Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, September 1, 2016

Prepare youself babe

Pagi tadi lagu ni kuar kt radio sinar.
perlahan2 cuba fahamkn lirik.
Aku agree sgt. We as woman harus prepare ourselves untuk sebarang kemungkinan dlm perhubungan. nak2 lagi bila dh kawen.
Sekali wanita beraksi, pasti dunia lelaki kacau bilau. As permulaan, jgn berhenti berdoa. Fikir yang baik2. doa yang baik2, Bila dh rasa xtahan sabar nnt bru buat cara lain. huhu

Hey Ladies by Rossa
Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis
Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi
Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur
Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong
Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus
Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Friday, August 5, 2016

Sambutan Hari Jadi Walid

Salam,

Tahun ni, sambut besday walid lambat 3 hari atas sebab2 tertentu. Konon nyer nak baking kek. bahan2 semua dh beli. Tapi malas ya rabbi. Maka, decide beli kek je la.

Pas balik keje, pick up anak2 and gi King's Confectionery di Tesco Cheng. Beriya2 la anak2 nak pilihkn kek untuk walid. Gambar cartoon la, bentuk padang bola and so on. Tapi at last, ummi pilih Boston Cheese Cappucino.

Dalam kereta dah ckp dh, kita nk surprise kan walid ni. Kakak Nina la yang paling beriya..dok plan itu ini.

Dah sampai rumah, semua pakat suh ummu tiup belon. Selesai tiup belon, baru ummi mandi n rehat2. Masa ummi rehat2. dengar la kakak Nina bagi arahan kat adik2.

"Aman nnt berdiri kat situ"
"Bila kakak bukak lampu, semua kene baling belon n jerit surprise!!"

"Faham?"

"Berdiri kt situ laaa!!!"

At last, kakak masuk bilik sambil buat muka frust.Merajuk

"Adik2 tu..xnak dengar cakap kakak"

Huhu..adik2 kecik lagi..dh tgk belon, dibantainyer main. Mana le nak dengar. Si kakak dah besar dah ada sense nk celebrate2 ni.

Beli lilin sampai 8 batang, 3 bsar 5 kecik. sbb walidkan dh 35tahun. Alhamdulillah.

Masa dh dengar bunyi kereta walid. Cepat2 pasang lilin. Pastu tutup lampu.
Pastu semua pakat jerit2 sebab takot. Tadi kemain nk tutup lampu jerit surprise bagai. Haish


Lilin tu sampai dh xnmpak batang...walid tak masuk2 rumah jugak. Bila walid masuk rumah...lepas erit SURPRISE!! Anak2 dok tanya..kenapa lambat masuk rumah?

 Rupa-rupaya...walid surprisekan kite dulu. Walid gi jolok buah mangga kat luar. Haish.

Ada part2 kt kek tu UmmiWalid xkasi makan. Buang awal2 sbb dh kene lilin yang kronik. Almaklum le lilin je dh 8 batang. Sampai terbakar lapisan atas kek tu. huhu

Abis je majlis tu...kakak dah bising2 suh simpan belon. Sampai bergaduh2 dgn adik2. dik2 nk main belon lagi...tapi kakak sibuk suh simpan.

Ummi tanya le..kenapa nk simpan?

"Simpan la...nnt nk guna utk surprisekn besday Nina plak"

Haha..Nina..nina...siap suh ummi promise , nnt besday dia kene buat surprise jugak.

Kakak dah besar :-D



Wednesday, July 20, 2016

Resepi Salmon Grill Bersama Sos Lemon

Salam,

Hari ni kita post pasal resepi plak.

Di Mydin Melaka ni, harga ikan salmon adalah lagi murah berbanding ikan tenggiri. Terkejut x? Betol tak tipu. Dah lebih setahun kami buat survey.

Disebabkan i suka benda mahal tp harga murah, maka salmon kini mengisi ruang peti ais ku. huhu

Bli salmon kemain lagi..tp masaknyer tak tahu..huhu

Resepi kali ni..kira kali ke3 i masak salmo untuk seumur hidup i

yg pertama..5 tahun dulu...masak grill sahaja (tu first time rasa..trus  xsuka salmon sbb isi eh merah..mcm xmasak)

2nd trial  dlm 2 bulan lepas..masak kari


yg ketiga ni, i grill sampai garing

untuk sos i bantai je
ms ni xsempai nk goggle

utk sos

1 cawan air didihkin. Masukkan 3 btg cili padi yang telah ditumbuk. Msukkan 4 sudu besar pati sunquick. Lepastu, masukkan 4-5 sudu susu cair. perasakan dgn garam n gula. Tambah 1 sudu teh pati ayam. SIAP.

Masa ni baru la rasa ikan salmon tu boleh diterima tekak.


gambar ehsan google

Tuesday, May 31, 2016

TIPS DISAYANGI RAMAI



Assalamualikum semua


Harini mood agak baik sedikt, badan ada sihat sikit, masa ada free sikit. Alhamdulillah.
So, hari ni saya nk share sikit pasal tips untuk disayangi…bukan takat suami je, tapi semua orang InsyaAllah.

