Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, November 1, 2012

Our Birthday 2012

Salam,

Bulan Oktober adalah bulan yang paling best buat aku. Sebabnya, of course la birthday aku pada setiap tanggal 24 kan. Hehe. dan yg paling bestnye..tiap2 tahun, aku akan dpt present yang makin besar. Present yg aku maksudkan adalah anak dara aku tu. Birthday Nina pula pada tanggal 21hb. So, setiap tahun aku dpt meraikan birthday aku dan Nina serentak. Alhamdulillah.

Tahun ni, xde celebration pun. Aku pun kurang sihat. Keja ofis sgt byk..ISO, 5S, Akademik, Examination..etc. Penat aku.

Aku nk cerita dulu pasal small nina's celebration. Pada 20hb, aku n hubby g tgk Piala Malaysia kt stadium Shah Alam. Balik mlm tu dlm kol 3am baru sampai umah. Mandi n tgk anak2 dulu. Pastu baru tidur..dlm kol 4am jugak la.

Anak2 yg dilayan oleh Mak Yang..sementara ummi n Walid tgk bola

Layan Upin Ipin
(thanx Ayang)

Pagi tu bangun dgn mata panda. Tapi gagahkn jugak sbb nk buat Nina happy. Birthday dia kan. So pagi tu sempat le aku buat homemade chocolate. Lunch pulak, adik aku a.k.a Mak Yang order pizza utk anak aku.


Aku masih lagi lemau2 badan penangan mlm td. Tapi mmg niat nk buat kek utk nina. Hubby plak xde sbb tgk Moto GP kat Sepang. Aku mls nk ikut sbb xsedap badan. Petang tu..sekali lagi mak yang buat cheezy wedges utk minum petang. pas dh minum petang tu, baru de mood nk buat kek. Mlm dlm kol 9 baru dpt mkn. Sedapnye. Ni resepi homemade chocolate, wedges n chilled blueberry cheese cake.



Homemade chocolate (C&P)




1) Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler.

2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu.
3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.
4) Sejukkan dalam peti ais.
5) Kini, coklat homemade anda telah siap !


Cheezy wedges

Utk wedges:
Ubi kentang
telur
Tepung goreng serbaguna (jenama Kentucky)
Japelo Cheese Dip

1. Ubi di kupas kulit dan di potong memanjang (wedges).Kemudian rebus ubi sehingga empuk.
2. Telur dipukul perlahan. Pastu celupkan kentang dlm telur then, salutkan dgn tepung. Lepas tu goreng dlm minyak yg cukup panas.
3. Cheese dip tu beli yg segera je. Ada jual kt kedai kek atau online. Just campurkan air panas. N tuang atas wedges td. Pastu letak sekali mayonise..sedap



Chilled blueberry cheese cake

1 cwn biskut marie
1/2 cwn butter yg telah dilembutkan
Jem blueberry

Tepung segera cheese cake


Biskut marie dihancurkan dan digaul dengan butter hingga terasa lembap. Pastu mendapkan biskut dlm loyang. Tekan bagi kedap. Pastu masukkan loyang dlm peti ais atas selama 1/2 jam.

Tepung cheese cake td, dicampurkan dengan 2 sudu yogurt/fresh cream (xperlu pun xpe) dan 300ml air dan dipukul 1 minit dgn kelajuan minima dan 5 minit dengan kelajuan maksima.

Pastu, masukkan bancuhan tadi dlm loyang biskut td. Simpan lagi 2 jam dlm peti.

Jem tadi gunakan dlm sebotol kecil, dipanaskan bersama 3 sudu air. Bila bancuhan tepung td dh 2jam, letakkan topping jem tdi dan simpan lagi dlm peti selama 1 jam. (lagi lama, lagi baik). Pastu tadaaa...dh boleh mkn kek tu..sedap.


Sorry le, resepi kali ni..byk yg segera. hehe

Ni pic2 sepanjang hari tersebut




Ummi potong kek





pegang pisau dulu

Nina yang x sabar2

muka x puas hati sbb kene suap..

puas hati dpt celup tgn sendiri

Dia x suka cheese rupenya



Monday, October 15, 2012

Chili crab new version

Salam,

Ni menu minggu lepas. Balance beli crabs hari tu. So buat la ni for last friday dinner. Dah pernah buat sebelum ni tp xde resepi. Bantai je buat dari perkongsian dengan kakak ipar. Tapi hari tu, masa search pasal maggi ketam. Terjumpa resepi "ketam goreng bertelur". Tu yang try pakai resepi ini. dari blog "Hasil Tangan Gadis Kampung".  Dan resepi kali ni mmg yang paling superb dan hubby pon puas hati. Aku lagi la puas hati. Dari org yg xmakan ketam...dh hampir nk jadi crab lover aku ni..hikhik.."over tul statement"

Ni nk tunjuk hasil....
.
.
.
.
.
.
.
V

Ada satu lagi resepi aku try..tapi aku xpuas hati sbb xjadi sgt. nnt la aku upload.

