Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Friday, May 11, 2012

Jalan-Jalan Muar

Salam,

Post Jalan Jalan kelantan 3 hari tu mcm tergantung plak. Jalan2nya 3 hari je. Esok tu aku dh nak balik Melaka balik. Just sempat rembat 3 tudung je kat RP hari last tu. Xniat pun sbnrnyer. Tapi aku ada budget lebih sbb terbeli spec murah tu, so bolehla melagha jap.hihi

So, hari ni sambung lagi cerita Jalan-jalan. Kali ni kami Jalan-jalan ke Muo plak. Muar la..tp org johor sebut MUO. hihi.

Actually, kwn aunty aku yg offer nk bw jalan-jalan kat sini. Best ooo..sbb kami disponsor oleh kawan aunty. tenkiu atok sham (AS).

So pagi2 tu kami breakfast kat kedai roti canai je. Pastu dlm kol 11.oo baru gerak ke Muo ikut PLUS. Sampai je..AS bawa kami mkn kt kedai Asam Pedas Mak Ngah kat Parit Jawa. Kami mkn ikan pari, keli, merah and tenggiri. Kesemuanya dimasak asam pedas. Plus Sayur campur, kerang bakar n telur dadar. Dah sedap2 tersandar pas mkn tu..dtg plak org jual buah markisa. Seperti memahami kehendak kami yg ingin try buah ni, maka AS beli seplastik n potongkan utk kami. Rase dia masam2 manis. Ni hah rupe buah tu.


makan pakai sudu..air dia boleh hirup

seblum di potong..menjeling plak Aman ni




Pastu, kami singgah sembahyang di Masjid Jamek Muar. Tapi yang lama. kat seberang sungai Muar ni ada masjid yg serupe dipanggil Masjid Baru. Reka bentuk dia cantik n kaler biru tu buat aku rase tenang.

blakang tu masjid baru


ni masjid lama


Pastu, AS sponsor naik cruise di Jeti Tanjung Emas. RM10 dewasa n RM5 kanak2. Tempoh perjalanan 40minit. Dan sgt bosan. Serius. AKu x rekemen korg gi.Kalo xde Aman n Nina yg nk kene jaga..mmg aku dh krohhh krohhh krohh dh.













Dah petang tu, baru pekena mee bandung muar. then trus balik umah..bumpssss...hehe. Sekian.


Thursday, May 10, 2012

Breastfeeding & Me 2

Salam,

Sambung balik cerita BF. Kali ni journey with Aman plak.

Hari-hari awal Aman tak jauh beza ngn Sis Nina. Pas lahir, ummi dpt cium then Aman trus check-in NICU for the same problem (tertelan meconium). But Aman tak perlu duduk dlm incubator. Alhadulillah. Same problem!! Susu xnak kluar. Pump pakai Avent manual & Hospital punya Medela Manual, tp sikit sgt yg keluar. Susu yg awal tu kan pekat n berkilat. Tapi dpt dlm 3 titik je. Tapi aku simpan gak la. Bila hubby dtg n sorong aku ke NICU, aku colek kan ebm tu kt jari n letakkan dlm mulut Aman. Aku mmg nk dia cepat sembuh. Xnk duduk wad lama2. Pastu aku bw Aman masuk nursing room n df dia. Hanya Aman's suction je yg boleh buat susu aku kuar dengan menduyun nyer. Alhamdulillah.

Selepas tu, bila mlm plak..ibu xleh g NICU. Terpaksa redha Aman minum FM sbb aku xde EBM. Tapi my cik B bengkak. Aku minta misi tolong aku. Misi tu siap tolong amik kan besen, air panas n towel. Dia tuam breast aku. Dia tolong marmet kan. Dia tolong pumpkan. Dia kata cik B aku xbengkak sgt..otw nk bengkak. Tapi susu xnk kluar. Dia suh aku stimulate je cik B dgn pump. Tapi kejap je aku buat. Sebab aku frust. Cik B dh sakit..tp susu xnak kuar.

Esok tu, pagi2 lagi aku dh g NICU. Aku suh Aman suck. Baru lega. Bila dh balik umah n dlm pantang, baru la aku kuar susu bila aku pump. Alhamdulillah. Tapi..aku plak xrajin buat stok. Sbb aku mmg malas. tapi bukan la xde stok langsung. Ada la jugak. So bila aku dh start keje, BF Aman berjalan lancar.

