Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Friday, July 3, 2015

Aktiviti Hayyfa di Taska

Salam Ramadhan.

Lama x tulis blog. Harini nk share pasal taska Hayyfa. This is the second nursery for her. Yg pertama tu, ada kes. Buat kan aku fobia nk anta lama2 kat situ. Sebulan je Hayyfa kt taska lama tu. Boleh baca sini.

Taska baru ni namanya panjang, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Seri Bijak Bistari. Ni details pasal taska ni. 

facebook: PPKK
website: http://www.myppkk.com.my/

hayyfa di PPKK MiTC. Sape2 nak masuk sini, mohon cakap, mak Hayyfa yg suggest yea. huhu

As a mother, kita xleh la nk 100% puas hati dgn nursery anak-anak kita kan? Nak2 byk sgt kes2 diluar jangkaan berlaku di nursery2 sekarang ni. Dan disebabkan aku sendiri penah ada kes, so aku mmg sentiasa berwaspada dan 'mengintai2' keadaan nursery.

After almost 9 months Hayyfa di sini, mmg byk improvement. And aku paling suka part boleh tgk aktiviti anak2 through FB dorg. Sgt puas hati. Setiap 6 bulan sekali, anak2 akan dinilai, siap report card lagi...si kecik Hayyfa yg 2 tahun tu pon de report card. Alahai...

Tapi bagusla, kita tahu level anak kite kan?..selain tu, parents jugak akan dpt segebuk fail dgn segala bukti pembelajaran anak2 kt skolah. memang puas hati la. So kita tahu la, even she is 2 y.o, but she didn't just eat n sleep all the day. Hayyfa diajar, basuh botol susu, lipat baju, susun kasut n mcm2 lagi motor skills yg lain. Nak cakap pjg pon xreti sgt...meh la cuci mata tgk gelagat dik Hayyfa.


hai sayang



berkerut-kerut dahi si hayyfa



kt umah xde pon nyusun kasut cenggini




ape adik buat tu? Usik2 kawan plak



sronok sgt la main bubbles yea?








harap buat kt umah pas ni yea dik. ada 3 bakul xsetel lagi kt umah tu


hai..







Monday, May 18, 2015

Masalah Kulit gelap

Salam,

Hari ni nak cerita pasal dugaan yang Allah bagi kt aku. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku, tu pasal Dia uji aku.

Cerita bermula Oktober 2014, aku perasan kulit muka dan badan aku mula mengelap. Tapi aku buat tak endah sbb ms bulan 10 tu terlampau byk benda2 stress berlaku. So, aku ingatkan kulit aku mengalami perubahan di sebabkan stress. 

Setiap kali aku jumpa org yg dah lama tak jumpa, semua tanya kenapa aku dah makin gelap. Kalau satu dua org je yg tanya ok la. Ni nak masuk 100 org tau. Memang stress!!

Disebabkan xtahan dgr ibu aku membebel, aku pun buat checked up kt klinik. Masuk je bilik Dr tu trus ckp, awat gelap sgt ni, baru balik mandi pantai ke?...Hah, tgk!! Dr tu org ke 101 yg ckp aku gelap!!

Okay..pas pung pang pung pang dgn Dr, Dr suh aku google sakit ni "Scleroderma". Dia kata baca, tapi dont take serious. Esok tu aku kene amik darah utk buat full blood test sekali dgn urine test. Balik opis, aku google. Memang x senang duduk mlm tu. Tido pon xlena.

2 hari pas tu, result keluar. Alhamdulillah, aku xde sakit yg berbahaya dan bkn scleroderma tu. Cuma aku kurang kolestrol baik dan calsium level aku nk sampai border line. Dalam 2 hari tu, Dr  ada diskus dgn kwn dia (pakar sakit puan) pasal mslah aku. Kesimpulan tentang penyakit aku ni, masih xde kesimpulan. Cuma aku n Dr, tgh buat try n error.

Kulit aku gelap, mungkin disebabkan suntikan depo. So, aku kene stop amik depo n tukar kepada perancang yg lain yg tidak melibatkan hormon. So, aku kene amik ADR. Tapi sblum amik ADR, aku kene pastikan aku period secara natural. Masalahnyer aku dah 4 tahun x period since preggykan Ayyman. Nampak x masalahnyer? So, sekarang aku bebas dr segala perancang. Dah sebulan masa berlalu. Aku perasan kulit aku ada white spotty kt muka tp sgt halus. Kalau dia membesar, mungkin mcm sopak. OOO  takotnyer. Treament aku sekarang bermain dgn masa. Harap semuanya ok.