Eh..eh..blog ni dh jadi mcm blog masakan pulak..kihkihkih

Thursday, October 11, 2012

Crab Instant Noodle a.k.a Megi Ketam

Salam,

hari ni aku nak kongsi satu resepi. Iaitu, Crab Instant Noodle a.k.a Megi Ketam. Selalunya aku pakai mi segera jenama Maggi, kali ni aku guna jenama Vit's. First time aku try makanan ni masa kat Kelantan. Makanan ni hubby yang suka sebenarnya. So, semalam dia request aku utk buat. Aku penah masak makanan ni dah 2x. yang first tu sedap, yang second trial tu xsedap. So, untuk mengelak terjadinya ketidak sedapan tu, aku pun google resepi lagi. Cuba mencari cara memasak yang lain pulak. Then, aku jumpa resepi ni kat blog Mat Gebu.

Then aku pun buat la malam tadi. Alhamdulillah, bukan sahaja masa memasak jadi pendek, tapi rasenyer lagi mabeles. So aku tepek piccas je la ek. Layan...;-)


Monday, October 8, 2012

Bila tekak xsependapat

Salam,

Malam Khamis yang lepas..aku n hubby xdpt kata sepakat nk mkn apa. So, kami ke pizza hut. Kami amik hut power meal 1. Aku amik pizza, hubby amik spagetti. Pastu add on garlic bread. So, total RM40++. Elok la plak Pizza Hut ni ada offer "kids eat for free" tapi dengan pembelian RM20++ dlm satu resit. So memandangkan kaminyer harga makanan RM40++ so kami boleh dpt 2 free meal walaupun Ayyman tu xde la reti mkn sgt kan.

So kami amik set pizza n spagetti carbonara for NinAman. Air, dia bagi soy milk. TAPI!! Portion yg dia bagi free utk kids tu..adalah sama mcm portion kami. Small pizza n a platefull of spagetti. WOW..jauh beza dgn dekat KR dulu.Berbaloi2. Siap tapau bawak balik n mkn breakfast utk the next day. Yahooo!!! (Alhamdulillah)

Meh tgk pic Kakak & Abang yang kegembiraan dpt mkn. Aman suke makan spagetti rupenyer.



Jap2..xready lagi
okay, im ready..CHEESEEEEEE

Ayyman yg xsabar2 nk disuap spagetti

portion utk Aman...n he loves it so much (nnt ummi belajar masak)


kakak tgh "sedut" spagetti



Ummi, nk lagi!!


Sesekali bawa anak2 mkn luar. Sebab nk handle mereka sambil makan, xkenyang le jwp nyer. Tapi kalo ke pizza ni okay je mereka. Boleh la bwk lagi kan walid? ;-)


Sunday, October 7, 2012

Tema Resepi:Kenangan Di Hospital

Salam,

Hari ni, Ahad..aku kene keje. Invigilate UiTM's exam. Huh..tanggungjawab..kene la buat. So, dari aku mengadap dan melayan kebosanan ni, meh aku kongsi kan sedikit cerita zaman kanak2 aku. Antara cerita hitam dlm hidup aku la. Tapi, alhamdulillah segalanya beransur pulih.


Semenenjak usia aku 4 tahun lagi, aku dh menjadi penghuni hospital. Bukan sekali, bukan 2 kali. tapi setiap tahun selama 9tahun. Dalam setahun tu ada 2-3 kali jugak aku admit kat Paediatric HKL. Sebab aku admit? Macam2 penyakit ada. tapi sebab paling glamour adalah sebab asthma. Pastu penah kene denggi dan taun.

So, sbbkan pengalaman yg bertahun tu..ada satu makanan hospital yg aku suka sgt. Kebanyakkan org memang xlalu kan dengan makanan hospital. Tapi lain plak aku. Bila aku sedih ke, tetibe teringat sesuatu masa kecik ke..aku akan buat resepi ni. Ehm..xde la sedap sgt..tp macam ada memori dlm tu.