Bila aku masuk kerja, byk sgt kerja nk kene setel. Yelah..dh 2 bulan aku xde kan. So, aku merasakan Avent manual tu xsesuai utk aku yg kerja menuntut waktu. Lagi pun valve Avent tu selalu loose n masuk dlm vakum area antara membrane n valve. Menda tu leceh nk betolkan. Sbb nnt tgn kite tercelop susu kt dlm tu. Aku ckp ngn hubby aku nk beli dual pump+elektrik. Hubby kata "xpayah..membazir je"...sedih mmg sedih. Tp aku gunakan cara lain.

Aku ckp,
"kalau nk anak lagi, beli pump baru. Kalau x, cukup la 2 org je. Sy mls nk pump2 manual..lenguh tgn"
trus hubby SETUJU.


Bermula hari itu, mula aku survey kt online, tanya org sana sini termasuk la ibu2 gojes kat KIM (kump. Ibu2 Menyusukan) mana brand pump yg okay n mana kedai yg jual murah.

At last, aku terjah kerdai OneBabyWorld kt Taman Permata Ulu Kelang n beli la pakej Spectra 3. pakej dia murah2.

Bermula la kehidupan aku yg efisyen dgn Spectra 3. Tapi ingat dh setel ke masalh? Blom lagi tau..byk halangan nk BF kan Aman.

Bagi aku lumrah bagi ibu2 yg menyusukan anak2 ni utk merasa...

1) air susu termasuk dlm tube
2) tertinggal ebm kt fridge opis
3) terlupe masukkan ebm dlm fridge
4) susu tersedut masuk motor
5) susu sikit @ xmeriah
6) nipple crack n darah dh tercampur ngn susu
7) maslah bila nk travel..nk bw cooler bag, ice pack & of coz pump..
8) masalah baby xnak minum pakai botol
9) susah nk tinggalkan baby ngn org
10) nak cari BS yg boleh handle EBM

10 menda ni aku rasa sgt lumrah. kalau aku nk kupas 1-1..mmg makan masa. tapi aku cube. Tapi yg aku boleh jamin, kat KIM, anda boleh tnya apa je pasal maslah penyusuan. Ibu2 gojes kt situ sedia membantu.

Alhamdulillah..Aman yg berusia 5 bulan masih lagi BF (walaupun dln NICU dh telan byk FM). Aku bangga ngn diri aku. Ada 1 bulan je lagi nk dpt diploma. Tapi beberapa hari b4 nk cecah 6bulan tu, aku kene g kusus 5hari kt Shah Alam. Harap, hubby dpt handle anak2..especially Aman. harap sgt Aman xmerajuk ngn Ummi. Takot AMan xnak df plak bila abis kusus nnt. Menangis xberlagu aku nnt. Huwaa..:'((




Sambung lagi nnt..salam

Wednesday, May 9, 2012

BreastFeeding & Me

Salam,

Dah lama nk tulis pasal breastfeed info. tapi terasa diri ni masih baru dlm bidang ini, maka kekuatan terbantut di situ. Tapi bila fikir2 balik, tak salahkan kalu nk kongsi ilmu.

Aku separate kan kisah BF aku ms Nina n Aman which is jauh sgt perbezaan experience nya.

So i explain about Nina's BF Journey first.

Nina dilahirkan 21 October 2010
Selepas aku cium Nina, Nina trus dibawa ke NICU sbb dh tertelan meconium. Ms di NICU, aku xboleh susukan dia sbb dia kene duduk dlm incubator. Para2 staff n doctor di Hospital Melaka mmg suruh aku pam susu n bagi kt Nina. Masa tu aku ada Pureen battery Operated Pump. Aku pakai tu, susu sgt2 sikit. Setitik-setitik dia keluar. Aku rasa pelik. Padahal sejak Nina 8 bulan dlm kandungan lagi, susu aku dh ada. So, aku buat marmet. Dpt la jugak byk sikit. Then aku hantar ebm tu kat NICU. Selepas 2 hari, baru Nina keluar incubator. Then nurse call n suh aku BF kan Nina. Tu la first suction Nina. Tapi aku mcm xde ilmu sgt ms tu. Sbb aku mls nk berhempas pulas memerah, maka aku xkisah pun nurse kt NICU nk feed nina dgn FM bila sesi mlm. Aku dtg tgk Nina sekali sekala. Tapi aku bw jugak la EBM yg sgt sikit utk Nina.

