Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Wednesday, January 22, 2014

Cerita pukul 4 pagi

Salam,

Hari Ahad lepas, aku terbangun pukul 4 pagi. So, aku solat Isyak la dulu sbb td b4 tido, aku lom solat lagi. Pastu mata lak tak nak lelap. Aku pon tergerak hati la nak buat durian crepe sbb bahan2 memang dah ada. Aku amik resepi kat sini DURIAN CREPE . Memang menjadi!! Tinggal lagi, aku x guna and x pukul non-dairy whipping cream tu, aku pakai yang readymade siap sedia dlm tin. Yang mcm org guna utk ice blended tu la.

Bila derhaka kat resepi, tu yg xmenjadi tu. Bukan x menjadi apa. Cuma ms dh sejukkan tu, cream aku tu mcm hilang. Tinggal isi durian je. Bentuk pon xlawa la sbb b4 masuk fridge kemain tembam lagi. Bila kuar dr fridge, dah kecut hoho. Tapi rasa tetap sedap. Lagi 1 pengkomen aku komen, kulit aku tebal n garing. Al maklum la, baru first time buat..pastu kol 4pagi plak. Mmg la x berseni sgt. hihi

Ni antara pic2 yang sempat aku rakamkan

Ni adunan yang aku buat tu




Ni isi durian....dlm botol purple tu la whipping cream aku



ok leserkan dlm pan


tadaaa....pastu masuk fridge


Paling best yang berlaku pada waktu kejadian durian crepe ni adalah....
.
.
.
.
.
.
.
.
V
aku dpt lagi sorang anak buah baru (side hubby)...Baby boy!!! 
Tahniah Kak Da and Abe D!!!


Friday, January 10, 2014

Weekend with family..so happy

Salam,

last weekend, my aunty and eldest sister dtg umah aku kt Melaka ni. Alhamdulillah, byk aktiviti yang kami lakukan bersama2 dgn Ayys. Sebenarnyer lebih kepada nk bw Ayys jalan2 n bw 2 org tourist tu tgk2 Melaka huhu. So Early Saturday morning, we had breakfast yang superduper yummeh at Taman Tasik Ayer Keroh. Aku as usual, order Nasi Goreng Cina. Makanan okay. memasing tersandar puas hati. 

Pastu naik plak so called 'cruise' kt tasik ni. RM4 dewasa. Xde la best mana pon. Xde apa2 yang menarik. Cume jumpe 2-3 ekor itik je. Buat bazir peluh je cuak2 naik sampan tu.












Pastu gi sewa buggy lak kat Taman Botanical. RM40 utk 1/2 hours. Sebb hayyfa tido, so byk stesen yang ummi x turun. Senang hati ooo round tmn ni xyah jalan kaki. Besar kot kawasan ni. Banyak monyet.

kwasan yang dibina dan diadaptasi dari cerita dongeng...ni sang kancil n buaya.
Ada cerita arnab n kura-kura, gagak nak minum air, n pipit dan tupai

ni buggy kami
nak sewa bicycle pon boleh RM3

Kawasan cakupan untuk drive buggy

 
Nini, Aman n Nina in buggy

Checkpoint


Us <3 p="">



 Malam plak...kita enjoyyyyyyy giler babas makan tak ingat dunia kat Hatten Hotel. Mkn steamboat. Beli voucher kt Groupon. RM35 je. Thanx Nini sbb belanja. Dah nama pon Groupon, walau makan kt hotel pon, rasa macam makan kat kedai mamak. Sikit punta ramai la org.

Esok plak, tghari mkn kat kedai 35 yang faymes kt Bandar Hilir. Xde pic..tapi asam pedas mabeles. Penutup, mkn kt Klebang Coconut Shake sbagai memenuhi nafsu tetamu..huhu...okay tu je nak cerita. Sebagai kenangan untuk aku huhu








Tuesday, January 7, 2014

Bawa Daku Pergi ~ Bercuti Di Sabah Part 1

Salam,

Huhu..mood tengah okay ni. Sebenarnyar, aku sefamily including my Along, baru balik dari bercuti di Sabah.

