Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Tuesday, March 31, 2015

Dulu rumah hantu, sekarang taman syurga

Salam,

Lamanya tak tulis blog. Huhu

hari ni nak share pasal cara pembelian rumah lelong. Ni base on our true story. Tak sedap la nk gebang kalau tak de proof kan.

Ni pic asal umah kami...nampak x berapa reserved price tu? RM100k

Okay, first of all, kita boleh survey di lelongtips.com. Pilih la mana rumah yang korang berkenan. tengok dari segi budget, keluasan rumah, bilangan bilik tidur dan bilik air dan jugak tarikh lelongan.

Pastu gi la lawat rumah yang korang berkenan tu. Kata rumah lelongkan, memang xde can la nk dpt rumah yg cantik. Kalau ada pun 10% je la. Kebanyakkannya, macam rumah hantu. huhu

Lepas tu buat carian jugak kat pejabat tanah. Ada bayaran dikenakan. Kenapa kene buat carian? Sebab nak tahu rumah tu ada masalah untuk dijual ke tidak.

Okay, pastu kalau dh decide nk bid rumah tu, kene sediakan bank draf 10% dari harga rizab. Contoh kalau umah aku td harga rizab Rm100,000. Maka aku buat bank draf RM10,000.

Pastu gi la tempat nk lelong tu pada hari lelongan. Datang awal. Amik form and fill up. Pastu tunggu la giliran korang.

A) If korang menang bid tu dgn harga let say RM120,000, so 10% dari RM120K is RM12000. Tadi dah buat bank draf RM10K je kan. So korang kene topup lagi RM2K dlm masa 7hari.

Dan dalam Masa 120 hari, korang kene setelkan baki harga rumah 

(RM120,000-RM12,000=RM108,000)

If korang xdpt setelkan RM108K tu dlm masa 120hari, rumah tu akan dilelong lagi dan 10% korang tu "burn".


B) But if you not win the bid, bank draf korang yang RM10K td tu akan dipulangkan semula. No worries.

Okay, berbalik kt cerita rumnah aku. Aku dpt harga reseved RM100,000. Pastu dari bulan 8, sampai bulan 12. Pung pang pung pang dgn lawyer, finally dpt duduk officially. Tambah lagi RM10K utk renovate. Masih untung kalau nak jual sbb market value is higher than Rm110K. meh tgk gambar2 awal rumah hantu kami.





Dapat katil free...n sekarang jadi katil anak2

Dapur asalnyer..dpt meja makan free. Tapi bukan yg dlm pic ni


Ruang tamu yg pelbagai kaler...

kami plaster sikit sbb dinding ni dulu, owner tu buat sendiri, bergerutu

boleh panggil seekers dtg buat rakaman

sofa tu walaupun free, kami buang...sesuai buat tukun dh tu



Umah kami sekarang...tapi xbanyak beza pon huhu
khemah tu hubby bukak utk trial..bkn permanantly depan umah

bilik anak2





Tu la sedikit sebanyak kisah rumah kami yg kecik dan mampu milik. Bukan nak berlagak. tapi lebih kepada nak buat kenangan. Planning utk 5 tahun lagi, kumpul duit, beli umah lagi. Dah tentunya rumah lelong. Under market value. Baru untung maa. Yang pasti hidup ni kene kerja keras untuk bayar hutang dan hidup senang. Hutang tetap kene bayar, tinggal cepat atau lambat je. Doakan rezeki kita semua melimpah ruah dan diberkatiNya. 

Tak de istilah senang untuk berjaya. 
Nak berjaya kene ada modal. 
Nak ada modal kene kumpul. 
Nak kumpul kene byk yg dikorbankan. 

Tuesday, February 3, 2015

Semuanya Hanya Kenangan

Salam,

Arini nak share kisah Diary Hijau aku.


Diary ni dah lama bersama dengan aku. Sejak dari Matrik (2003) sampai la ni. Diary aku ni xpenah la kuar dari kotak sejak aku pindah dr KL ke Melaka(2010). Sehingga la aku pindah ke rumah baru ni. Baru la aku n hubby betol2 select apa barang-barang yg mmg patot kitaorg buang memandangkan, umah kami ada stor yg kecik molek je.