"Masa kt spital lagi dh fail!!!"

Pas tu ms pantang..maybe aku ni masih baby blues ke hapa..aku mmg tension je. N Nina plak suka nau melalak. mak aku cakap, xcukup susu. So, ibu, aku n hubby decide bagi fm. Aku pun suka. Xde la sakit2 pinggang aku nk nyusu kan baby lagi. Start dr situ, Nina minum campur. Siang kt BS minum FM n mlm baru ngempeng. Sampailah bila dia 6bulan. Dia langsung xnak DF (ms tu dh ada adik dlm perut). Dan sampai sekarang dia minum FM. Cousin hubby ada hadiahkan breastpump avent manual siap ngn cooler bag. Tapi breastfeeding aku fail kerana sikap aku.

Masa awal2 pantangkan Aman, ada sekali tu, Nina baru balik main kt taman. Nina nampak ebm dlm botol, trus dia tonggang botol tu. Sekali sedut je, dia trus buang susu dlm mulut dia. Siap uwekk2 lagi. Sedih sgt ms tu. Sbb aku niat nk tandem kan dia sekali. Tapi aku xputus asa. Aku sua kan cik B kat dia. Boleh plak dia kemam mulut dia. Siap tutup ngn tangan lagi. Sedey sey.

Tapi alhamdullillah skang ni aku campurkan FM & EBM dlm satu botol utk dia. Walaupun aku tahu xelok. tapi at least dia dpt khasiat susu ibu tu sedikit sebanyak.

So BF Nina is totally FAIL
Dah la fail, kena hangkut bakul susu ke sana ke mari kalo nk travel. Plus costly plak nk beli puting sbb ummi nina suka basuh botol lambat2. Plus beli susu yg mencapai ratusan ringgit sebulan.Plus sakit cirit birit la, kembong la dan sbgainya.

haish..nyesal pon xde guna. Tapi Alhamdulillah Nina sihat bagai Juara. hihi.

Kisah BF Aman..sambung nnt lak.

Salam

Tuesday, May 8, 2012

JaLan-jalan Kelatan part 3

Salam,

Sambung lagi JJK..hihi

Okay hari Isnin..as breakfast..my MIL belikan nasi berlauk & nasi guamok (kot). Nasi berlauk ni ialah nasi putih+sambal+timun n gulai ayam or ikan. Nasi Guamok ni macam nasi minyak kaler kuning.

Lepas tu..berdesup kami ke Rantau Panjang. Masa ni aku xle memborong sbb aku ingat hari ni nk g Kota Bharu je. Lagipun hubby kata singgah RP sbb nk withdraw duit. Alik-alik, hubby lak yg memborong jersey utk kwn2. Katanya kawan2 tempah sempena Euro nnt.

Then, kami ke Pasir Mas utk bw Aman jupe pakar kulit Dr Nik Azam. Kurap susu yg merayap kt pipi Ayyman tu, buat kami sekeluarga risau. So, Dr bagi 5 ubat. Ubat Mati Kuman (antibiotik), Ubat tahan gatal, Ubat buat cuci (utk mandikan bby) and 2 ubat comor (sapu). Ubat sapu tu ada ditulis nombor 1 dan 2. Kene habiskan no 1 dulu, baru pakai no 2. Tapi ntah bila nk habis xtahu la. Tiub yang no 1 tu, sepanjang ubat gigi kecil. Kurap Aman tu pun bukan besar mana. Pakai hujung jari je. Tapi xkisah la kan. Tapi the best part is..kurap Aman dah xde selepas 3x penggunaan. Hebat kan? Alhamdullillah.