Post pasal Sabah aku kene buat 2-3 post sbb byk benda aku nk kongsi.

Tiket dh beli sejak Mac lagi. Masa tu Hayyfa pon masih dalam perut lagi. Tujuan bercuti sbb saja meraikan diri sendiri punya birthday (24 oct) dan sbb nk reward diri n family yang byk berkorban, berkongsi susah senang ngn aku. Thanx hubby n anak2. Ummi love u so much muah muah

Tiket flight pukul 7.55am along nyer 6.45am. So seawal kol 5am kami dh bertolak ke lcct. Ingatkan nk parking kete kt situ selama 4 hari sbb xnak susahkan sesiapa utk anta kami awal2 buta. Tapi nasib baik Mak Jemah n Cikgu Din (my parent) willing tu sent us. Sebenarnya, Mak jemah tu risau ke cucu2 beliau. Takot hilang la, takot aku terleka dgn dorg la n so on. So, dia kata dia nak tgk cucu dia kalo boleh sampai naik flight. Kalau nk cerita pasal kerisauan Mak Jemah (MJ) ni, mmg x cukup 1 post. Nanti-nanti la aku cerita. Hihi

So, kakak aku masuk dulu departure hall. Aku dh Check in beg, trus g solat dulu. MJ tolong jaga anak2 aku. Kalo ikut abah aku, mmg dia nk anta je. Xnak tunggu. Tapi apakan daya, demi isteri beliau yg nk tgk cucu, beliau ikut kan saja. Tapi abah tunggu dlm kereta. Nak membuta katanya.huhu

Pas solat, kami g makan mcd dulu then masuk departure hall. Ok, disitu kami berpisah dgn MJ. MJ n abah g solat n balik trus ke rumah.

Sementara tunggu flight, Nina n Aman dok berborak2 depan pintu tu. Xtahu la ape diborakkan. Kejap2 tunjuk dekat flight. Excited sungguh mereka. Muka happy je.





Akhirnya masa penerbangan kami hampir tiba, dh la kene beratur panjang. Naik fligt sekarang ni serupa je mcm naik bas express. Lcct dah mcm puduraya dah gayanya. Sesuai la dgn tagline AirAsia (AA) "Every one can fly". Kalo naik AA, punyalah jauh nk jalan kaki sampai naik fligt siap kene matahari lagi. Aku tgk MAS punya passengers xkene panas pon...(dh tu nk tiket murah..gitu la gayanya)

Okay, dlm fligt semuanya berjalan lancar. Nina dpt 1 seat. Aman n Hayyfa je yg kene duduk pangku since dorg in infant category. memandangkan both of them still nursing, so gilir2 hubby n aku pegang anak2. 5 of us plak xleh duduk in one row coz emergency mask ada 4 je utk 1 row. So, hubby n Aman kene exchange seat dgn makcik yg duduk kerusi depan kami. Nak dijadikan cerita, si Nina Ninot ni plak, poo poo dlm flight. Nasib baik aku dh pakai kan pampers. Pening aku. Macamana nk cebokkan dia. Hubby pegang Aman yg tgh tido, aku pegang Hayyfa. bau dh semerbak dh ni. Dgn x malunyer, terpaksa minta tlg makcik sebelah tu pegang kan Hayyfa.

Then, aku bw Nina g toilet. Astagfirullah al azim. Dalam fligt mana ada air. Panik kejap cemana nk bersihkan Nina. Xyah cerita la cemana. Sapa nk tahu nnt pm aku. Alhamdulillah slpas berperang dlm toilet, Nina pon berjaya dibersihkan dan keadaan toilet nampak ok. (kalo ingat2 balik apa aku buat dlm toilet, mmg nk gelak)