Kulit ko gelap je Nurul Aida, bersyukurla. Ramai lagi org x de muka sbb asid sbb kemalangan la. Its not the end of the world. Bertabahlah!!


gambar dulu

Gambar dulu

Gambar sebaik sahaja pas jumpe doktor

Tangan dan muka paling ketara burn


blood test result

kt kawasan idung tu dh mula putih

kat kiri idung

Thursday, May 7, 2015

Kes aku dan Nursery

Ni kes lama...sy repost kt sini sbb susah nk cari kt fb

tarikh asal 1 oktober 2014

Salam kwn2. Ramai yg dah tahu kisah Adik eppa. Kat sini sy ceritakan apa yg berlaku. Ianya bukanlah salah Nursery A semata-mata.

Saya baru hantar Hayyfa n Aman ke Nursery A awal Sept haritu disebabkan sy pindah rumah ke kawasan baru. Dalam sebulan tu, sy yg amik n jemput mereka sendiri tanpa ditemani husband. Dalam sebulan tu jugak ada benda2 kecik yang xmenggembirakan hati saya. tapi saya pujuk hati, kata "saya x biasa hantar nursery. Nursery mmg la mcm ni".

Sampai la Rabu malam (24 Sept), saya tgk kaki Aman berkudis2 sbb digaru. Saya trus whatapp Nursery A. Tanya Aman pakai x sabun khas dia? (Aman has sensitive skin, dia kena pakai sebamed je. Kalau tak belakang badan dia akan gatal dan Aman akan garu). Walaupun Aman kadang-kadang x pakai sabun sebamed, xpernah la badan dia akan gatal2 sampai ke kaki. Mesti belakang badan je yg kering n gatal.

Nursery A reply WA ckp, sabun Aman dah habis. (adalah aku argue kt Nursery tu). Lepas tu aku check Hayyfa plak, baru aku nampak kudis2 (refer pic A). Tapi aku x whatapp trus. Esok tu pagi2, aku g Nursery A, aku tunjuk kan belakang Hayyfa. N Nursery tu terkejut. Dia lak tanya "bila jadi mcm ni kak?" Huh!! Nampak sangat dia x mandikan Hayyfa. Kalau dia mandikan, mesti dia perasan ada kudis sebesar mcm ni kan?. Pastu ptg tu ms amik dorang berdua, Nursery A ckp sabun Hayyfa pon dah habis.

Esok tu, (26 Sept) aku bw Hayyfa g klinik private n the doc said that its was fungus n bagi ubat anti-fungal. Klinik tu klinik panel company. Dari Jumaat sampai ke Isnin, Hayyfa pakai ubat tu. Tapi xnampak kurang. Isnin tu (pic B) nampak makin teruk. Trus aku decide g skin speacialist. Dan hari ni, (pic C)..nampak elok sikit. Harap2 cepat sembuh.

Masa g specialist, aku tunjuk ubat dr Klinik, Doktor tu punya terkejut. Dia kata ubat2 ni salah. Dia akan menerukkan lagi adik Hayyfa. (patotla makin teruk)

Walaupun kes truk mcm ni, aku x cakap adik eppa dpt sakit ni kt Nursery A. Sebab,

1) Rumah baru aku tu akan xde air selang sehari. So, mungkin air yg tercemar yang terkena dekat Hayyfa.

2) Mungkin rumah yg aku tinggal tu sendiri tercemar, sebab rumah tu rumah tinggal, hanya digunakan pada hari2 tertentu, mcm Hari raya ke kenduri ke. (Rumah pusaka mak aku, tp mak aku still keje kt KL, kalo nk berkumpul 1 family besar baru balik kg)

Kenapa aku amik keputusan tukar taska?
1) Sebab hayyfa ni, nampak sgt mcm tak mandikan hayyfa
2) Aman x hepi. Hari2 ckp xnak gi skolah. (tp alasan dia ni xleh pakai jugak, sbb sekarang pon xnk g skolah)
3) Hayyfa penah menangis ms aku amik dr sekolah. Bila tnya Aman, Aman jwb "adik nk susu, tp cikgu bagi biskut"
4) Dalam ms x sampai sebulan, takkan sabun habis. Aman 1 botol lain, Hayyfa 1 botol lain. N kalau dh habis, kenapa x beritahu awal2.
5) Cara layanan dia kay Hayyfa n Aman

Aku bukan nk aibkan sesiapa. Salah aku jugak sbb x alert dgn keadaan anak2. Ni pengalaman pertama aku anta anak kat taska. Mungkin taska tu x serasi dgn aku. Cuma aku berharap, kes ni boleh jadi pedoman kat mak2 yg nak hantar anak2 ke nursery. Mohon kawan2 doakan adik eppa n kakak n abg sihat dan ceria mcm selalu.

