Hari ni ada plak mood nk berblogging pagi2 ni.
Just nak share menu yang berjaya dimasak baru-baru ni.
Bukan nk share resepi tau. Nak share menu je.
On the way g Langkawi hari tu, sempat singgah umah pakcik hubby kt Ipoh. Masa dh sampai tu pon dh malam. Sebelah siangnya, pakcik buat Majlis Ulang Tahun utk cucu pertamanya, Adam Rayyan. So, sempatla kami merasa lauk-pauk masa majlis tu. Antara yang meninggalkan memori pada aku adalah "Daging Masak Hitam". Sgt sedap rasa dia, ditambah makan dengan nasi panas2. Selain itu, ada jugak kuih seri muka, tetapi bukan pakai pulut. Dia pakai sagu, suun, kelapa. Rasanya hampir sama ngn rasa seri muka pulut. Cuma kurang berlemak.
So, disebabkan kenangan yg hadir seketika itu, telah membuatkan tekakku meronta2 ingin menjamah lagi daging masak hitam itu. Thanx to teknologi, dengan mudahnya aku dpt search resepi daging masak hitam ni. N alhamdulillah, hasil aku menjadi n insyaAllah bakal menjadi menu harian kami sekeluarga. Ni gambar yang di ambil dari google images
Lagi satu resepi yang berharga dan berkenangan pada aku adalah ikan masak taucu. Boleh pakai ikan apa2 je cth: kembung, selar, sardin, kerisi, siakap dll
Masa belom kawen, ini lah antara menu harian kami adik beradik. Tapi selepas kawen, aku xpernah masak. Sebab utama aku xpernah masak adalah sbb hubby xpernah dengar masakan ini. Rumate kt opis pon x tau masakannya. Tapi setelah 3tahun mendirikan umah tangga, nafsu nk mkn taucu melonjak2. So, dengan pantasnya, aku pun mengoogle resepi dan memasaknya. Alhamdulillah menjadi. Part paling bestnya adalah..bila aku masak resepi lain. Contohnya ikan masak 3 rasa, hubby tanya, "nape xmasak taucu?" Walaweh..kembang idung jap. Melonjak2 hati. Seronok, seolah2 dh lulus exam untuk masak taucu.
Ni pic Ikan kerisi masak taucu. Pun di ambil dari google.
Walapun cerita kali ni mcm ntah apa2 je. tapi ianya cukup terkesan kat hati aku. Sebagai salah satu improvement dlm diri aku. Sorry la, pic terpaksa di google. nak tangkap sendiri xsempat. Nk layan anak2 di meja makan lagi. Papehal pun.. TAHNIAH NURUL AIDA!!!
m so proud of u..next trip bikin eh,,,hehehe
ReplyDeleterajinnya dia masak :)
ReplyDelete