Aku ingat mudah untuk aku buang Diary ni, rupanya tidak. Dah 2x aku buang, tapi masih ada dgn aku. Aku ingat nk bakar la diary ni.

Masa kali pertama aku buang diary ni kat tong sampah luar rumah. Tup..tup aku nampak hubby bawa masuk balik sambil tersenyum sengih. Diary aku ni special. Xde org yang boleh baca diary aku, melainkan aku. Sebab aku tulis pakai code.


Tapi Allah tu Maha Mengetahui. X sangka lak hubby aku pon tahu code ni. Aku dpt tahu hubby pon tahu code ni pon ms blom kawen. Masa tu aku marah sgt kat hubby. Aku pon sms la apa yang aku rasa guna code ni. (supaya hati aku lega dan dia pon xde la sakit hati sgt) Tak lama lepas tu, hubby reply maksud mesej tu. Giler betol. Aku balik termalu sendiri. Tapi puas ati la. Dia tahu gak apa yg aku x puas ati tu.

So sbb hubby tahu baca coding aku. Maybe dia nk amik ms la baca apa yang aku tulis dlm Diary tu. Eh mana boleh!! Bertahun2 punya cerita. Mesti la macam2 aku tulis. Lagipun itu kenangan. So, aku amik balik Diary tu n bawa masuk kereta. Ingat nk buang kt mana2.

Sekali anak2 plak bw gi skolah. Bila tanya napa bawa gi skolah, dia kata...dalam buku ummi ada...

tangan ummi

ada abang hensem


ooooh la anak. Kali ni, nekad. Nak bakar diary tu. Even Diary tu penuh dgn kenangan. Contoh

aku masuk wad kt JB sbb denggi


Aku menang musical chair.

Aku pun dah penat nk translate balik apa aku tulis. Dah lama x practise. Sekarang aku dah x minat tulis diary. Sbb dah byk media sosial yang aku boleh manfaatkan untuk simpan kenangan2 aku. Okaylah. Saje cerita saje. Xde menda nak buat. 

Post ni autopublish tau. Kang ada plak mata2 kata aku buat kerja time office.





Thursday, December 18, 2014

Ayyman Dengan Sakit Kulitnya

Salam,

Baru berkesempatan nak cerita pasal sakit kulit dak Aman. Aman dari kecil memang mudah menggaru2. Asal panas sikit je garu. Sampai la satu ketika, masa usia dia setahun, leher dia naik biji2 halus. Terus kami bawa dia ke Klinik Pakar Kulit Jamuna di Batu Berendam, Melaka. Doktor bagi ubat sapu. Ubat tu la kami dok sapu kt badan dia. Tapi tabiat menggaru tu x hilang walaupun kulit badan cantik bersih (tapi kalau kita usap, terasa kasar).

Bulan sembilan haritu, mak aku suggest berubat homeopati. Rawatan secara herba. Aku gi klinik kt Kg Baru KL. Doktor tgk,. doktor trus kata ekzema. pastu doktor kata,

Doktor: Ekzema memang boleh dirawat secara homeopati, tapi makan masa. Lebih baik start sekarang. Lagi lambat start, lagi kacau la hidup dia. Nanti dia nak sekolah lagi, bukan dia boleh faham kita kata jgn makan itu, jgn makan ini,
Aku: Saya faham doktor. Sbb sy pon ada ekzema juga
Doktor: Ok la kalau mcm tu, tapi awak sanggup x?
Aku: Sanggup apa doktor?
Doktor: Kalau Aman rawatan, akan ada 3-4 kali penyakit dia memburuk. Sbb dia nak keluarkan semua kuman2 dlm darah.

Aku yang x penah tahu efek amik ubt homeopati pun terus setuju nk amik rawatan. Dapat ubat biji, kene mkn 3x sehari 3 biji dan ubat sapu. 2 bulan pertama aku pakai kan Aman, Alhamdulillah, kulit dia cantik. Tapi aku bagi 2x sehari je. Sbb aku xnk tinggalkan ubt tu kt nursery dia. Pastu, ada satu hari, ubat biji dia terputus.




