Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, July 9, 2015

Resepi "Udang Oat" dan "Buttermilk Chicken "


Salam Ramadhan semua.

Satu habit bulan Ramadan ni ialah menggoogle resepi untuk masak berbuka. Huhu. Al maklumkan azam ramadan tahun ni kan nk masak sendiri. Alhamdulillah, aku hanya pergi ke bazar baru sekali. Itu pun sebab hubby ada iftar kat office.

Okay. Hari ni nak share dua resepi yang aku baru nak try masak. Nama resepi pertama, Udang Oat. Udang Oat ni aku penah makan. Tapi pada aku, xla sedap mana. Tapiiiiii, bila tgk chef Sher masak kt rancangan Oatsomenyer Quaker, macam terliur plak. Maybe, hormon Ramadan kan. 

So, bila dah google resepi n hafal. Mula la peperangan di dapur. Dan ini lah hasilnyer..tadaaa. Gambar x lawa...tp rase oatsome!!!





Ni resepinyer:

10 ekor udang saiz L (dibersihkan)
1 biji telur dipukul
4 sudu tepung gandum
1 sudu serbuk kari
2 sudu besar butter
2 ulas bawang putih discincang
setangkai daun kari dileraikan
3 sudu besar oat
minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1) Satukan tepung, serbuk kari dan garam. Gaul rata.

2)Panaskan minyak. Sambil2 tu, celupkan udang dlm telur dan lumurkan dengan campuran tepung td. Kemudian goreng udang tu sehingga garing

3)  Lepas dh abis goreng udang, keluarkan minyak dari kuali. Letakkan butter sehingga cair.Bila butter dah cair, tumis bawang putih dan daun kari. Goreng sampai agak garing.

4) Then, masukkan oat, dan goreng lagi.  Pastu masukkan udang n gaul rata. Tutup api n siap untuk dihidang. Xyah masuk gula n garam dah. sbb dlm tepung td dh masuk garam.

Sedap giler..mkn dengan sos thai n nasi panas. yummy. Selamat mencuba




Resepi kedua, ialah Buttermilk Chicken . Bahasa melayunya, Ayam Mentega Susu. 

Ni plak aku tgk kt rancangan Anis Nabilah..tapi x ingat apa. Pastu masa berbuka kt rumah adik ipar, ada lauk ni. Disebabkan aku kurang sihat, maka aku x selera makan. Tapi hubby kata sedap. Hubby yang dok cerita kt aku mcmana rasa chicken ni. So dari situ, aku dptla gambaran cemana taste dia. Kalau hubby x request, memang x la aku nak masak resepi ni. Sebab aku takot muak. Panjang lak celoteh. meh la tgk bahan2 yang diperlukan.

Bahan-bahan:
3 ketul ayam bahagian dada di potong dadu besar
1 biji telur dipukul
4 sudu tepung gandum
1 sudu serbuk kari
2 sudu besar butter
2 ulas bawang putih discincang
setangkai daun kari dileraikan
8 biji cili padi dihiris halus
1/2 cawan susu cair+air
1 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 3 sudu besar air
minyak untuk menggoreng
garam n gula

Cara-caranya:

1) Satukan tepung, serbuk kari dan garam. Gaul rata.

2)Panaskan minyak. Sambil2 tu, celupkan ayam dlm telur dan lumurkan dengan campuran tepung td. Kemudian goreng ayam tu sehingga garing

3)  Lepas dh abis goreng ayam, keluarkan minyak dari kuali. Letakkan butter sehingga cair.Bila butter dah cair, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. Goreng sampai agak garing.

4) Kemudian masukkan susu. Gaul sebati. Kemuadian masukkan tepung jagung. Last balance kan rasa dengan garam n gula. kemudian masukkan ayam goreng td.  Siap untuk dihidang...tapi matikan api dulu yea :-)





SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, July 3, 2015

Aktiviti Hayyfa di Taska

Salam Ramadhan.

Lama x tulis blog. Harini nk share pasal taska Hayyfa. This is the second nursery for her. Yg pertama tu, ada kes. Buat kan aku fobia nk anta lama2 kat situ. Sebulan je Hayyfa kt taska lama tu. Boleh baca sini.

Taska baru ni namanya panjang, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Seri Bijak Bistari. Ni details pasal taska ni. 

facebook: PPKK
website: http://www.myppkk.com.my/

hayyfa di PPKK MiTC. Sape2 nak masuk sini, mohon cakap, mak Hayyfa yg suggest yea. huhu

As a mother, kita xleh la nk 100% puas hati dgn nursery anak-anak kita kan? Nak2 byk sgt kes2 diluar jangkaan berlaku di nursery2 sekarang ni. Dan disebabkan aku sendiri penah ada kes, so aku mmg sentiasa berwaspada dan 'mengintai2' keadaan nursery.

After almost 9 months Hayyfa di sini, mmg byk improvement. And aku paling suka part boleh tgk aktiviti anak2 through FB dorg. Sgt puas hati. Setiap 6 bulan sekali, anak2 akan dinilai, siap report card lagi...si kecik Hayyfa yg 2 tahun tu pon de report card. Alahai...

Tapi bagusla, kita tahu level anak kite kan?..selain tu, parents jugak akan dpt segebuk fail dgn segala bukti pembelajaran anak2 kt skolah. memang puas hati la. So kita tahu la, even she is 2 y.o, but she didn't just eat n sleep all the day. Hayyfa diajar, basuh botol susu, lipat baju, susun kasut n mcm2 lagi motor skills yg lain. Nak cakap pjg pon xreti sgt...meh la cuci mata tgk gelagat dik Hayyfa.


hai sayang



berkerut-kerut dahi si hayyfa



kt umah xde pon nyusun kasut cenggini




ape adik buat tu? Usik2 kawan plak



sronok sgt la main bubbles yea?








harap buat kt umah pas ni yea dik. ada 3 bakul xsetel lagi kt umah tu


hai..