Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Monday, May 26, 2014

Sambutan Hari Ibu Di Gold Coast Morib

Salam,

Sempena Hari Ibu baru-baru ni, Along telah mensponsor percutian kami sekeluarga di Gold Coast Morib pada 17-18 May 2014. Kami bertolak dari Melaka pukul 2pm dan sampai Morib dalam pukul 4pm. My family from KL dah lama sampai.

Terbeliak biji mata aku tgk penthouse kami. Ada 4 bilik. 2 bilik with attached bathroom. Lagi 2 bilik share bathroom. Yang paling best, ada 1 lagi bilik besar....yang sangat awesome. Sbb dlm tu ada...


 Jacuzzi, katil urut,

sauna dan bilik mandi
 (mungkin dh lepas2 urut, badan berminyak, so mandi le kat situ)

Memang feeling ala-ala orang kaya gitu. Ada aku kisah. Bila lagi nk perasan macam tu kan.

Anak2 aku dh xtahan tgk jacuzzi tu. Si Hayyfa tu memang suka main air. Sampai maklong pon xlarat nk control. Terpaksa la aku telan panadol n gedebuss sekali dgn dorang dlm tu (masa ni aku demam).

Nampak tak tgn Maklong pegang Hayyfa...
Kesian...2-2 xenjoy. Maklong pon basah. Hayyfa pon xbebas main air.
Terpaksa ummi jd bidan terjun










Walidnya pulak amik peluang bersauna sambil dengar lagu..amboi..lena kemain. Aku ingat nak try gak sauna tu, tapi dah aku demam, xberani lak nk try.



Okay dah siap wangi2 semua...time for dinner..we had steamboat. And not much pic were taken cos everybody busy makan2.







Malam tu semua dok kat umah tgk cerekarama. Hahaha
Sempat la jalan2 kat bawah, amik angin laut. Dengar bunyi pantai. woooo...woooo...woooo...seram siot. nak2 kalo dok kat balcony. Dari tingkat 6. memang naik bulu roma.




Esok tu pepagi subuh...anak2 aku bangun. lagi awal dari pakcik makcik dorang..sbb dorg mmg mcm tu, semua ada smell detector. Kalo aku xde kat sebelah, mesti semua x lena tido. Aku ingat walid dia je camtu. Mengikut pulak perangai tu kat anak2. Pagi2, Aman minta makan (surprisingly!!) bagi la dia makan honey star dulu. Pastu buat sorang satu botol susu. Sambil tgk kuliah subuh dgn Mama (their grandma).




View laut (aman sebut laut tu layut) waktu subuh (SubhanAllah)

Langit waktu Subuh
Masa ni nk hujan




Amik angin pagi

B4 g breakfast















Ok then g breakfast. Breakfast okay la. Mcm hotel lain jugak. Puashati dengan breakfast dia. Past breakfast..apa lagi...gedebusssh lagi sekali dlm water park dia.






Semua anak2 merasa naik gelongsor. Tapi tu la satu2 nyer gelongsor yg berani (kaler biru lebar tu). Yang lain dorang takot.

Antara pic lain

bilik air de comb, shaver, toothburush, shoer cap, sewing kids, cotton bud.

dapur




bilik ke 3







sempat beli kerepek di fazz kerepek


pic adalah ehsan adik beradik dan Mr Google
tenkiu

Monday, May 12, 2014

Aiskrim Buatan Rumah (Homemade Ice Cream)

Salam,

Sabtu yang lepas bekesempatan membuat ais krim sendiri. Sangat mudah. Seperti biasa, anak2 adalah chef2 yang paling sibuk sekali. Termasuk la walidnyer...huhu

Saya buat 2 flavor...1 peach dan 1 lg vanilla 2 tone. Yang peach tu sedap sbb balnce rase masam n manis dia.

Ok Bahan-bahan:

1 tin susu cair/ susu segar
1/4 tin susu pekat (next time i nk kurangkan..manis sgt)
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh perasa (vanilla ke, coffee ke, ikut la tekak memasing)
1 biji telur


Cara-cara:
Pukul semua bahan kat atas selama 20 minit. Biarkan je sampai kembang.