Tapi bila bersalin hari tu, resepi pagi2 dah x mcm tu. Ada nasi goreng la, mihun goreng la..etc. Ke makanan mcm tu dlm wad kanak2 je ada? Ehm..apa2 pon layan le resepi zaman kanak2 aku ni. Tapi pic ehsan google.

Apa resepinyer yea
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V
Egg on toast
Penah buat utk hubby yg mcm ni <3 p="p">



Telur direbus separuh masak.
Roti dibakar dan di sapu butter

then, pecahkan telur atas roti.

SIAP!!

Monday, September 24, 2012

TeamBuilding antara Walid n anak2

Salam,

Hari ni nk cerita pasal aktiviti kami minggu lepas. Start Jumaat petang, ofis aku ada Program TeamBuilding kat Seri Malaysia PD. Memandangkan aku akan berprogram selama 3hari, aku sangatlah xyakin yg hubby boleh handle anak2 sendiri. sebab dia xpenah berseorangan handle mereka berdua utk tempoh 1 jam pon.
makanya, aku pun minta la bilik asing, tapi kene la extra charge.

So, bila dh sampai tu, dari 2 katil single aku rapat kt dinding. Pastu 2 tilam atas tu, aku bw turun ke lantai. So dpt la 4 single mattress.Igt boleh rehat2 dulu, tidur kan anak2 ke apa. Rupanya nyer sangkaan ku meleset. Si Nina xhenti2 dok tutup bukak suis lampu. Tekan suis kt side table, lampu dressing table nyala. Tekan lampu kt tepi katil, lampu katil sebelah sekali nyala. Tekan suis ni, Tv menyala. Tu la keje Nina dari petang tu sampai la malam. Lepas tu, dari hujung tilam pertama dia bergolek sampai hujung tilam ke 4 sampail jerit "onoknyer..onoknyer..onoknyer". Aduh, kesian anak aku. First time masuk hotel. Tu baru Seri Malaysia, blom Grand Lexis ke apa.

Si Aman pun xkurang hebatnya. Abis dipanjat kerusi2 kat situ. Turun naik tilam toksah cerita la. Tu belum, dia main dlm almari lagi. Pantang pintu bilik air terbuka je, laju je dia melangkah. Main tekan2 telefon. Sampai rosak telefon tu.Penat ummi!!


Dlm 8.30, aku g program.

Dalam kol brape, aku xigt, hubby mesej suh balik bilik sbb Aman maybe nk susu. Dia xnak minum pakai botol. So aku balik kejap, breastfeed dia dulu. pastu aku sambung program aku balik.

Sepanjang 3 hari program, Aman xnak botol. dia sanggup tunggu aku balik..xkisah la 2 jam ke 3 jam. Padahal, kalo kt umah pengasuh, okay je dia.

Esok tu, aku berprogram mcm biasa. Hubby bw NinAman mandi kolam. Hubby n Aman tgk je kakak mandi. Kakak xtakut langsung. Masuk keluar kolam mcm biasa je. Macam expert, padahal swim pun xtahu. takat jalan je dlm pool tu. Pastu siap nk marah2 lagi sapa budak2 kecik yg nk main pool dewasa. "Abam, anan!! Ini r!!" (abang jangan, sini la)

Hubby cerita, susahnya nk ajak Kakak keluar dr kolam. Hubby terpaksa tinggalkan Aman dlm stroller kt tepi kolam. Angkat kakak keluar dr kolam. bawa kakak dlm bilik. Kunci kakak dlm bilik, n amik Aman kt kolam. Fuh!! aku dengan pun gerun. Nasib baik bilik kami belakang kolam je.

Esok punya cerita kolam pulak...

Hubby biar je Nina main. Lama jugak hubby cakap. Sesekali hubby tgk, ada budak2 laki yg nakal cuba tenggelam kan kepala Nina. Tapi hubby buat xtahu je. lagi pun pool tu sgt kecik. Tetiba Nina dtg kt Hubby n cakap "Nak alik r" (nak balik la).

Hubby: Eh main la lagi Nina
Nina: Anak (taknak)
tersengih je hubby

Walaupun aku penat berprogram dan menguruskan anak2. tapi aku puas hati sbb hubby dh boleh handle anak2. Cuma dia mengadu penat n xcukup tidur. Biasalah budak2, bukannyer tidur pd waktu yg sama.

Paling seronok tgk anak2 seronok. InsyaAllah akan ke PD lagi dlm masa terdekat ni.
Xboleh pergi jauh2..byk sgt kerja kat opis. Takot cuti xlulus je.


