap. Tak mengapa untuk terus minum 100+ baru tu. Sebab, pilihan ditangan anda. Hak individu.

Wallah huallam

Sekadar coretan di pagi hari.

Walau kita beza pendapat, tapi kita tetap hidup dibawah langit Tuhan yang sama, hirup udara yang sama. peace yo!!

Thursday, April 4, 2013

mylovely kids

Muhammad Afif Ayyman 1y4m

Nurul Ayy Nina 2y 5m

Wednesday, April 3, 2013

Excited to be a mom of three

Salam,

Alhamdulillah atas oksigen yang disedut setiap hari. Bersyukur kerana masih bernafas pada usia 28tahun ni. Masih diberi peluang oleh Allah untuk menambah pahala dan mengurangkan dosa.

Tak pernah terlintas difikiran akan menjadi ummi ber-anak 3 dlam usia ini. Anak2 tak sampai umur 2 tahun, dh dpt adik. Orang kata kesian anak-anak, tak cukup kasih sayang. Tapi pada aku, mereka terlebih kasih sayang kerana ikatan antara mereka sendiri kuat. Nak main bersama, makan bersama, menyusu bersama dan bergaduh bersama. Alhamdulillah, aku boleh katakan aku mendapat anak2 yang mudah dijaga dan mendengar kata.

Seronok n terasa bahgia bila scroll pic dorang dr lahir sampai sekarang. Macam2 peel. Masih2 punya kelebihan dan kelemahan masing2. Macam Nina, dia lebih agresif. Xsuka org lembut2 dgn dia. X suke nk manja2 sgt. Tapi Aman, sgt manja. Nk kene belai all the time. Nak tido bertopok, nk duduk seat depan. Xnk duduk seat belakang dgn kakak. Nk tido tu melekap je kt ummi. Even, kalo diberi peluang bfeed, cepat je dia datang sambil nganga mulut.

Sekarang, aku boleh dikatakan dh sarat. Dijangka bby akan lebih kurang mcm Nina, which is "big baby". Sebab seluar aku pakai time previous preggy, semua dh xmuat. So, boleh expect bby kali ni mybe 3kg+. Jantina masih blom diketahui sbb xnampak masa scan.

Xsabar tunggu kelahiran yg ini sbb NinAman dh pandai berdikari. Kalo time makan, cepat2 je NinAman cari kerusi plastik dorang n letak kt meja mkn. Pastu recite doa sama2. Selagi semua xtadah tgn, selagi tula Aman "bising2". Mkn ikut mood, sometimes nk berfeeding. Sometimes nk mkn sendiri. Tapi akhir2 ni dorg dah tak rajin nk kemas sepah sisa-sisa makanan. maybe sbb dorg tgk aku pon xkemas umah so dorg pon jd malas. Seriusly, dh lama sgt xkemas umah. Dh xlarat. Perut yg besar ni buat aku mls nk tunduk2 kutip barang. Aku jugak dh solat atas kerusi sbb xlarat nk sujud. Sejak aku solat kt kerusi, NinAman pon dah x "solat". Moral of the story, kalau nk anak kite jadi baik, kite pon kene tunjuk contoh yang baik buat mereka.

Time tido dorg pon okay, cukup pukul 11, bagi sorg sebotol susu, pastu zzzz la dorg. Nina akan tido sendiri. Tapi Aman akan "sangkut" muka dia kt dada aku dulu, sambil perut bertemu perut. Kene usap2 dulu, baru tido. B$ tido kne bc doa tido dulu, baru dorg faham dh time to sleep. Kalo bangun tido, Aman akan bangun dulu sbb dia mcm ada smell detector. Bila aku xde kt sebelah, mesti dia pon bangun. Penah 1 mlm aku bangun buat susu. Tetibe aku ternampak kelibat "org kecil" belakang aku. Terus aku jerit, "toyol". Sampai sekarang aku nyesal jerit kt Aman mcmtu. Tapi serius aku xsedar dia ikut aku sampai dapur.

Kalo weekend, biasanya aku yg handle dorg sbb hubby keje. So, pagi2 tu, mmg kene breakfast dulu. Pastu dorg akan layan TV or main toys. Biarlah dorg nk main mcmana pon, nk sepah mcmana pon aku tak kisah. For me, tu semua part of learning. Tapi aku still kene pantau la. Cuma, nk ajak dorg tido siang adalah 1 cabaran buat aku. Lazimnya, dorg kan tido pukul 4 ptg or tak tido lgsung siang tu. Penat mmg penat. Tapi apalah sgt kan nk dibandingkan dgn masa yang kite dh spend dgn mereka.

