Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Tuesday, January 7, 2014

Bawa Daku Pergi ~ Bercuti Di Sabah Part 1

Salam,

Huhu..mood tengah okay ni. Sebenarnyar, aku sefamily including my Along, baru balik dari bercuti di Sabah.

Post pasal Sabah aku kene buat 2-3 post sbb byk benda aku nk kongsi.

Tiket dh beli sejak Mac lagi. Masa tu Hayyfa pon masih dalam perut lagi. Tujuan bercuti sbb saja meraikan diri sendiri punya birthday (24 oct) dan sbb nk reward diri n family yang byk berkorban, berkongsi susah senang ngn aku. Thanx hubby n anak2. Ummi love u so much muah muah

Tiket flight pukul 7.55am along nyer 6.45am. So seawal kol 5am kami dh bertolak ke lcct. Ingatkan nk parking kete kt situ selama 4 hari sbb xnak susahkan sesiapa utk anta kami awal2 buta. Tapi nasib baik Mak Jemah n Cikgu Din (my parent) willing tu sent us. Sebenarnya, Mak jemah tu risau ke cucu2 beliau. Takot hilang la, takot aku terleka dgn dorg la n so on. So, dia kata dia nak tgk cucu dia kalo boleh sampai naik flight. Kalau nk cerita pasal kerisauan Mak Jemah (MJ) ni, mmg x cukup 1 post. Nanti-nanti la aku cerita. Hihi

So, kakak aku masuk dulu departure hall. Aku dh Check in beg, trus g solat dulu. MJ tolong jaga anak2 aku. Kalo ikut abah aku, mmg dia nk anta je. Xnak tunggu. Tapi apakan daya, demi isteri beliau yg nk tgk cucu, beliau ikut kan saja. Tapi abah tunggu dlm kereta. Nak membuta katanya.huhu

Pas solat, kami g makan mcd dulu then masuk departure hall. Ok, disitu kami berpisah dgn MJ. MJ n abah g solat n balik trus ke rumah.

Sementara tunggu flight, Nina n Aman dok berborak2 depan pintu tu. Xtahu la ape diborakkan. Kejap2 tunjuk dekat flight. Excited sungguh mereka. Muka happy je.





Akhirnya masa penerbangan kami hampir tiba, dh la kene beratur panjang. Naik fligt sekarang ni serupa je mcm naik bas express. Lcct dah mcm puduraya dah gayanya. Sesuai la dgn tagline AirAsia (AA) "Every one can fly". Kalo naik AA, punyalah jauh nk jalan kaki sampai naik fligt siap kene matahari lagi. Aku tgk MAS punya passengers xkene panas pon...(dh tu nk tiket murah..gitu la gayanya)

Okay, dlm fligt semuanya berjalan lancar. Nina dpt 1 seat. Aman n Hayyfa je yg kene duduk pangku since dorg in infant category. memandangkan both of them still nursing, so gilir2 hubby n aku pegang anak2. 5 of us plak xleh duduk in one row coz emergency mask ada 4 je utk 1 row. So, hubby n Aman kene exchange seat dgn makcik yg duduk kerusi depan kami. Nak dijadikan cerita, si Nina Ninot ni plak, poo poo dlm flight. Nasib baik aku dh pakai kan pampers. Pening aku. Macamana nk cebokkan dia. Hubby pegang Aman yg tgh tido, aku pegang Hayyfa. bau dh semerbak dh ni. Dgn x malunyer, terpaksa minta tlg makcik sebelah tu pegang kan Hayyfa.

Then, aku bw Nina g toilet. Astagfirullah al azim. Dalam fligt mana ada air. Panik kejap cemana nk bersihkan Nina. Xyah cerita la cemana. Sapa nk tahu nnt pm aku. Alhamdulillah slpas berperang dlm toilet, Nina pon berjaya dibersihkan dan keadaan toilet nampak ok. (kalo ingat2 balik apa aku buat dlm toilet, mmg nk gelak)

Ok, sampai di Terminal 2 airport Sabah, kami bersatu la dgn Along n my SIL, Nadiah yg mmg belajar di Sabah. Pastu trus amik kereta n jalan2 cari makan. OTW cari makan, baru je sampai kedai makan di Sembulan kot, tetiba dgr bunyi ringtone yg x familiar. Rupenyer ada handphone kat dashboard. Hubby angkat la. Caller itu adalah org yg sewa kereta sebelum kami. Dia dah di airport. Flight dia kol 12.45 dan sekarang sudah 11.55. Caller minta tlg kami hantar handphone ke airport. Sepantas kilat aku ambil phone dr hubby. Aku explain kt dia. Aku cakap, sekarang ms dh suntuk. Nnt nk tggu sy hantar phone, awak plak termiss flight. Aku cakap aku duduk KL, tmn cempaka. Rupanya, parent dia pon duduk situ. beza 5 jalan. So, deal. pas aku balik dr Sabah baru aku pulangkan phone dia.

Pastu kami mkn di Lengkuas. Sangat sdap mknan dia. harga pun ok. Sepinggan RM8. Kat Sabah kan. Okayla harga camtu. Pastu kami trus cari Homestay kami di Menggatal. University Condo Apartment 2. Apartment 3 bilik. Aku 1 family 1 bilik. Along n Nadiah dpt sorang sebilik. Kami rehat luruskan pinggang sampai petang.

Rumah ni aku pilih sbb dia sediakan stroller baby. Pastu harga la. 3 hari rm370. Bila aku check2 rumah ni, Alhamdulillah disediakan pelampung bulat,  pelampung tangan,2 goggles, dan pump pelampung. dah jimat..xyah nk beli or nk bw dari semanjung. (tp aku bw sbb aku xtahu). Towel ada 5. Shower cream sume ada. Dapor, pinggan mangkok, periuk kuali, washing machine, tv astro. Kira baloi la. Tinggal lagi, bilik sume kipas, hall je ada aircond. N kalau nak masak kene tutup pintu. sbb air vetilation dia agak bad sikit. huhu.

Okay..nnt sambung cerita aktiviti malam pulak.


Nota: 
Kereta Sewa:                                             Rumah Sewa
Nama: Pabu                                               Nama: Xtahu huhu
Harga 3 hari:RM270                                  Harga 3 hari:RM370
No Phone:0165821816                             No Phone: 0138558988

kat airport..Aman still not in the holiday mood

Mak Jemah n cucu sulung beliau


Muka happy nk g holiday

in flight..xdpt nk betolkan position kakak, since tgn kene dukung hayyfa


Aman, nk breastfeed n melekap je dlm flight..xberapa berani orgnya

dh sampai airport Sabah..with my SIL.. Aman tu, xleh blah..dlm flight takot kemain lagi


master bedroom..attached bathroom

kitchen

2nd bedroom

dining hall

budak ni bising sekali mulutnyer

u all should try this...so yummy..sanggar keju

pisang+keju+susu pekat

2 comments:

  1. meh pm akak cara cuci poopoo si kakak dlm flight...huhu....akak g Sabah hrtu sib baik Firas xde poopoo sepanjang pegi dan balik

    hezlina_hashim@petronas.com.my

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM
    RM305/Pax Minimum 10 pax

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.

    ReplyDelete