Muka budak yg tgh tunggu susu ummi


Nina: Jari kecut? Xpela..mandi lagi la





Tuesday, September 18, 2012

Egg tart in the house

Salam,
Cuti 4 hari membuatkan aku sgt stone hari ni. Haha..Tu la, dr Jumaat lagi aku dh amik cuti sbb nk berehat ngn anak2. Tapi kalo dh berehat ngn anak2 kt umah, alamatnyer umah xsempat la berkemas.

Okay..okay..sambung cite pasal tajuk.
Aku ni mmg penggemar Egg tart. Dh lam aku download video ni.


Tapi xbuat2 sbb xde acuan. So puasa hari tu aku jupe acuan ni kt mydin. 6pcs rm6.90..aku beli 2 dpt la 12 biji.

So hari ahad aitu, aku balik umah ibu n bw menda alah ni. Konon2 aku buat eggtart n along buat cheese tart. Tapi lama sgt la plak nk simpan crust tu sampai 1 hari (kalau ikut resepi along la). Masa along tido, aku, ayang, n dikjai bertungkus lumus kat dapur mengerjakan resepi aku tu. Tapi aku pakai resepi mat gebu. Tapi biasa la aku...mesti nk ubah2 jugak kan

ni resepinyer

BAHAN UNTUK PASTRI MANIS :-)
200 g mentega
100 g gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred A
420 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan gaul rata)


Cara adunan pastri
Campurkan dan uli mentega, esen vanilla dan gula hingga rata (pakai tangan je) masukkan telur, uli lagi masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh. Bulat2kan, tutup dengan plastic cling, rehatkan sebentar dlm peti ais.


Bahan2 Kastard
5 biji telur gred A
180 g susu cair
180 ml air
100 g gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam


Campur je semua, tapiskan dlm jug


Keluarkan doh, buat bulat2, bentukkan dlm acuan. Cucuk dgn garfu, pastu masukkan kastard n bakar dlm 30minit atau sampai masak. Pastu siap!!

Sedap sey!! Tapi aku suke yg hangus2 sikit.
Ni first trial.

tapi xleh mkn byk tau..nnt mual

Wednesday, September 12, 2012

New bicycle


Salam,

Ahad lepas, sempat survey bicycle for Kakak. Mmg dh lama niat nk beli tp asyik postponed je. Memandangkan birthday cute girl ni next month je, so UmmiWalid bagi la advance present for Kakak.

Lepas bayar je, Kakak suh letak bicycle tu kt back seat. Dia xkasi letak kt bonet. Bergasak la dia ngn beskal baru dia tu.

Mulut2 dia xlepas2 cakap "me aceh ayed..me aceh ayed" [terima kasih walid] sambil tersngih2 macam dlm pic atas tu.

malam tu, kami sekeluarga xleh tido ngn tenang. kejap2 dia tolak beskal dia masuk dlm bedroom. Pastu xsampai 1 minute, dia tolak balik g kat hall. Pastu ulang balik nak dekat 20x. At last dia tertidur sendiri.

Hari Isnin, Kakak practice bawa kat garage. Dia xpandai kayuh lagi. tapi kaki dh sampai. Its take time.
hari selasa, basikal dibawa lak ke rumah BS.
Nasib baik pagi td dia xtanya basikal. Nanti dah satu kertja lak aku nk mengangkut basikal dr umah kamike umah BS.

Apa-apa pun, setiap parent pasti akan happy n willing to do anything asalkan anak2 dorang happy.
Suke sgt tgk kakak dgn new basikalnyer walaupun kedekutnyer ya amat. Anak jiran semua "x oyeh" naik okay.

Nina Nina...

Thursday, August 23, 2012

Lebaran Mulia jika kita tahu meraikannya:-)

selamat hari raya semua
maaf zahir batin

p/s: hari ni dh mula keje

Tuesday, August 14, 2012

Progress Nina & Aman


Progress  Nina & Aman
Umur (Bulan)
Nina
Aman
0
3.1kg
49cm
1807 w40
2.85kg
48cm
1000 w39
1
3.84kg
57cm
4.4kg
57cm
2
5.15kg
59cm
5.2kg
57cm
3
5.9kg
61cm
5.95kg
60cm
4
6.8kg
62cm
6.25kg
63cm
5
7.8kg
63cm
6.06kg
65cm
6
8.2kg
72cm
6.14kg
65cm
7
-

8
9.4kg
70cm

9
-

10
9.7kg
75cm

11
-

12
11.5kg
77.8cm

13
-

14
13.3kg
8kg
15
-

16
-

17
-

18
13.8kg
82cm

19


20


21


22


23


24