Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Monday, June 20, 2011

Mengapa dia yang daku pilih?

Sempena anniversary aku, aku nk share ngn korang sedikit sebanyak kisah memula aku kenal hubby aku dulu. Kisah ni bukan sikit tau..panjang....

Back to April 2007,
Aku tergesa-gesa pakai baju long sleeve t-shirt, seluar jeans, dan meletakkan kerongsang di bawah dagu dan di tengah2 tudung yang di segi tiga kan.

" Ah..lantak la, bukan nak pergi mana pun" getus ku dlm hati bila memikirkan penampilan ku yang selekeh itu.

Kemudian aku dan abah, ditemani adik bongsuku yang berusia 12tahun bergegas ke sebuah kompleks membeli belah dipinggiran ibu kota. Sesampai aku di Kot Memot (bukan nama sebenar), aku segra ke kaunter menjual kamera. Ada seorang penjual di situ yang sentiasa tersenyum.

" Assalamualaikum, dik, tadi abang ada beli kamera, tapi tak leh pakai la," abahku membuka bicara.

" Dah la tak leh pakai, pastu kena pakai bateri AA plak. Ni zaman apa camera pakai bateri AA!!" aku mmg dh xtahan nk tahan marah. Yelah, ingatkan leh seronok2 ngn kamera baru yang abah beli pagi td. Tapi langsung tak leh guna.

"Ehm..kalau ikutkan, kamera ni memang stok lama sangat. Dah tak jual pun," kata si penjual itu.

"Dah tahu lama, dah tak jual, dah tak de orang pakai, apsal pergi jual kat bapa saya ni!!. Mentang2 la abah saya ni tua..opss..senior, sesenang je awak nk tipu dia ek?" sore aku dh hingar dh kat Kot Memot tu (sekali lagi bukan nama sebenar)

"Ehm..sy baru masuk keje shift petang. Mungkin yang jual pagi tu, budak baru kot,"

"Awak baru masuk keje ke, baru kuar keje ke, saya tetap nk ganti rugi. Ingat bapa saya tak de duit ke nk beli kamera lagi up. Ni kamera cikai yg awak jualkan!! Nk tangkap lobang idung adik saya ni pun tak lepas awak tahu?!!" Marah betol aku dibuatnya.

Tapi penjual ni mmg tolong sehabisnya. Dari kamera "lama", aku pilih kamera yg 5x ganda harganya. Aku peduli apa, yang penting aku puas ati. lagipun abah yg bayar.hihi
Pas dah pung pang pung dlm sejam, akhirnya selesai gak masalah. Abah aku gi setlkan payment lak kat tingkat atas. Aku lak amik peluang tinjau2 kawasan kat situ.

Bila aku g lane jual blender, kat ujung lane tu, aku nampak org intai aku. Aku pun beralih la kat lane vaccum lak. Tgk2 org yg sama dok ikut aku. Aku pun try g lane rice cooker, pun dia ikut aku lagi. tapi dok intai2 dr jauh je la. Bosan aku, aku g join adik aku dok kat tmpat rehat customer yg ada tv lcd besar ngn sofa besar.

Tetibe..budak penjual kamera tu panggil aku..
"Ni no tepon saya, nnt ada masalah, kol sy. sy bagi servis 24/7 utk awak je," kata pemuda itu. Aku angguk jela sambil mengeluarkan bunyi ehm..(hehe)

" No tepon awak lak?" sambung pemuda itu.
" Nak buat ape?" terbeliak biji mata aku.
" Yela, senang la sy nk tahu awak yg kol. Kalo no sy tak kenal, sy tak layan nnt"
Cet..ada je alasan..tapi aku bagi jugak no aku sbb aku mls nk layan dia. Yang abah aku ni plak..lama kemain buat bayaran apsal?

Bila bapa aku dh muncul semula, boleh plak la abah n pemuda tu layan isap rokok sesama kat luar. Cet..kuang asam betol. Tu pun ada ati nk ajak abah, aku n adik g minum kat mamak. Cepat2 aku cakap xnak. Nak balik..dh penat. Nasib bek abah aku menyebelahi aku. Malas aku nk dok lelama kat Kot Memot ni (bukn nama sebenar).

Ehm..cube korang teka..sapa bakal hubby aku sebenarnyer? Pemuda jual kamera tu kah? Atau org yg intai aku tu?

Ok..cerita hot mcm ni mana boleh tulis sehari je kan. Korang tunggu je sambungan dia. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca novel xseberapa ni.

Salam petang Isnin semua:-D


2 comments:

  1. hahahah
    akhirnya tau jgk cmne madam bole jmpe hunny madam
    hehe

    ReplyDelete
  2. blom tahu lagik..story tak abis lagi ni..kene tunggu sy ada mood nk sambung..hihi

    ReplyDelete