Okay..sambung balik. Pas g Pasir Mas..we ol singgah kt Restoren Kurniaan Ibu. Makana dia variety. Ada goreng2, ada western ada sup. Yg paling best..coconut shake wif ice cream hanya RM1.90. Dh la big portion. Aiskrim pon variety. Tapi xsempat snap pic sbb nk handle anak2. (alasan je tu..padahal xsabar nk melantak)

Then, we straight ke Kota Bharu. Untuk mengelakkan panas terik..so we visited museum. Haha..kalo xpanas..mesti aku xmasuk muzium. So, muzium yg terpilih adalah Bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja (Istana Jahar). Ni antara piccas kami..






abaikan tudung ummi yg bulat dan selebet itu









lepas tu..kami g KB Mall..saja jln2 tempat sejuk..haha. Kalau xde anak2, mmg aku dh terjah Pasar Siti Khadijah. tapi kesian kat anak2 lak. So, g KB Mall je la. Patot la Allah suh aku g KB Mall..rupenyer ada benda yg aku hajat ada kt situ. Alhamdulillah. tahu apa dia?

Taaaraaa...


Frame spec ni tgh promotion time tu. Frame sahaja RM1.00. Aku pun apa lagi rembat la. Patu aku minta lense yg RMXXX, budak kedai tu kata,' kalo RMXXX kene tunggu 3 hari. Tapi kalau lagi mahal dr RMXXX boleh siap sejam". Cet..tu semua nk mengepow duit aku la tu. Tapi aku jadi gak beli. Sebab spec aku dh rosak sejak ngndungkan Aman lagi. (Giler lama!!). So, kiranyer pembelian yg berbaloi bagi aku. Amin. (aku budget utk spec more than this. So i have extra RM300 to spend to other stuffs...hihi)

Pas pusing KB Mall, we heading to Pantai Cahaya Bulan (PCB). We had our minum petang there. Kat sana ada byk kedai jual sotong,udang,hotdog,daging,ketam,ikan and etc yg digoreng garing and dicucuk. Harga dr RM1.00-Rm5.00 secucuk. Makan ngn sos cili n kacang.


ms makan sgt heaven..sbb Nina tgh tido. Boleh makan ngn AMAN n Aman. Hihi.Pastu gi tangkap2 gambar kt tepi pantai.

maklong wif her niece & nephew

Nina n mak long yg owez not sebulu..


Budak yg geli nk pijak pasir..padahal pakai kasut


Aman yg kene pakai mitten sbb asik garu kurap dia


nak berdukung jek




Okay..bila hari dh malam..Misi mencari makanan eksotik bermula. Actually, hubby sy ni jenis xtahan nafsu kalau tengok cerite or gambar masakan. Macam channel AFC, JJCM ke..mmg dia xsuke tgk. Nnt dia terliur. Ntah bila ntah ada org post kt FB pasal maggi ketam..so dia mmg niat bila balik kelate nk cari maggi ketam. dan ini la masanya..chewah!!

Cari punya cari..akhirnye jupe la kedai Relax Cafe kat area Pasir Mas. Layan je la piccas kami ni..
ni alatan yg dia hantar memula..

 seriau sey tgk tukul tu 


our dish..

RM5.00 for 100g of crab


my sista


suke rupenye dia mkn megi.

Customer yg dtg semua mkn maggi. We ol je mkn Maggi Ketam. Memula malu2 nk mkn sbb nk berketuk berplayar bagai. Tapi pastu..berlumuih tgan. haha. Aku sgt puas hati sbb..dpt makan ngn tenang setelah hubby handle Nina n Sista handle Nina.

Bila dh nk balik tu, baru sekumpulan boy teenagers yg order maggi ketam sorg satu. Berkelintang kelintung bunyik nyer. Makanan dia sedap n rase berbaloi ngn harga yg dibyar. Ketam yg kami amik ni range 320-360g.

Pas dh kekenyangan..mata pun dh ngntuk. Balik umah..bump!! 

sambung last episode..hikhik

Salam 


Monday, May 7, 2012

Jalan-jalan Kelantan part 2

Salam,

Okay continue to 2nd part of JJK. Esok tu, pagi2 sambung balik mkn nasi dagang. Ada gak MIL tanak nasi putih. Ikut tekaka masing2 la nk makan apa. Pas mkn, we ol siap2 gi umah Kak Zimi (my husband's cousin) coz nk ziarah makcik Hubby (Mek)  yg xberapa sihat.

Masa sampai umah kak zimi tu, mek n kak zimi xe umah sbb gi klinik. Anak2 kak zimi ada la. Tp anak aku si Nina Ninot tu, mana reti dok diam. Habis 1 umah di tawafnyer. Tengok la tu, selamba je nk wat photoshoot kt umah org.



