Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, December 18, 2014

Ayyman Dengan Sakit Kulitnya

Salam,

Baru berkesempatan nak cerita pasal sakit kulit dak Aman. Aman dari kecil memang mudah menggaru2. Asal panas sikit je garu. Sampai la satu ketika, masa usia dia setahun, leher dia naik biji2 halus. Terus kami bawa dia ke Klinik Pakar Kulit Jamuna di Batu Berendam, Melaka. Doktor bagi ubat sapu. Ubat tu la kami dok sapu kt badan dia. Tapi tabiat menggaru tu x hilang walaupun kulit badan cantik bersih (tapi kalau kita usap, terasa kasar).

Bulan sembilan haritu, mak aku suggest berubat homeopati. Rawatan secara herba. Aku gi klinik kt Kg Baru KL. Doktor tgk,. doktor trus kata ekzema. pastu doktor kata,

Doktor: Ekzema memang boleh dirawat secara homeopati, tapi makan masa. Lebih baik start sekarang. Lagi lambat start, lagi kacau la hidup dia. Nanti dia nak sekolah lagi, bukan dia boleh faham kita kata jgn makan itu, jgn makan ini,
Aku: Saya faham doktor. Sbb sy pon ada ekzema juga
Doktor: Ok la kalau mcm tu, tapi awak sanggup x?
Aku: Sanggup apa doktor?
Doktor: Kalau Aman rawatan, akan ada 3-4 kali penyakit dia memburuk. Sbb dia nak keluarkan semua kuman2 dlm darah.

Aku yang x penah tahu efek amik ubt homeopati pun terus setuju nk amik rawatan. Dapat ubat biji, kene mkn 3x sehari 3 biji dan ubat sapu. 2 bulan pertama aku pakai kan Aman, Alhamdulillah, kulit dia cantik. Tapi aku bagi 2x sehari je. Sbb aku xnk tinggalkan ubt tu kt nursery dia. Pastu, ada satu hari, ubat biji dia terputus.




Dari hari Khamis, membawa ke Sabtu, teruk badan dia naik sakit. Bila Sabtu, baru aku amik ubat kt klinik, tapi xbawa Aman. Seminggu pastu, Aman mmg ikut aku g opis, sbb aku nk dia sembuh betol2 b4 gi nursery. Dalam ms seminggu tu, aku double the dose, sbb aku nk dia cepat baik. Tapi langsung xnampak perubahan. Makin teruk adalah.


Aman xboleh tido malam, sbb leher dia berdarah teruk. Aku pon tidur x lena sbb dia asyik merengek je. Bangun pagi je, habis katil berdebu dan bersepah dengan keruping2 dia. Aku jadi stress, Aman apatah lagi.



Sabtu berikut tu, aku bw aman jupe doktor...

Doktor: bagus la tu awak kasi ubat byk, lagi cepat kuman dia kuar.
Aku: Tapi saya x sanggup tgk dia mcm ni
Doktor: Ni la yg saya kata aritu, awak sanggup x tgk keadaan dia bila sakit tu keluar. Macam ni la, awak kurangkan dose. Nanti dia baik. Tinggal lagi, dia akan datang balik. Cara rawatan mmg bermain dengan masa. Tapi insyaAllah akan pulih.

Lepas jupe doktor, seminggu aku x kasi dia ubat. Alhamdulillah, kulit dia kembali normal. Isnin ari tu aku dh start ubat balik. Fobia plak nk tunggu gelombang sakit yg kedua. Harap Aman, dan kita semua kuat utk tempuh dugaan ini.





Tuesday, December 2, 2014

Hari Konvokesyen Nina

Salam, 

Pada 24 November haritu, sekolah Nina (Sekolah Pasti Ummu Habibah) mengadakan Hari Konvokesyen dan Mini Sukaneka. Tapi Nina belom konvo lagi, baru tamat persekolahan untuk Tahun 4. 

Alhamdulillah, Nina dapat naik pentas sebab dapat tempat kedua dlm peperiksaan akhir tahun. Sepanjang tahun dia dpt 3x nombor 2 dan sekali nombor 1. Nina selalu kalah dengan Khalish sbb Khalish selalu dpt markah lisan tinggi. Khalish tak pelat. Nina pelat. Huhu. 

Nina masuk persembahan bacaan surah yassin. Tapi berdiri kat belakang. Bila balik tu, ummi suh la dia baca yassin. Okay la jugak untuk baya dia.

Nina anak yang baik. Masa dia free, dia bawa Hayyfa jupe cikgu2 and kawan2 dia. Aman biasa la, cranky. Nak-nak bila nampak swimming pool. Beriya dia nak mandi. Balik tu, ummi bertuah dpt lucky draw. 



Ni sebab dapat no 2


Ni semua org dpt


nina tudung putih belakang sekali



berebut mortar board

i want my hat

Semua suke sgt dgn mortar board tu


Ni gambar 3 & 4 tahun. Untuk 4 tahun ada 7 org je. 

Start bulan 12 ni, Nina stay dengan parent aku kt KL sbb sekolah dia tutup sebulan (cikgu2 gi kursus). Mak aku dah daftarkan NIna ke Kem Solat. Aku telefon 2 hari ni, okay je dia. Harap2 Nina ok je utk sebulan ni. Ummi sentiasa doakan yang terbaik buat Nina.


Tahun depan Aman pun sekolah Pasti sbb nak kan mereka mendapat ilmu Allah dengan sewajarnya. Kami tengok perkembangan Nina jugak memberangsangkan. Tapi segala-galanya bermula dari rumah. Kalo parent x solat, mana mungkin anak nk bersolat. Kalau parent nk anak hafaz Al-quran, Parent kene hafaz dulu. InsyaAllah, sikit2 ubah diri ke arah kebaikan agar anak2 dpt mencontohi dan ambil benda yang baik2. Aminnn