Dari hari Khamis, membawa ke Sabtu, teruk badan dia naik sakit. Bila Sabtu, baru aku amik ubat kt klinik, tapi xbawa Aman. Seminggu pastu, Aman mmg ikut aku g opis, sbb aku nk dia sembuh betol2 b4 gi nursery. Dalam ms seminggu tu, aku double the dose, sbb aku nk dia cepat baik. Tapi langsung xnampak perubahan. Makin teruk adalah.


Aman xboleh tido malam, sbb leher dia berdarah teruk. Aku pon tidur x lena sbb dia asyik merengek je. Bangun pagi je, habis katil berdebu dan bersepah dengan keruping2 dia. Aku jadi stress, Aman apatah lagi.



Sabtu berikut tu, aku bw aman jupe doktor...

Doktor: bagus la tu awak kasi ubat byk, lagi cepat kuman dia kuar.
Aku: Tapi saya x sanggup tgk dia mcm ni
Doktor: Ni la yg saya kata aritu, awak sanggup x tgk keadaan dia bila sakit tu keluar. Macam ni la, awak kurangkan dose. Nanti dia baik. Tinggal lagi, dia akan datang balik. Cara rawatan mmg bermain dengan masa. Tapi insyaAllah akan pulih.

Lepas jupe doktor, seminggu aku x kasi dia ubat. Alhamdulillah, kulit dia kembali normal. Isnin ari tu aku dh start ubat balik. Fobia plak nk tunggu gelombang sakit yg kedua. Harap Aman, dan kita semua kuat utk tempuh dugaan ini.





Tuesday, December 2, 2014

Hari Konvokesyen Nina

Salam, 

Pada 24 November haritu, sekolah Nina (Sekolah Pasti Ummu Habibah) mengadakan Hari Konvokesyen dan Mini Sukaneka. Tapi Nina belom konvo lagi, baru tamat persekolahan untuk Tahun 4. 

Alhamdulillah, Nina dapat naik pentas sebab dapat tempat kedua dlm peperiksaan akhir tahun. Sepanjang tahun dia dpt 3x nombor 2 dan sekali nombor 1. Nina selalu kalah dengan Khalish sbb Khalish selalu dpt markah lisan tinggi. Khalish tak pelat. Nina pelat. Huhu. 

Nina masuk persembahan bacaan surah yassin. Tapi berdiri kat belakang. Bila balik tu, ummi suh la dia baca yassin. Okay la jugak untuk baya dia.

Nina anak yang baik. Masa dia free, dia bawa Hayyfa jupe cikgu2 and kawan2 dia. Aman biasa la, cranky. Nak-nak bila nampak swimming pool. Beriya dia nak mandi. Balik tu, ummi bertuah dpt lucky draw. 



Ni sebab dapat no 2


Ni semua org dpt


nina tudung putih belakang sekali



berebut mortar board

i want my hat

Semua suke sgt dgn mortar board tu


Ni gambar 3 & 4 tahun. Untuk 4 tahun ada 7 org je. 

Start bulan 12 ni, Nina stay dengan parent aku kt KL sbb sekolah dia tutup sebulan (cikgu2 gi kursus). Mak aku dah daftarkan NIna ke Kem Solat. Aku telefon 2 hari ni, okay je dia. Harap2 Nina ok je utk sebulan ni. Ummi sentiasa doakan yang terbaik buat Nina.


Tahun depan Aman pun sekolah Pasti sbb nak kan mereka mendapat ilmu Allah dengan sewajarnya. Kami tengok perkembangan Nina jugak memberangsangkan. Tapi segala-galanya bermula dari rumah. Kalo parent x solat, mana mungkin anak nk bersolat. Kalau parent nk anak hafaz Al-quran, Parent kene hafaz dulu. InsyaAllah, sikit2 ubah diri ke arah kebaikan agar anak2 dpt mencontohi dan ambil benda yang baik2. Aminnn


Tuesday, November 25, 2014

Resepi Popia Pisang Sira Keju Coklat Mudah (Recipe Simple Chocolate Cheese Banana Spring Roll)

Salam,

First time aku makan pisang cheese (kat sabah dipanggil Sanggar Keju) masa kat Sabah (baca ni)..pastu resepi tu hanya berlegar2 je dalam kepala otak. Sebab pertama aku x buat sendiri ialah sbb aku tak kenal jenis pisang n aku x tahu nak goreng pisang sampai garing macamana.