Bila kak zimi balik, kami dihidangkan ngn laksam pulak. Huh..Alhamdulillah..sgt kenyang. Aku suh Nina salam mek n aku ajar kan dia sebut MEK. Tapi dia sebut "MILK". Hihi..xpela Nina.

Otw balik tu, hubby suggest kite xyah masak lunch. Kita beli je Mee Celup. Mee Celup ni mcm mee sup tp lagi sdap sbb dia ada kacang, cuka, n mcma2 la. Tak tahu nk describe mcmana. And for the first time, aku try rase Air Buah Bidara. Sedap n refreshing. Malam tu plak, akmi gi umah SIL n had dinner there. Sgt suke sbb my SIL pandai masak:-D

Tido dulu utk 2nd day ni. Nnt sambung ngn next entry yg penuh ngn pic makanan..hihi

salam:-D

Friday, May 4, 2012

Jalan-jalan Kelatan~1

Salam,

Sempena cuti Labour Day haritu, aku n hubby amik cuti Isnin n we decided to kelik kelate. Last balik adalah pada cuti CNY januari yg lalu. So, hari Jumaat tu, after packing2 baju n letak dlm bonet, kereta pesona kelabu tu trus membelah highway PLUS menuju ke KL. Sampai je umah parent, kami dinner n bum zzz...ngantok sey.

Sabtu tu baru gerak ke Kelantan bersama ngn kakak aku sbb minta tlg along bbysitkan Nina n Aman. Perjalanan yg dimulakan pada pukul 12 tghari adalah berjalan lancar. kenapa bertolak lewat sgt? Sbb Ummi n walid byk wat menda2 lagha spt tgk tv, surf internet n tido. Hoho.Tapi mana ada panas sgt, sbb aku cover tingkap ngn kain.

Alhamdulillah, anak2 xmeragam dlm kete. Kami singgah solat di Gua musang. Jamakkan Zohor ke Asar. Then trus ke RP. Dlm pukul 8.30mlm, kami sampai umah PIL. Alhamdulillah.

Bila dh sampai, my MIL served us with nasi dagang+gulai ikan aye (ikan tongkol)+gulai ayam. OMG!! sedapnyer lak aiii. My MIL masak 2kilo nasi n asked the other 2 relatives to help her preparing this dish. Tengok!! How lucky I am? Im the lucky DIL..hihi. 2kilo tu bukan la nk jamu kita ber5 je..tp utk mkn jiran2 sekali. Macam tu la hidup di kampung. kalau u ols nk tahu, kalo kt umah PIL ni, hari2 pasti ada org bertandang kat umah. And my MIL will served them with foods and her special "air teh". Itu mmg wajib setiap hari.

Okay, pas mandikan anak2 n diri sendiri. Kami pun bump lagi. hihi. Hubby xrehat lgsung spjg journey td (yela smngat berkobar nk balik kampong dia kan). Aku lagi la xleh tido, dh nk ribakan aman. Kang jatoh plak anak aku tu.

Tengah sedap2 tido, sekali aku dengar Nina nangis n tarik2 kaki aku. Aku bangun, tp si Nina plak trus tido. Tapi aku dengar sayup2 sore org pangil aku...

"angah.."
"angah.."
"angah.."

aku pon bukak pintu..

"opocot!!"
kakak aku kt luar..dia cakap

"atok dah xde"
aku ms tu mamai..n dlm keadaan geram sbb tido aku terganggu..

then ms nk tido balik tu, baru aku fikir2 balik apa yg akak aku ckp. Innalillah, atok aku baru je meninggal. Then aku msg kakak aku, makcik aku. So confirm, my beloved atok died. Aku redha. Then aku gtau hubby. Tapi we decide to stay je cause xsempat pun kami nk balik utk ziarah atok. Lagipun, penat travel pon xhilang lagi...

okay nnt aku sambung lagi next chapter. seblom tu..layan la piccas kami ni:-)



main2 b4 start journey






al-fatihah buat atok
Hj Abdullah bin Hassan

pic ms wedding first grandson~january 2012

last pic taken by my aunty~April 2012


arwah atok n uwan