Untuk Nina aku dh belikan tab murah. Mmg pada asalnya berat nk belikan dorg gadget. Takot dorg addictted or any bad effect boleh berlaku. Tapi, semua app dlm tu, aku n hubby yg control n download kan. So, aku n hubby la yg kene mainkan peranan dalam menentukan content yg dorg guna dlm tab tu. N maybe, aku akan belikan utk Aman 1 sbb dorg x leh share sbb minat yg berbeza.

Aku rasa aku, hubby, NinAman dah benar2 bersedia untuk terima kehadiran org baru ni. Semua dh excited. Aman paling suke cium perut aku. Nina suke cakap "bby dlm peut ummi". kadang2 aku nangis sorg2 sbb terlampau bersyukur dengan kehidupan sekarang. Walaupun, hidup kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tp anak2 aku membesar sihat dan gembira. Even life kami become better n better. Tapi aku x nafikan yg kami pon ada family problem, cume dgn ketenangan fikiran, kegembiraan melihat telatah anak2, membuatkan masalah tu hilang seketika.

Perjalanan hidup masih panjang, harap Allah murahkan rezeki kami dan rezeki org2 disekitar kami. Cuba mencari income source yg lain bagi menampung jumlah tanggungan yg makin ramai dan bagi meningkatkan kualiti hidup. Ada yg menjadi, ada yg kecundang. Tu semua ditangan Allah. Untuk memberi 'pengalaman", penginsafan pada kami. InsyaAllah, cube menjadi hamba, ummi, isteri, cikgu, kawan, kakak, adik, anak yang terbaik buat kamu semua. INSYA-ALLAH


Pjg lak coretan n luahan rasa hari ini.

Tuesday, April 2, 2013

Review: Restoran Chucuk-Chucuk

Salam,

Semalam, aku anak beranak pergi ke Taman Kota Syahbandar (berhampiran Hotel faithview). Kat situ kami mencari restorant Chucuk-chucuk. Restoren ni berkonsep steamboat & grill. Actually, aku beli groupon last week. Dr harga RM20++ kami dpt harga RM19 je. Tapi promo ni xmasuk air. So, air kene add RM3.99 (exclude tax) untuk refillable drink.

Tak plan pun nk g mlm td, tp since aku dh mula rasa xsedap badan..hubby ajak la redeem groupon ni. Dia kata, takut aku xsempat lak merasa chucuk2 ni, dh kene pantang. B4 g, aku dh sms nama n bilangan dewasa. So, bila sampai2, dpt meja yg sgt kecik utk kami berempat. Even, kalo kami berdua pon, space tu still kecik. So, aku sarankan, kalo korang nk book, pls state the larger amount of person, so that u can get wider table. Aku minta tukar table, tp mmg kedai tu dh penuh. (sebenarnya, kedai tu yg kecik). So, redha la sampai ke penghujung makan. nasib baik anak2 behave je.


Overall, for me, makanan dia ok2 saja. Rasa perapan pada daging2 grill dia sedap. Tapi saiz hidupan segar dia seperti sotong, udang adalah kecik. Macam saiz S. Dessert dia sikit. Ada buah epal n buah limau, kek butter dan kek lapis. Aiskrim ada 6 flavors dgn 4 toppings termasuk marshmallow. Hanya ada 1 jenis nasi iaitu nasi goreng. For snack, they have keropok lekor, fries, fried wantan n cakoi tp semua dh sejuk.

Aku mmg bukan die hard fan stimbot, tp my hubby mmg suke benda2 mcm ni. So, komen aku agak bias sikit la, aku mkn yg grill je. Nak compare restoren ni dgn restoren yang berkonsepkan sama di taman 1 Lagenda (restoran APi-api), Api2 lagi worthy kot. (sorry yea chucuk2..its just my opinion).

Oh lupe nk storry pasal refillable drink dia. Ada 2 jenis air. 1 hot 1 cold. Yg hot ada coffee o n tea o. No creamer or sugar provided. For cold drink pun ada 2. 2-2 sama kaler, 1 plain white, 1 lagi plain white with asam boi. Yg with asam boi tu adala rasa msam tp xsedap. yg plain betol tu, mmg rasa air putih je. Huh, minum air putih sampai harga RM3.99?? sgt x berbaloi. Ok, la komen byk2 pun dh jd rezeki kami pun mlm td. Kat bawah ni, aku attcah gambar mlm td.






my tukang masak...i duduk je kt meja



he loves marshmallow..ikut walid la tu



jgn bazir2 mknan yea..


my lil' chef..penat dh cakap, plate tu hot..xde mkna nyer nk dengar



abis kulit2 udang n cangkerang di masak dek Nina

Nasib baik air beli 1 glass je..tp tu la direbutkan dek 2 beradik ni. 
Baru la betol2 refillable..abis si besar, sikecil g refill, abis sikecik, si besar g refill. 
Ummi gak yg xgerak2 dr meja

ada gak salad2 n mee

aiskrim

topping

bahan mentah

JJCM penah datang noks