Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, August 11, 2011

Rasa hati aku

Salam,

Di petang yg hening ni, tetibe terasa nk coret sikit hal hati n perasaan aku. Boleh ke?? Mestilah boleh kan..blog aku..hihi

Sekarang aku tgh 6 months of preggy. Nina pula nak masuk 10 bulan sudah. Ehm..penat yang aku rasa sekarang ni, boleh tahan hebatnya..hihi. DGn cramp kaki, sengal bontot...lenguh perut kt perut kaki...dugaan2..


Back to Mar 2011..
"Hello, LPPKN ke?"
"A'ah, boleh sy bantu?"
" Saya nk pasang implan, bile saya boleh dtg?"
"Ehm..puan kene tunggu period, then puan dtg ke klinik kami"

Setelah bertanya sedikit sebanyak, aku nekad untuk memasang implan selama 3 tahun. Perasaan ms tu, aku mmg xnk anak rapat2..bagi aku quality comes first then baru la quantity. Menjadi seorang ibu sgt mencabar bagi aku. Lebih2 lagi masa Nina dlm pantang. Aku rasakan aku bukan aku. Aku langsung xkuat. Asyik nak marah n menangis je. Bila dh abis pantang, dugaan bekerja pula. Dengan nk pam susu la, nk kene balik awal amik anak la, bangun awal siapkan persiapan anak la...mcm2 benda baru aku alami. Stress?? Memang stress!! that's why, so many times i kept remind my husband about our next pregnancy. Hubby pun faham. Tapi bagi kami yg enjoy ngn mariage life, its hard to protect conceive naturally. Sometimes mcm stress je. So, aku decide akan ke LPPKN bulan ni.


Tunggu punya tunggu, period tak datang2. Family pulak sibuk suh g check..finally, bila check.."yes!! I am pregnant". Masa tgk pregnancy test tu, xde sedikit pun perasaan kesal kt ati aku. Aku kuar dr toilet..senyum2..tunjuk result tu pd hubby. Hubby pun senyum.

Aku tak tahu mana pergi perasaan celaru yg aku dok fikir selama ni kalau aku preggy. Aku tak tahu mana pergi moody mood aku. Yang aku terfikir ms tu..ada nyawa dlm perut aku n i have to take care of it.

SubhanaAllah..Allah pencatur segalanya. Dia hilangkan kegusaran hati aku selama ni. Dia terbitkan kebahagiaan. Masa ni, Nina baru saja nak masuk 6 bulan. Aku conceived ms Nina 4 bulan lagi.

Hari2 aku, walaupun penuh mencabar. Bangun seawal 6.30 pagi, mandi, solat, iron baju suami, iron baju aku, prepare beg Nina, make sure baju siang hari ada 3 pasang, baju mlm hari ada 1 pasang, towel kecil semua lengkap. Bubur Nina masuk dlm tupperware, masukkan dlm beg. Sementara tu, hubby lak bangun, urus diri sendiri. Kalau Nina bangun, gilir2 uruskan Nina.

Pukul 7.30pg, hubby g kerja dulu sbb hubby kerja jauh..kene naik motor. Tinggal la aku terkontang kanting ngn Nina. Kalau ada baju nk sidai..kene berperang ngn Nina, sebb Nina xleh tinggal sendirian. Worst come to worst..biar je baju dlm WM. Petang nnt je sidai.

Then masukkan Nina dlm kete, start enjin, pasang aircond, bukak tingkap sikit. Aku kunci pintu umah. Masuk kete, gear reverse. Then dh kuar umah, kuar dr kete. Kunci gate plak. Anta Nina ke BS. pastu g keje...

Balik keje, kene make sure solat Asar siap2 sbb kalo dh ngadap Nina, satu keje xleh buat. Kol 5,30 cabot, g umah BS, amik Nina. Balik umah, bukak pintu gate, bukak pintu umah, masukkan kete dlm garaj then masuk dlm umah.

Bukak tudung..ulit la Nina sampai hubby balik dr keje. Bila hubby balik, aku bagi chance hubby rehat jap. Then hubby take over Nina. Aku buat susu Nina, bagi kt hubby. Then multitasking bermula. Masak nasi, masak lauk, mandi, solat, angkat kain, sidai kain, run kain dlm WM. Bila dh setel semua. Amik Nina sbb turn hubby mandi n Nina nk tido. Nina kalo nk tido dia nk nenen dulu.

Bila Nina dh tido, baru kami mkn. Kalo x..mkn pun bergilir. Pas mkn..aku mmg dh xlarat. Aku pun tido. Lewat mlm kang bangun, solat Isyak, basuh pinggan kotor, sediakan bubur Nina, basuh botol2 susu Nina, steam kan botol. Then tido kembali.

Sejujurnya aku cakap, sejak aku ada anak, aku dh xtahu apa itu heaven dlm tido. Demi anak, suami dan rumah tangga, aku korbankan ms tido, ms rehat dan ms tgk tv aku. Aku galas tanggungjawab ibu n isteri sebaik mungkin. Alhamdulillah aku dikurniakan suami yang baik dan tidak mengira dlm bekerjasama menguruskan rumahtangga. Kalau aku xsempat buat semua di atas, hubby yg akan buat.

Sedar tak sedar, dh 10 bulan aku galas semua tu..xde pun rasa menyesal di hati ini. Sedangkan aku yg dulu sgt mementingkan rehat a.k.a bermalasan.

Setiap hari aku ingatkan diri sendiri tentang beberapa perkara:

Wahai Nurul Aida;
1) Kalau ko rasa jaga anak itu susah...ko fikir la mcmana susahnya ibu besarkan ko. Kalau ibu boleh, napa ko tak boleh?

2) Anak tu rezeki..Allah bagi..sebab ko insan yang layak nk besarkan anak dlm ms yg dekat..sebab ko kan HEBAT!!

3) Jangan beza2 kan anak..Nina perlukan perhatian..begitu juga adik Nina. Layan Nina sementara dia masih kecil sbb kelak kau pasti merindui ms2 begini

4) Bersyukurlah dengan apa yang Allah dh bagi...rezeki ko xpernah putus kan?? Nina membesar bagai JOHAN..itu bukti segalanya

5) Ramai insan2 disekeliling ko..hubby n family..semua sayang ko. Semua sedia bantu kau.

6) yang paling best, Allah ada ngn ko. Yang penting..ko kene doa. kalau ko tak doa..mcmana Allah nk bagi.

Doa dan solat la senjata aku untuk kuat tempuh peperangan hidup.


Bila aku fikir2 balik...seronok apa ada anak rapat2..leh mereka membesar sekali, bermain sekali dan belajar sekali. Aku pun senang..sekali harung je buat semua benda sendiri. Xperlu risau pasal duit sbb Allah yg pemberi rezeki..bukan bos. Jgn risau pasal penat sbb semangat mengatasi segalanya. Jgn kisah pasal mulut2 org sbb satu hari nnt dorg sendiri akan diam dgn sendirinya.

Berdirilah sbgai diri sendiri. Jadilah ibu untuk anak2 dan isteri utk suami dgn seikhlasnya kerana dgn itu baru keberkatan Allah akan melimpah ruah..insyaAllah.



1 comment:

  1. Aida...perasaan tu sebijik sama macam saya...kat mulut ni beria kata nak jarak anak sampai 4 tahun

    tp lepas 1st period, baby 1st 9 bulan...dan terus tak period, bila check yes...pregnant lagi..masa tu sy boleh tersenyum...

    dan now sy boleh manage life dgn 2 anak kecik but ofcoz dgn bantuan husband...

    ReplyDelete