Tapi disebabkan sekarang ni dh jd trend org jual pisang cheese coklat kat gerai tepi jalan n kat instagram, so menu tu selalu la mengidam kat tekak aku. Nak beli hari2 mcm berat pulak. 1 polisterin RM6. Fuhh..!!

Elok pulak ms aku mengidam ni, Pak Ndak aku bw balik setandan pisang kapas. Berkobar2 semangat aku nk memprojek. Puas ku Google resepi. Antara yang aku jumpe. 

Popia pisang coklat.

Pisang goreng cheese bersama susu Manis

Pisang goreng cheese bersama coklat


At last, aku buat resepi aku sendiri. Aku combinekan 3-3 resepi kat atas. Dan resepi aku ni mmg sesuai sgt dgn tekak aku sekali gus dpt mengatasi masalah aku selama ini.

Sebab aku xtahu bancuhan tepung yg betol untuk menjadikan pisang tu rangup, so aku balutkan pisang tu dgn kulit popia. Sah2 ianya akan jadi rangup dan masa memasak lebih pendek.

Pastu aku masih fobia nk pakai alat penyagat sbb aku cedera ms sagat carrot aritu. So, aku cairkan la cheese tu n sira pada popia. Wah...hasilnyaer sgt wallah. sedap giler!!!

Ni aku tuliskan resepinya

10 biji pisang (aku pakai pisang kapas)
10 keping kulit popia
1 sudu besar Butter
5 keping cheese
3 sudu besar susu pekat
coklat urai atau sos coklat sebagai hiasan

1. Balutkan pisang yg dh dibuang kulit dengan kulit popia. Balut mcm nak buat popia. Gamkan hujung kulit dengan telur atau air.
2. Goreng popia hingga garing.
3. Amik kuali yg bersih, panaskan api pelahan.
4.cairkan butter. kemudian masukkan cheese yang telah dikoyakkan kecil2. Bila cheese dah cair, matikan api, tuangkan susu pekat dan gaul sebati
5. Masukkn popia dlm cheese dan gaul laju2 sehingga rata.
6.Angkat popia dan susun atas pinggan. Boleh hias dgn coklat urai atau sos coklat.


Pic langkah demi langkah buat sira cheese di ambil dr blog Azlita Masam Manis
tq kak ita



Selamat mencuba


Ni second time aku buat


Ni first trial


Semalam petang aku buat lagi...tp kalini hubby yg request.

Tuesday, November 11, 2014

Alhamdulillah..Rumah Kecil Kami

Salam, 

Post kali ni agak panjang. Berbaloi la nak tulis panjang2 kan sebab dah berbulan pulak aku x publish kat blog. huhu

Cerita bermula, 4 August 2014, masa ni kebanyakkan rakyat Malaysia baru memulakan hari pertama kerja setelah cuti berhari raya. Tapi lain pulak dengan aku n hubby. Kami bertawakkal memasuki bidding rumah lelong. Alhamdulillah rezeki kami. Kami menang rumah setingkat 3 bilik 2 bilik air di area Krubong dgn harga reserved price. Masa tu kami je melayu, bidder lain semua cina. maybe sbb baru pas raya kot. Nasib baik bidders lain tu nk bid rumah lain. Tak de la kaco target house kami tu. Dah tertulis rezeki kami kt situ.

Proses kene setelkan rumah lelong adalah 120hari. So, dalam bulan Dec la kami boleh masuk rumah tu. Dalam bersenang lenang, memasang angan2 nak deko2 rumah tu, sekali Allah uji kami sekeluarga. Owner rumah sewa yg kami duduk sekarang bagi notis xsampai sebulan untuk kami keluar. Sebab dia dah jualkan rumah tu. Peristiwa tu berlaku ms hujung bulan 8. Puas dh merayu bagi kami sewa sampai bln 12, tapi dia xnak beransur. So, kami redha. 

Kami cari rumah nak sewa dekat2 Bukit Katil, tapi mana ada org nak kasi sewa sebulan dua kan. So, kami ambil keputusan, pindah ke kampung aku di Rembau. Keputusan yang mungkin nampak x menguntungkan. Tapi Allah lebih tahu.

1 September 2014, bermula la kehidupan kami di Rembau. 1 jam perjalanan tanpa henti ke opis aku di Ayer Keroh. Memang xde jem. Tapi jalan kampung la. Macam ular kata anak aku. 

Setelah 2 bulan lebih kami di Rembau, finally, rumah kami dah boleh diduduki. Terima kasih untuk ibu, abah, adik beradik and hubby yang bertungkus lumus bersihkan rumah Krubong Jaya (KJ). Masa ni aku xde sebab ada urusan kat KL. Petang ni, baru aku nk tgk umah KJ. Tak sabar nak balik tgk umah. Ni antara pic yang adik beradik aku share kan. 







dah siap kemas semua, mlm tu baru kami bersatu mkn ikan bakar...
nampak x permaianan aku, dh la x tolong kemas, makan je tahu huhu



Actually, aku bid kan rumah ni utk kakak aku, sbb aku nk latih dia berjinak2 dgn dunia hartanah lelong dan nak dia aset. Umah idaman aku yang aku aim kat Bukit Katil akan dilelong bln 10. Tapi kakak aku ada masalah, so terpaksala dia combine nama dgn aku. Kiranya, umah tu umah kami bersama. Dan disebabkan aku dah combine nama dgn kakak aku, maka umah idaman aku tu terpaksa la aku lepaskan. Moga satu hari nanti, aku dpt beli rumah aku sendiri. Umah idaman aku. InsyaAllah.

Mood: Jom simpan duit!! main hartanah Lelong memang best.




Thursday, August 28, 2014

Makan di Tropicana Shades, Melaka

Salam,

Masa lunch hour semalam, aku dan kawan gi makan kat 1 kedai baru area nak ke Bukit Beruang. Di Taman Ayer Keroh Permai. Dekorasi kedai boleh tahan. Warna pelangi gitu. Biasa la kedai baru, x ramai pelanggan. Aku datang pon sebab ada orang rekemen.

Aku order set Asam Pedas Ikan Tenggiri, Set Ikan Tenggiri Masak Taucu, Cendawan goreng, kopi o ais and honey tea ice. Masa tengok harga, telan air liur jugak. Tapi bila makanan dah sampai, and dah rasa sendiri, memang berbaloi la. Portion air dia besar. Makanan dia memang sedap. Macam makan masakan mak sendiri. Paling best sebab ada Melaka Signature Side Dish iaitu Pajeri Mangga (Mango Pacelis) dalam set tu. Pajeri mangga ni selalu ada time org Melaka kawen je. Tu pon dah jarang2 buat sekarang. kalau ada kenduri kawen kat Melaka, dpt le merasa. Memang sedap.


Okay, back to cerita asal td. Cendawan goreng dia pon sedap. Dia bukan mcm cendawan celop tepung yang kt pasar malam tu tau. Dia ibarat cendawan coated with curry batter. Pergh..rangup walaupun terbiar lama. Nak2 ada 3 pencicah. Memang mabeles. Aku nk cerita lebih2 pon x tahu sebab aku rasa 3 jenis makanan je. Tapi ke3-3 nya sedap. So ada chance nak gi lagi. Balik tu aku tapaukan roomate aku Nasi Goreng Tomyam. Pon sedap..siap ada 1 telur mata lagi.

Okay so utk kwn2 yang keje area MITC or berdekatan Ayer Keroh, boleh le try kedai ni. Asyik gi Windmill n Aida Rich je, bosan jugak kan? Kedai ni standard Aida Rich la kiranya. Owner dia Melayu. Kedai ada 3 tingkat. 1 tingkat cafe, 1 tingkat surau n 1 tingkat gym. Masa operasi aku tak ingat la pulak. Tapi papehal boleh call no ni 0199106631.

Before balik tu sempat le berborak dgn owner. Dia kata mak dia yang masak (patot le rasa mcm masakan mak). Kedainya xde aircond, tapi sejuk sebab dia corner lot. Ada channel astro dan wifi free lagi. Okay..jom layan gambar.




side dishes: salted egg, mango pacelis, sambal belacan n sayur

cendawan goreng




boleh pilih nak duduk bersila tapi x boleh pakai kasut

sesuai la utk sapa2 yang bawa anak kecik yg tgh tidur








pic kedai dari luar n malam
credit to fb owner

ni pun amik dr fb owner



Selamat Mencuba dan menjamu selera everyone !!