Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Tuesday, September 18, 2012

Egg tart in the house

Salam,
Cuti 4 hari membuatkan aku sgt stone hari ni. Haha..Tu la, dr Jumaat lagi aku dh amik cuti sbb nk berehat ngn anak2. Tapi kalo dh berehat ngn anak2 kt umah, alamatnyer umah xsempat la berkemas.

Okay..okay..sambung cite pasal tajuk.
Aku ni mmg penggemar Egg tart. Dh lam aku download video ni.


Tapi xbuat2 sbb xde acuan. So puasa hari tu aku jupe acuan ni kt mydin. 6pcs rm6.90..aku beli 2 dpt la 12 biji.

So hari ahad aitu, aku balik umah ibu n bw menda alah ni. Konon2 aku buat eggtart n along buat cheese tart. Tapi lama sgt la plak nk simpan crust tu sampai 1 hari (kalau ikut resepi along la). Masa along tido, aku, ayang, n dikjai bertungkus lumus kat dapur mengerjakan resepi aku tu. Tapi aku pakai resepi mat gebu. Tapi biasa la aku...mesti nk ubah2 jugak kan

ni resepinyer

BAHAN UNTUK PASTRI MANIS :-)
200 g mentega
100 g gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred A
420 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan gaul rata)


Cara adunan pastri
Campurkan dan uli mentega, esen vanilla dan gula hingga rata (pakai tangan je) masukkan telur, uli lagi masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh. Bulat2kan, tutup dengan plastic cling, rehatkan sebentar dlm peti ais.


Bahan2 Kastard
5 biji telur gred A
180 g susu cair
180 ml air
100 g gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam


Campur je semua, tapiskan dlm jug


Keluarkan doh, buat bulat2, bentukkan dlm acuan. Cucuk dgn garfu, pastu masukkan kastard n bakar dlm 30minit atau sampai masak. Pastu siap!!

Sedap sey!! Tapi aku suke yg hangus2 sikit.
Ni first trial.

tapi xleh mkn byk tau..nnt mual

2 comments: