Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Wednesday, December 30, 2015

TERBAIK buat ku dari Allah

Salam,

Hari ni hari terakhir aku bekerja di tahun 2015. Esok plannyer nak regist skolah anak2.

Tahun depan, the_Ayys akan bersekolah di Krubong. Keputusan yang agak berat untuk dibuat. Tapi ini untuk kebaikan semua pihak. 

Nina & Aman akan berpindah dari Pasti Ummu Habibah (Ayer Keroh) ke Pra Sekolah di Krubong. Transit plak ke Taska. Hayyfa akan fullday di Taska. Dari Pra ke Taska, mereka akan naik van. Harap semuanyer dipermudahkan.

Kami terpaksa tukarkan sekolah sbb kalau aku mc, outstation or balik lambat dr HQ, hubby boleh tolong amikkan dorg. Kalau tak, hubby akan dtg dr Alor Gajah ke Ayer Keroh utk fetch up the_Ayys and then patah balik ke Krubong. So, harap2 plan kitaorg ini menjadi lah.

Bulan 11 hari tu, Pasti buat hari kecemerlangan. Nina & Aman masing2 bawa balik hadiah.  Aman dpt no 1 dan terbaik keseluruhan. Nina dapat terbaik Matematik. Alhamdulillah. Tahun 2016, Nina kene usaha kuat sikit sebab nak masuk darjah satu. Kene tahu baca dan tulis.

Aku jugak diuji Allah dgn serius disease. Alhamdulillah. Sentiasa ingtkn diri sendiri jgn buruk sangka dgn Allah. Selain dari telan ubat2an hospital, aku amalkan minum susu kambing, minyak zaitun, madu, jintan hitam,bekam dan homoepati. Dalam sehari dlm 16 buji ubat aku kene telan. Alhamdulillah, dpt bernafas sampai hari ini pon aku dah cukup gembira dan bersyukur.


Segala screen test utk bln Januari

Hari jadi Nina & Aman celebrate sekali haritu di Pasti..Senang nak sediakan doorgift sekali harung. Motif asal, nak save budget huhu

Harijadi aku plak, alhamdulillah dpt mkn kek aiskrim keladi yang dah lama aku teringin nak makan. Dapat hadiah gold bar dari Nini. Ditambah gold bar yang dpt masa APC ari tu. Alhamdulillah.

Alhamdulillah Allah. Terima Kasih atas nafas ini.,,Atas segala kurniaanMu selama ini..xde satu pon yang aku regretkan. Tenkiu Allah. Syukran. Alhamdulillah.





jln2 di PD








Hantar walid balik Kelate naik Rayani Air 24hb DEc aritu.


Gold Bar dari company









 Jalan2 Taman Botani Melaka...lepas cycling..Alhamdulillah, dh boleh solat berdiri balik. Syukur



Adik lelaki sulung dh grad..tahniah Abang Faiz.
Ibu Abah yang sentiasa mmberi semangat dan dorongan utk kami semua

Anak2 plak berkonvo









Adik bongsu dah terbang ke PULAPOL Sarawak. Alhamdulillah dpt jadi polis. Semoga Allah mudahkan urusan Faizal



Bersama buah hati tercinta yang ada time suka duka


Love you Mr Asmawi

Anak2 ceria membesar


Abang tunggal

Adik beradik yg sentiasa support














Kwn2 opis dan kerjaya yang memberansangkan

Dpt mkn sedap2..dpt mkn apa yg mengidam


besday anak2

NIKMAT APA YANG KAU DUSTAKAN

THANK YOU ALLAH







Tuesday, December 8, 2015

Dress Labuh Terkini

Assalamualaikum semua,

Fuh..fuh..fuh..

Berhabuk dah blog ni. Actually, banyak cerita nak share. Tapi kengkangan waktu dibatasi urusan harian duniawi. Ayat perghh...penuh bunga2 :-P

Oklah hari ni, saya nak bercerita pasal fesyen. Aceceh..mcm la pakar sgt kan nak cerita pasal fesyen. Walaupun aku ni, bukan la moden sgt, tp xdela aku ni mcm katak bawah tempurung kan. Since, aku ni bertudung, so aku nk jugak berfesyen yg sesuai dgn penampilan aku kan.

