Salam,
hari ni i bagi warning awal2 k..ni entry berunsur nasihat @ ilmiah. Kalo korang boring..ada i kesah:-P..kalo xmenepati selera bacaan korang..sila la klik icon X kat atas ujung belah kanan page ni..terima kasih!!
Dh 4 tahun aku jadi "kuli" yg mengajar budak2 diploma kt M'sia ni. Of cos la makin bertambah pengalaman aku kan. Mcm2 peel students n pattern belajar aku dh tengok. Cuma baru ni aku terdetik nk tulis sesuatu berkaitan "Sistem Belajar"..perghhh..tajuk yg berat!!
Kenapa student boleh fail sesuatu subjek tu?
Sbb basic dia lemah ke?
Sbb dia register lambat ke?
Sbb dia main2 ke ms lecture?
Sbb dia mmg ditakdirkan begitu ke?
Sbnrnya setiap guru tu dia dh dpt detect seseorg student tu lemah ke tak dlm pembelajaran sejak awal lecturing lagi. Penyakit lemah dlm pelajaran ni sbnrnya boleh di atasi..bak kata pepatah
"belakang parang kalau diasah, lagikan tajam. Inikan pulak otak manusia"
Aku akui kata pepatah tersebut..tp lama jugak la ada satu persoalan ni bermain2 di minda aku.
Memang betol, kalo kita ajar budak tu perlahan2..satu-satu..seketol-ketol..insyaAllah dia pasti akan dpt tangkap ilmu yg kita sampai kan. TETAPI..nk ajar slow2 itu la yg memakan masa...xdapat punya nk diserapkan dlm tempoh 14minggu masa kuliah yg ditetapkan!!!
Maksudnya..kalo student lain boleh berjaya dgn cemerlang dlm tempoh 14minggu..student yg lemah ini td pulak..tidak la begitu. Itu pasal la adanya istilah repeat paper bagi student yg fail..kerana dia perlu mengambil msa xtra utk mengasah ilmu yg dia ada serta meng"absorb" ilmu baru secara perlahan2.
AKAN TETAPI..aku pasti xde seorg student pun yg mahu repeat paper. Jadi dimanakah keadilan buat mereka yang lemah ni? Adakah sbb mereka dilahirkan kurang pandai dlm sesuatu subjek..maka mereka perlu repeat?? Xde cara lain ke??
aku ajukan persoalan ni pada abah aku..yg dh 38 tahun jadi cekgu..
Abah aku cakap..
"mmg betol 'belakang parang kalau diasah boleh tajam'..tinggal lagi kene amik masa je"
abah berhenti menyedut asap rokok...
"tapi..." abah menyambung
"masa itu boleh diganti dengan usaha. Maksudnya..kalau student lain belajar bljar 20 jam seminggu di darab dengan 14minggu..bersamaan dgn 280 jam..budak yg lemah perlu belajar 2-3 kali ganda dr itu..iatu 560 jam atau lebih. Jadi dia tak perlu la nk repeat paper yg menyebabkan dia kene tambah lagi 14 minggu belajar dan sekaligus menambah jumlah semester"
"maksud abah..." aku garu2 kepala
"xde istilah bodoh atau pandai..yg ada hanyalah rajin atau mls. Terpulang pd student tu sendiri..nk tambah semester ke nk tambah masa ulang kaji??"
Akhirnya..aku mengangguk. Setelah aku jumpa keadilan buat pelajar2 lemah. Bukan Allah nk hukum kamu..tetapi Allah sebenarnya bagi akal dan masa untuk kita gunakan sebaiknya.
Buat para pelajar yg dh lepas level SPM..ni ada kata2 mutiara utk kamu yg saya amik dr fb kwn2 sy..
As university student, you only got 30% input from lecturer, another 70% you need to find by your own self. IF you want to have 100%input, please downgrade your level of study to secondary school.
salam Aida,
ReplyDeleteakak suka quote yang terakhir tu...dan selalu mmg akak remind again n again my students pasal tu..dorang bukan budak sekolah yg nak kene spoonfeed 100%