Pada kwn2 yg suggestkan option or remedy lain. Terima kasih byk2. Aku cuba usahakan ubt speacilist ni dulu. Kalau x ok, nnt aku ikhtiar cara kwn2. Terima kasih.

#prayforadikeppa
pic A

pic B

pic C

ni kaki aman

montot aman

aman lg

Thursday, April 16, 2015

Puding Marble

Salam,

Sempena cuti Hari Melaka Bandaraya Bersejarah semalam, aku pun rajin la membuat puding. Ajak anak2 sekali buat. Tapi tolong siat roti je la.

Memang sedap puding ni. Bukan nak puji diri sendiri tp rasa n tekstur dia mmg sesuai ikut tekak kami anak beranak.

Ni aku kongsikan resepi dia.

bahan A
1 paket agar-agar serbuk (8g)
3 cawan air
1/2 cawan gula

bahan B
2 biji telur
4 keping roti di carik2.
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
1/2 cawan air
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
2 sudu butter
pewarna makanan


cara-cara:
1) Didihkan bahan A. Sambil2 tu, blendkan bahan B.
2) Bila bahan A dah mendidih, masukkan bahan B.
3) Kacau, kemudian masukkan butter
4) Asingkan agar2 tadi menjadi dua bahagian, kemudian letak kan warna mengikut kegemaran
5) cedokkan warna pertama ke tengah loyang kemudian diikuti secedok warna kedua dia atas warna pertama tadi. Kemudian ulang hingga habis kedua-dua warna.
6) Sejukkan, kemudian potong.


Resepi asal: klik sini


Anak2 aku cukup suke mkn. dorg potong sendiri dlm fridge pakai pisau potong kek. tgk2 dh tinggal suku je. xpe, nnt kite buat lg yea :-)







Tuesday, March 31, 2015

Dulu rumah hantu, sekarang taman syurga

Salam,

Lamanya tak tulis blog. Huhu

hari ni nak share pasal cara pembelian rumah lelong. Ni base on our true story. Tak sedap la nk gebang kalau tak de proof kan.

Ni pic asal umah kami...nampak x berapa reserved price tu? RM100k

Okay, first of all, kita boleh survey di lelongtips.com. Pilih la mana rumah yang korang berkenan. tengok dari segi budget, keluasan rumah, bilangan bilik tidur dan bilik air dan jugak tarikh lelongan.

Pastu gi la lawat rumah yang korang berkenan tu. Kata rumah lelongkan, memang xde can la nk dpt rumah yg cantik. Kalau ada pun 10% je la. Kebanyakkannya, macam rumah hantu. huhu

Lepas tu buat carian jugak kat pejabat tanah. Ada bayaran dikenakan. Kenapa kene buat carian? Sebab nak tahu rumah tu ada masalah untuk dijual ke tidak.

Okay, pastu kalau dh decide nk bid rumah tu, kene sediakan bank draf 10% dari harga rizab. Contoh kalau umah aku td harga rizab Rm100,000. Maka aku buat bank draf RM10,000.

Pastu gi la tempat nk lelong tu pada hari lelongan. Datang awal. Amik form and fill up. Pastu tunggu la giliran korang.

A) If korang menang bid tu dgn harga let say RM120,000, so 10% dari RM120K is RM12000. Tadi dah buat bank draf RM10K je kan. So korang kene topup lagi RM2K dlm masa 7hari.

Dan dalam Masa 120 hari, korang kene setelkan baki harga rumah 

(RM120,000-RM12,000=RM108,000)

If korang xdpt setelkan RM108K tu dlm masa 120hari, rumah tu akan dilelong lagi dan 10% korang tu "burn".


B) But if you not win the bid, bank draf korang yang RM10K td tu akan dipulangkan semula. No worries.