Dulu…dulu lah..lama dh kot. Zaman2 anak dara. Saya suka perfume. Terjebak dengan perangai aunty saya yang suka belikan sy perfume. Bila dah kerja, spend la sikit untuk perfume.

Tapi…bila kahwin. Husband hadiahkan perfume sebagai hantaran…Guess Mariacano. Tu la last perfume saya. Sebab baru 6 bln kahwin, sy dh preggy. Pastu xleh bau perfume tu. Husband plak cakap, selagi x abis perfume tu, xleh beli baru sbb membazir.

Dah tu, kalo ko 3 tahun berturut dok mengandung je, mmg x abis la kan perfume tu. Ni dh masuk 6 tahun, ofkos la dh expired. Kan ke sayang tu.

Saya sgt cerewet dgn pefume. Saya xakan beli botol besar kalo saya x puas hati dengan baunya. So, sy byk beli yg inspired perfume jenis roll on tu kt shopping mall. Harga dlm rm10-rm15. Tapi…bau nyer xtahan lama. Nak beli yang original…memang mampu tengok je la. Perangai mak-mak kan…selalu fikir…”kalo rm300 beli perfume, baik beli baju anak”. So, memang saya xde la perfume yang botol besar. Semua nyer tester roll on, yang at last, sy bagi kt adik2, or kawan2 sbb baunyer x long lasting.


Tapi…sejak kawan saya perkenalkan Dexandra dengan saya, saya dah tak toleh kebelakang lagi. Dexandra la perfume dihati sekarang. Mula-mula saya beli tester Moon Sparkle by Escada. Balik keje, dah mandi. Bau masih ada lagi. Husband balik kerja tanya, apa yang bau wangi ni? Saya cakap bau ape?

Masa dah abis solat Magrib, ms saya cium tangan hubby, dia kata. “Honey la bau wangi tadi. Pakai ape?” Saya cakap la Dexandra, kawan jual. Yang kecik je beli.


Esok tu, saya trus google pasal Dexandra. Memang sejenis perangai kami laki bini, suka menggoogle. Rupanya hubby pon buat research pasl Dexandra. Hubby kata, why not saya jual Dexandra. Sbb kami tgk marketing dia mcm best je. Saya byk tanya kawan saya yang jual Dexandra tu. Mula-mula, saya tolong dia jual. Lama2, sy pon join jadi ahi. Hehe

Kenapa saya join Dexandra?

# Isi masa lapang

Sejak sy sakit, ms sy byk terbaring atas katil sbb lenguh. So, sy suka main hp sambil baring2. At least ada jugak benda manfaat sy buat kalau sy terbaring main hp tu. Boleh masyuk $$





# Produk ni bagus. Tahan lama
Saya dh try dan saya sgt suka dgn produk ni. Harga mampu milik, bau ada macam2. Bau2 yang terkenal di international. Dab baunya 90% sama. Betol. Tak tipu. Tu pasal saya kata, saya jual sebab saya yakin produk ni berkualiti dan boleh jual.


# Boleh beli byk haruman dan tukar-tukar pakai.
Kalau beli yg original, botolnyer besar, 100ml. harganya mahal RM300. Nak pakai byk, sayang. So setahun la tak abis2 pakai. Tapi dengan Dexandra, botol kecil 35ml, harga murah RM65. Pakai 3 bulan dah abis. Dah boleh tukar bauan lain. Xde la bosan dengan sejenis je. Nak beli 2 pon xpe, sbb murah hehe



Ni antara kelebihan Dexandra

DE'XANDRA Perfumes adalah

✔Perfumes EDP
✔TAHAN LEBIH LAMA Setanding Produk Antarabangsa yang original
✔Ketahanan baunya melebihi 8 jam dan ke atas
✔jika baunyer serasi dengan pemakai ia tahan sehingga 1 - 2 hari pada pakaian.
✔ Produk bumiputra (halal)
✔ Mudah di bawa ke mana-mana (ringan)
✔ Pati Original & Alkohol First Grade
✔ Boleh di bawa solat
✔ 35ml

Sape yang minat nk try pakai, nk try jual. Boleh refer

FB: kasih hati

IG: aidadexandra

Whatapp: 0125089894

Memang x menyesal. Kadang2 x sampai hat ink jual kt customer sebab rasa nak pakai sendiri. Padahal, sendiri punya dh 5 jenis huhu.

Okay la. Nanti ada ms, sy cerita lagi.





Meh usha2 catalog






























































































Monday, April 4, 2016

Diam-diam ubi berisi..

Assalamualaikum semua.

Fuhhh sangat lama tak berblog. Niat nk menulis ada..tp semnagat yang tak ada. LOST!

Alhamdulillah, hari Isnin yang berkat ni, terbuka pintu hati untuk berkongsi sikit sebanyak kisah hidup selama mendiamkan diri ni.

Niat untuk memberi kesedaran bahawa kita hanya insan biasa...bila-bila sahaja kita akan diuji Allah.
Allah menguji sebab dia sayang. Dia nak kita dekat dengan Dia. InsyaAllah


Ingat x post aku pasal kulit aku yang makin menggelap?