Luckily, ramai dah artis-artis Malaysia yang dah berhijrah dgn mengenakan tudung. So, sedikit sebanyak, cara mereka berpakaian mewarnai dunia fesyen di Malaysia. Dari situ la aku mula terdetik untuk mecuba fesyen terbaru.

Okay, setelah aku wat survey, aku tertarik dgn fesyen Dress Labuh Terkini. Cuba korang bayangkan...


Pakai dress ni


dipadankan dgn heels mcm ni..




pastu sesuaikan dgn handbag or clutch gojes ni 



Pergh!! Mengancam. Tapi jgn lupe lak nk make up sikit, Bagi naik seri wajah orang kata.


Glamer kan? Pakaian mcm ni sesuai utk Gi wedding, gi dinner, Gi opis pon sesuai tau. 

Kalau gi wedding, confirm husband u olls pegang tangan u olls x lepas tau. 
Kalau nk gi reunion pon elok pakai mcm ni..baru la kengkawan u olls buka mata sikit. Ingat u olls yg dulu  nerd, tudung senget2, spec besar x pandai berhias ke? Tolong sikit..

Ok la...i nk gi cuci mata jap tgk baju2 yg boleh digayakn utk wedding cousin i next month. bye you olls. muah ciked :-*

Thursday, August 20, 2015

Mencegah lebih baik dari Mengubati

Salam,

Hari ni nk share pasal prevention action terhadap sakit Asma pada Hayyfa.  Actually kami (hubby n me) memang dah amalkan bagi anak2 minum madu. Tapi bila masuk Ramadhan hari tu, kami stop kasi sebab bekalan madu habis. Selalu beli kt orang kampong area Alor Gajah. Tapi maybe sebab bulan puasa, orang tu x jual. Terberhentilah kami consume madu. Aku yakin dengan madu sbb aku penah sakit dada almost 2 minggu. Pas kawan suggestkan madu, alhamdulillah 2 hari dah sembuh. Atas kuasa Allah.


Kami x minum madu sehinggala Hayyfa kene Asma haritu, baru teringat nak amik madu semula. Teringat tu pon sbb nenek sedara the_Ayys (Nini)  hadiahkan Qaseh Junior.Thanx Nini. Puas la aku belek n baca pamphlet pasal Qaseh Junior ni. Kandungan dia ada kismis, madu, bayam, hasbatus sauda dll. Rasa pon ok. Cuma manis sikit dr madu asli.


Aku pon try buat research. Banyak org jual rupanya. Aku berkenan kat Qaseh Adinda. Tapi tunggu pil hasbatus sauda aku habis dulu baru aku beli. Sebab kalo beli Qaseh Adinda ni, xyah la aku nk beli hasbatus sauda lagi. Sebab dlm madu tu dh ada. Jimat sikit.


Selain aku amalkan madu n hasbatus sauda, aku amik susu kambing jugak. Khasiat dan peranan nya sama macam madu dan hasbatus sauda. Untuk menjaga kesihatan kita secara menyeluruh. 3 benda ni bukan la mcm ubat. Contoh: kalau kurang drah, amik supplement zinc. Kalau lenguh2 badan, amik kalsium. BUKAN!! Madu, jintan hitam n susu kambing ni, mcm multivitamin. Kalau kita amalkan secara konsisten, insyaAllah kesihatan kita kurang terganggu.


Aku bukan pakar dlm hal2 kesihatan. Tapi aku baru beli buku tajuk Rasulullah Is My Doctor. Banyak sangat pengajaran yang aku dapat. Terutamanya bab-bab sunat mengambil makanan sunnah ni. 



Aku percaya dengan makanan yang diceritakan dalam Al-Quran tu boleh membantu kita merawat dan mencegah penyakit. Tak tahu nak tulis macamana. Tapi aku sedang ke arah, mengambil natural remedy dan kurang memberi ubat kepada kami sekeluarga.

Aku harapkan terbaik buat kami semua.