Ok, sampai di Terminal 2 airport Sabah, kami bersatu la dgn Along n my SIL, Nadiah yg mmg belajar di Sabah. Pastu trus amik kereta n jalan2 cari makan. OTW cari makan, baru je sampai kedai makan di Sembulan kot, tetiba dgr bunyi ringtone yg x familiar. Rupenyer ada handphone kat dashboard. Hubby angkat la. Caller itu adalah org yg sewa kereta sebelum kami. Dia dah di airport. Flight dia kol 12.45 dan sekarang sudah 11.55. Caller minta tlg kami hantar handphone ke airport. Sepantas kilat aku ambil phone dr hubby. Aku explain kt dia. Aku cakap, sekarang ms dh suntuk. Nnt nk tggu sy hantar phone, awak plak termiss flight. Aku cakap aku duduk KL, tmn cempaka. Rupanya, parent dia pon duduk situ. beza 5 jalan. So, deal. pas aku balik dr Sabah baru aku pulangkan phone dia.

Pastu kami mkn di Lengkuas. Sangat sdap mknan dia. harga pun ok. Sepinggan RM8. Kat Sabah kan. Okayla harga camtu. Pastu kami trus cari Homestay kami di Menggatal. University Condo Apartment 2. Apartment 3 bilik. Aku 1 family 1 bilik. Along n Nadiah dpt sorang sebilik. Kami rehat luruskan pinggang sampai petang.

Rumah ni aku pilih sbb dia sediakan stroller baby. Pastu harga la. 3 hari rm370. Bila aku check2 rumah ni, Alhamdulillah disediakan pelampung bulat,  pelampung tangan,2 goggles, dan pump pelampung. dah jimat..xyah nk beli or nk bw dari semanjung. (tp aku bw sbb aku xtahu). Towel ada 5. Shower cream sume ada. Dapor, pinggan mangkok, periuk kuali, washing machine, tv astro. Kira baloi la. Tinggal lagi, bilik sume kipas, hall je ada aircond. N kalau nak masak kene tutup pintu. sbb air vetilation dia agak bad sikit. huhu.

Okay..nnt sambung cerita aktiviti malam pulak.


Nota: 
Kereta Sewa:                                             Rumah Sewa
Nama: Pabu                                               Nama: Xtahu huhu
Harga 3 hari:RM270                                  Harga 3 hari:RM370
No Phone:0165821816                             No Phone: 0138558988

kat airport..Aman still not in the holiday mood

Mak Jemah n cucu sulung beliau


Muka happy nk g holiday

in flight..xdpt nk betolkan position kakak, since tgn kene dukung hayyfa


Aman, nk breastfeed n melekap je dlm flight..xberapa berani orgnya

dh sampai airport Sabah..with my SIL.. Aman tu, xleh blah..dlm flight takot kemain lagi


master bedroom..attached bathroom

kitchen

2nd bedroom

dining hall

budak ni bising sekali mulutnyer

u all should try this...so yummy..sanggar keju

pisang+keju+susu pekat

Thursday, January 2, 2014

Aku dah anak yang bersekolah..Alhamdulillah

Salam, Selamat tahun baru.

Alhamdulillah, pagi ni dpt register Nina ke Tadika Pasti Ummu Habibah di Taman Tasik Utama, Melaka. Seronok tgk dia dh gi school. Mula2 tu xnak ikut apa cikgu dia suruh buat. Ala-ala malu kucing la tu. Pastu baru ok. Dah dpt main plastisin.

Pagi tu pakai bju rumah dulu, pastu baru dpt uniform. Mula2 tak nak pakai, pastu ummi pujuk la. Tgk gambar kawan tu, dia pakai baju skolah.


ni pic dr google..nina x skolah kt sini

Pastu baru dia nak pakai. Dah pakai siap2 dia tanya, "spek mata mana?" sambil tunjuk kt model yg pakai spek tu. aduyai...

Harap Nina okay sampai ke petang. UmmiWalid doakan Nina jadi anak solehah, mudah belajar dan jadi anak yang dengar kata dan lembut hati.

muka pagi2 ceria nak skolah

main plastisin..ummiwalid nk g register jap


dah dapat baju, saiz m (ingatkn dpt xl..huhu)
tgh gentel karipap



main plastisin yg cikgu buat guna tepung n garam (boleh google)

love u sayang xoxo

aktiviti harian budak 4 tahun