Okay, berbalik kt cerita rumnah aku. Aku dpt harga reseved RM100,000. Pastu dari bulan 8, sampai bulan 12. Pung pang pung pang dgn lawyer, finally dpt duduk officially. Tambah lagi RM10K utk renovate. Masih untung kalau nak jual sbb market value is higher than Rm110K. meh tgk gambar2 awal rumah hantu kami.





Dapat katil free...n sekarang jadi katil anak2

Dapur asalnyer..dpt meja makan free. Tapi bukan yg dlm pic ni


Ruang tamu yg pelbagai kaler...

kami plaster sikit sbb dinding ni dulu, owner tu buat sendiri, bergerutu

boleh panggil seekers dtg buat rakaman

sofa tu walaupun free, kami buang...sesuai buat tukun dh tu



Umah kami sekarang...tapi xbanyak beza pon huhu
khemah tu hubby bukak utk trial..bkn permanantly depan umah

bilik anak2





Tu la sedikit sebanyak kisah rumah kami yg kecik dan mampu milik. Bukan nak berlagak. tapi lebih kepada nak buat kenangan. Planning utk 5 tahun lagi, kumpul duit, beli umah lagi. Dah tentunya rumah lelong. Under market value. Baru untung maa. Yang pasti hidup ni kene kerja keras untuk bayar hutang dan hidup senang. Hutang tetap kene bayar, tinggal cepat atau lambat je. Doakan rezeki kita semua melimpah ruah dan diberkatiNya. 

Tak de istilah senang untuk berjaya. 
Nak berjaya kene ada modal. 
Nak ada modal kene kumpul. 
Nak kumpul kene byk yg dikorbankan. 

Tuesday, February 3, 2015

Semuanya Hanya Kenangan

Salam,

Arini nak share kisah Diary Hijau aku.


Diary ni dah lama bersama dengan aku. Sejak dari Matrik (2003) sampai la ni. Diary aku ni xpenah la kuar dari kotak sejak aku pindah dr KL ke Melaka(2010). Sehingga la aku pindah ke rumah baru ni. Baru la aku n hubby betol2 select apa barang-barang yg mmg patot kitaorg buang memandangkan, umah kami ada stor yg kecik molek je.

Aku ingat mudah untuk aku buang Diary ni, rupanya tidak. Dah 2x aku buang, tapi masih ada dgn aku. Aku ingat nk bakar la diary ni.

Masa kali pertama aku buang diary ni kat tong sampah luar rumah. Tup..tup aku nampak hubby bawa masuk balik sambil tersenyum sengih. Diary aku ni special. Xde org yang boleh baca diary aku, melainkan aku. Sebab aku tulis pakai code.


Tapi Allah tu Maha Mengetahui. X sangka lak hubby aku pon tahu code ni. Aku dpt tahu hubby pon tahu code ni pon ms blom kawen. Masa tu aku marah sgt kat hubby. Aku pon sms la apa yang aku rasa guna code ni. (supaya hati aku lega dan dia pon xde la sakit hati sgt) Tak lama lepas tu, hubby reply maksud mesej tu. Giler betol. Aku balik termalu sendiri. Tapi puas ati la. Dia tahu gak apa yg aku x puas ati tu.

So sbb hubby tahu baca coding aku. Maybe dia nk amik ms la baca apa yang aku tulis dlm Diary tu. Eh mana boleh!! Bertahun2 punya cerita. Mesti la macam2 aku tulis. Lagipun itu kenangan. So, aku amik balik Diary tu n bawa masuk kereta. Ingat nk buang kt mana2.

Sekali anak2 plak bw gi skolah. Bila tanya napa bawa gi skolah, dia kata...dalam buku ummi ada...

tangan ummi

ada abang hensem


ooooh la anak. Kali ni, nekad. Nak bakar diary tu. Even Diary tu penuh dgn kenangan. Contoh

aku masuk wad kt JB sbb denggi


Aku menang musical chair.

Aku pun dah penat nk translate balik apa aku tulis. Dah lama x practise. Sekarang aku dah x minat tulis diary. Sbb dah byk media sosial yang aku boleh manfaatkan untuk simpan kenangan2 aku. Okaylah. Saje cerita saje. Xde menda nak buat. 

Post ni autopublish tau. Kang ada plak mata2 kata aku buat kerja time office.