Salam,
Sempena cuti Hari Melaka Bandaraya Bersejarah semalam, aku pun rajin la membuat puding. Ajak anak2 sekali buat. Tapi tolong siat roti je la.
Memang sedap puding ni. Bukan nak puji diri sendiri tp rasa n tekstur dia mmg sesuai ikut tekak kami anak beranak.
Ni aku kongsikan resepi dia.
bahan A
1 paket agar-agar serbuk (8g)
3 cawan air
1/2 cawan gula
bahan B
2 biji telur
4 keping roti di carik2.
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
1/2 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
2 sudu butter
pewarna makanan
cara-cara:
1) Didihkan bahan A. Sambil2 tu, blendkan bahan B.
2) Bila bahan A dah mendidih, masukkan bahan B.
3) Kacau, kemudian masukkan butter
4) Asingkan agar2 tadi menjadi dua bahagian, kemudian letak kan warna mengikut kegemaran
5) cedokkan warna pertama ke tengah loyang kemudian diikuti secedok warna kedua dia atas warna pertama tadi. Kemudian ulang hingga habis kedua-dua warna.
6) Sejukkan, kemudian potong.
Resepi asal: klik sini
Anak2 aku cukup suke mkn. dorg potong sendiri dlm fridge pakai pisau potong kek. tgk2 dh tinggal suku je. xpe, nnt kite buat lg yea :-)