Untuk maklumat lanjut pasal qaseh gold, boleh hubungi


untuk susu kambing, boleh usha sini

Tu je nak share. :-D



Thursday, August 13, 2015

Hayyfa dan cerita Asma

Salam

Sekadar berkongsi kisah rumahtangga n anak2.

Satu Syawal, detik permulaan perjalanan Hayyfa sebagai seorang penghidap penyakit Asma.

Pagi raya, Hayyfa batuk tidak berhenti, nafasnya sgt laju dan tercungap2. Aku memang x boleh duduk diam. Aku tunggu hubby balik solat Aidilfitri and trus bergegas ke klinik kerajaan. Kami ketuk rumah MA tu. Hayyfa diberikan nebulizer. Ni kali kedua Hayyfa amik neb. Kali pertama pada bulan puasa, tapi itu bukan sbb asma, tp sebab kahak byk.

Lepas amik neb, seharian Hayyfa lembik, lesu, xceria and xaktif. Asyik nk menyusu je. Aku risau je.


Gambar hari raya pertama...xda gambar keluarga baju sedondon sbb adik Hayyfa merengek je sentiasa


Malam tu, kami gi emergency kat Hospital Pasir Mas. Masa doktor check dada Hayyfa, memang ada bunyi wheezing. So amik neb sekali. After amik neb, Hayyfa berlari2 kat seksyen untuk asma tu. Lega sikit aku tgk. Doktor dtg check, kata dh ok boleh balik.


Aktif pas amik neb...nak amik gambar pon susah

Alhamdulillah, raya ke dua, dia aktif je. Tapi bila dh petang tu, dia mula merengek nk nyusu je. Batuk2.

Kiranya, Hayyfa x betol2 sihat la. Melepet je.

Raya ke-4 kami nk balik Melaka. Singgah Kajang sebab gi rumah Paklong aku. Sedap plak Hayyfa main kucing Paklong.








Balik je dr umah Paklong, trus gi Emergency Hospital Kajang. Amik neb lagi. Pastu doc suruh buat bllod test n xray. As a result, paru2 hayyfa berkuman. Doc kasi refer letter ke klinik kesihatan di Melaka.

Esok tu, (raya ke 5) aku masih bercuti. Pas kemas rumah, sidai baju, baru gi poliklinik ayer keroh.





main basikal sementara ummi sidai kain



supporter


Masa di klinik Ayer Keroh, Hayyfa kene amik neb lagi sbb ada wheezing. And doc trus kasi refer letter ke hospital melaka.


Sampai di Hospital, Hayyfa kene amik darah n xray lagi. Dan Hayyfa perlu warded utk pemeriksaan lanjut.


Hayyfa kene pakai bantuan oksigen tu sbb oksigen dlm darah kurang 100. Tapi dia susah nak pakai benda. Masa dia tido, aku pegang je alat tu bawah hidung dia, tp xkene kt muka. Nanti dia sedar. aAlhamdulillah, esok tu oksigen dia dah ok.



Esok tu, Hayyfa dh discaj, awalnyer dia suspectewd pneumonia, tp doc sepakat kata dia asma. So, kene beli aerochamber n dpt buat inhaler. Sama lak tu dgn ubat aku. Boleh la pinjam2 pas ni yea. 






Ceria bila abang Aman dtg melawat. Masa ni xtahu lagi dh boleh discaj. Nina xde masa ni, dia beraya kt KL seminggu dengan atok n mama.


Sejak hari itu, kesihatan Hayyfa kurang stabil. Boleh dikatakan 2 hari sekali pasti dia kene attack. Nak2 cuaca kt Melaka ni hujan je. Ni antara pic2 raya Hayyfa lepas keluar wad. Nampak ceria sikit





Raya ke-18 Hayyfa deman 4 hari. Bawa balik ke klinik. Check darah. Darah plak berkuman. Kesian hayyfa. Asyik x sihat je. 




Memandangkan Hayyfa asyik x sihat, aku ada amik langkah2 pencegahan. Nanti aku cerita kt next entry. As a mom, aku sgt berharap Hayyfa sihat and ceria. Kesian dia xdpt tido mlm sbb batok. Harap kawan2 dpt sama2 doakan Hayyfa cepat sembuh. InsyaAllah.

We love you Hayyfa Fatini