Pastu, letakkan pewarna, perasa or choc chip ke, buah2 han ke. Then simpan dlam fridge atas selama semalaman.

Ni perasa vanila warna je pink

yummy..yg peach flavor xsempat snap dh abis.


Sangat seronok bila dapat involve anak2 sekali. Tapi untuk project yg simple2 la. Xde la sampai nk masak rendang pon nk ajak anak2 kan. Ok selamat mencuba u olsss


Wednesday, April 30, 2014

MINI Celebration for the MINI Ayy with MINIons Apam

Salam,

24 April 2013, tarikh keramat aku melahirkan anak bongsu aku Hayyfa Fatini. Dah setahun dah Hayyfa. Last week i was so bz. Isnin gi validation at UiTM. Selasa jd panel mock teaching. Bukan sorg dua, tapi 10 candidates (fainted). Rabu plak bz print examination slip utk budak DOSH n Paramedic plus separa berperang dgn sistem Baracuda. Tup..tup dh Khamis..ms tu dh besday effa. Aduh!!1

Asalnya planning nk beli aiskrim kek with minion theme. Tapi lupe nk bagi kata putus kat baker. At last sempat order apam minions. (google cari baker yg dekat, senang nk amik). Alhamdulillah, dpt le bagi2 kt BS n anak2 jiran. jadilah buat lepas hajat.

Lepas je besday Hayyfa, kursus 2 hari 8am-8pm. Ahad pulak jga exam...berturut la jaga exam sampai harini.

Apa-apa pun, ummi mendoakan yang terbaik buat Hayyfa and anak2 ummi yg lain. Moga anak2 UmmiWalid jadi anak2 yg soleh dan solehah dan menjadi khalifah Allah yg sejati.


Wednesday, April 23, 2014

Antara pic makanan yg ada dlm hp saya..saje je nak share kan

Ni cucur lemak manis a.k.a cekodok susu pekat

Bahan2:
1 cwn tepung gandum
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
setengah sudu teh garam
air yg mencukupi

Cara-cara:
Campurkan semua bahan sehingga sebati kemudian goreng dlm minyak yang panas. Cucur akan sedikit mengembang kerana ada baking powder di dalamnya. Rasa yg gebu dan lemak manis.



Ni xtahu apa nama resepi..so aku taram letak sendiri nama resepi

Resepi Telur Rebus Air Asam

Bahan2:
2 biji telur
1 ulas bawang merah
2 cili padi
1 biji limau nipis
garam dan gula


Cara-cara:
1. Masak air didalam periuk sehingga menggelegak. Masukkan telur (yg bersuhu bilik) ke dalam air selama 8 minit kemudian keluarkan telur. Biar telur tu 3/4 masak.
2. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan2 lain selain telur. Tambahkan air panas sikit bagi melarutkan garam dan gula.
3. Kupas telur, belah 4 dan campurkan dalam mangkuk berisi kuah asam td. Penyekkan sedikit telur kuning supaya ianya bercampur dgn kuah.
4. Siap utk di makan.

Hari tu hubby request buat resepi ni. Dia cuma ckp telur asam. So puas aku google resepi n tunjuk kt hubby pic2 googlelan aku. Tapi dia kata bukan. At last hubby tepon mak kelate (my MIL) dan tnya resepi. Ni la hasilnyer.



Ni resepi minta dr mak aku...sbb for me her marble kek yg paling wallah!! huhu

Bahan2:
1 buku mentega
3 cawan tepung + 1 sudu teh baking powder...ayakkan kedua2 bahan ini
5 biji telur
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
susu cair (optional)
pewarna makanan..ikut suka nk berapa warna

Cara2:
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang dengan menggunakan mixer. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bila dah sebati, masukkan esen vanilla pula. Sekiranyanya adunan nampak kental, masukkan sedikit susu cair.

2. kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut bilangan warna.
3. Kalo x kreatif, sudu kan saje warna2 tersebut. Kalo tahu teknik..gunakan teknik. Bole search huhu

Masa pembikinan kek ni, mmg aku ajak sekali anak2 utk buat sama. Alhamdulillah, xde la huru hara sgt. Cuma adik effa x paham apa kita ckp lagi. Aman n Nina enjoy!!!