Refer sini: Kulit Gelap

Okay..kan aku cerita..ada white spot kt muka aku kan? Lepas tu spot tu merebak..ke belakang badan, So aku nekad, pergi jupe skin specialist. Memang nervous. Sangat takot. Aku gi dgn bestfren aku. Tak lalu makan.

Doktor tu tgk aku, belek seluruh badan aku. Tanya macam2. At the end..dia cakap

"This is not skin problem. I will refer you to Rheumatoid Specialist. You better get the treatment in goverment since its a long process of treatment. It will takes 7 to 8 years to cure"

Giler x giler..7-8 tahun? Sakit ape aku ni? Appoitment aku bulan October 2015.

Harinya pon tiba...aku gi dgn husband

Doktor tgk aku..tanya mcm2. Pasal family history, pasal aktiviti harian aku, pasal pattern period aku...mcm2 la.

At the end...doktor kata aku ada "Scleroderma/ Systemic Sclerosis".
Ianya dimana imun system aku jadi carca marba. Patotnya imun tu protect aku tp dlm kes ni tak...dia akan makan balik sesama sendiri.

Nanti korang google la. Nak cerita panjang sangat.

First day tu je..aku kene amik 7 blood tests, ECG, and ujian dada.

Dari semua test tu, memang sah aku ada "mix tissue connection". ZJantung aku masih normal. Just lung aku dh x 100% functioning.

Penyakit ni xde ubat yg spesifik lagi. Kalo simptom menyerang hati, kene amik ubat rawat hati. Kalau serang kidney, amik ubat kidney. Aku pon dah 2x bertukar ubat. Penyakit ni xde penyebab n xde ubat. 

Setakat ni alhamdulillah...alu dpt bernafas, tgk muka anak2 pon aku dh bersyukur.

Dalam bab mkn, aku xde kene pantang apa2. Tapi dlm bab kehidupan harian la yg paling byk membataskan. Aku susah nk buat benda2 kecik mcm ketip kuku, menjahit, menulis. Selalu kene krem pada jari jemari. Xboleh sejuk sgt or panas sgt. Even nk keluarkan ayam dari freeze pon kene pakai glove. Mudah terluka dan susah sembuh. Tak boleh stress (bad effect). Sakit lutut. Kulit over tegang dan shinny (excess of collagen). Basuh pinggan aku kene pakai glove org Korea tu sbb hujung2 jari aku byk dh luka dalaman, My blood veins pecah. So nmpk le lebam2 kecik2 kt hujung jari. Thumbprint pon dh x recognize fingerprint aku.

Bila doktor tanya2 tu..sebenarnyer dah lebih setahun aku hidap benda ni...tinggal lagi aku xsedar. Maybe 2013..lepas aku deliverd hayyfa.

Bab pregnant, aku dinasihatkan utk tidak mengandung lagi. Sebab, kulit aku tegang...so perut xdpt membesar n takot baby xde ruang nk growing. Boleh jugak mengandung tp bila luka..susah nk sembuh. So ikut bawah ke ikut caeser ke..risiko tetap ada. Ada kes pulak..lepas deliver, sakit makin memburuk. Ehm...

Aku de amik supplement..tp homopati n makanan sunnah (myk zaitun, hassbasstusauda, susu kambing n madu) lain2 aku xyakin. Sebabkan aku sakit, husband amik keputusan jual susu kambing. Alhamdulillah, bisnes makin rancak. Aku n anak2 mmg amalkan.


Itulah serba sedikit kisah aku selama ni..bukan niat nak raih simpati. Tapi lebih kepada berkongsi cerita. Aku ok je. Jgn risau. Doakan yang baik2 sahaja. Ada masa aku benar2 xlarat nk bangun katil, kaki berat. Otot2 sakit. Tapi ada masa aku sgt aktif. Aku tersangat nk menikmati life sekarang. nak cuba segalanya. Sementara aku masih bernafas.

Ni post aku utk tahun baru aritu...


Itu je kot nak cerita.
wajah terkini..hasil mekap 3inch

Tuesday, March 22, 2016

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi~Yusry KRU

Dalam hidup ini...kematian itu pasti. Selepas kematian..tiada apa yang boleh kita lakukan..
Sekarang...saat hidung masih boleh bernafas...ini la masanya membina kehidupan di sana...untuk kita

Bila kita tiada...apa didunia, bukan lagi urusan kita...suami dan anak-anak bukan milik kita lagi.
Biarlah Allah menentukan kehidupan mereka..moga mereka dilindungi Allah S.W.T

Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jaga lah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amatku cintai
Andainya dirimu kesusahan
Sujud dan mohon pada tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian
Bila terasa sejuk...
Pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu...
Pejamkan mata
Kita bersua dalam lena
Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang...
Lepaskan lah ku pergi
Kerna sayang seistemewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup
(sayang,tiada apa yang kekal dalam dunia ini,
namun yang pasti,senyumanmu ku tiada ganti,
cintamu kan kekal abadi)
Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
Kita jumpa lah di sana nanti...
Jika ku tak bangun.....(esok pagi)
Jika ku tak bangun esok pagi....