Sebenarnyer aku nk crite activities yg menyeronokkkan masa last weekend aitu. Tapi..mcm malas la plak..sbb idea nk create entry tu, cam 0. So aku nk crite benda yg halus sikit...
Pernahkah korang berada dlm satu masalah yg paling kritikal. Di mana, korang still ada family, dan kwn2 yg tahu pasal masalah tu..tapi mereka pun tak mampu nk tolong korg. Dorg mmg sentiasa bersama ngn kite bile kite ada prob..tapi just dorg tak dpt nk tolong kita.
Ehm..keadaaan mcm tu mmg kritikal..Even, husband or boyfren kite pun tak mampu nk tolong kita. Mmg xde jalan keluar. Yg ada cume 1..iaitu ALLAH SWT.
Alhamdulillah..aku sgt2 bersyukur dgn segala kurniaan Allah. Aku tahu, sesusah mana pun aku, DIA ada bersama ngn aku. Di saat, jiwa aku meronta, otak aku hampir terhambur keluar dan maruah aku tercalar..DIA sentiasa bersama ngan aku.
Baru-baru ni, aku dlm masalah. Tapi alhamdulillah, hati masih kuat lagi. Aku sentiasa yakin, Allah ada untuk bantu aku. Kita sebagai hamba, boleh berusaha dengan cara berdoa. Doa adalah senjata orang Islam, jadi..gunakanlah ia. Dlm aku merencana penyelesaian bagi masalh aku, Allah titipkan bantuan dari insan2 yang aku tak tersangka dpt membantu aku. Alhamdullillah..InsyaAllah dlm masa terdekat ni..keadaan akan pulih balik. Biarlah masa yang menentukannya.
Dlm dilema ini, rupe-rupernyer, ramai lagi kwn2 aku yg dlm masalah. Masalah dorg lagi kritikal. Lagi hebat dugaan mereka dari dugaan yang aku tanggung ni. Tetibe, hati aku tersentak, aku harus bersyukur, sbb kesukaran yg Allah turun kan buat aku, tak la sesukar org lain. Tak perlu aku nk menangis dan meratapi..kerana ramai lagi diluar sana yang lagi susah dari aku. Buat teman2 yang dirundung masalah, byk kan bersabar...Allah sayang kan kita, Allah nk duga sekuat mana iman kita terhadapNYA. Setiap yang berlaku tu, pasti ada hikmahnya. Bersabarlah...Kalau rasa tak kuat, yakinlah..Allah tak akan membebankan umatNya, melebihi kemampuan diri kita sendiri. Byk2 kan berzikir...:-)
Kalau nk ditulis segala apa yang ALLAH dh bagi kat aku..mmg tak tertulis..Tapi kalau nk dihitung apa suruhan aku kepadaNYA, rasanyer sgt sedikit...sgt2 sedikt...sikit sgt.
Ya Allah, ampun kan aku..Aku berusaha menjadi hambaMU yang solehah. Namun, aku hamba yang lemah. Sering kali terleka dengan hasutan syaitan dan hawa nafsu. Ya Allah, kau bantulah aku meniti ke jalan MU.
Dalam hidup ni..jgnlah hipokrit, tak ke mana.
Hidup ni ibarat roda.
Nasib kita esok lusa, belum tentu lagi.
Kalau niat kita baik, insyaAllah, kita akan selamat.
Biarpun org bersangka buruk buat kita.