Assalamualaikum semua.
Fuhhh sangat lama tak berblog. Niat nk menulis ada..tp semnagat yang tak ada. LOST!
Alhamdulillah, hari Isnin yang berkat ni, terbuka pintu hati untuk berkongsi sikit sebanyak kisah hidup selama mendiamkan diri ni.
Niat untuk memberi kesedaran bahawa kita hanya insan biasa...bila-bila sahaja kita akan diuji Allah.
Allah menguji sebab dia sayang. Dia nak kita dekat dengan Dia. InsyaAllah
Ingat x post aku pasal kulit aku yang makin menggelap?
Okay..kan aku cerita..ada white spot kt muka aku kan? Lepas tu spot tu merebak..ke belakang badan, So aku nekad, pergi jupe skin specialist. Memang nervous. Sangat takot. Aku gi dgn bestfren aku. Tak lalu makan.
Doktor tu tgk aku, belek seluruh badan aku. Tanya macam2. At the end..dia cakap
"This is not skin problem. I will refer you to Rheumatoid Specialist. You better get the treatment in goverment since its a long process of treatment. It will takes 7 to 8 years to cure"
Giler x giler..7-8 tahun? Sakit ape aku ni? Appoitment aku bulan October 2015.
Harinya pon tiba...aku gi dgn husband
Doktor tgk aku..tanya mcm2. Pasal family history, pasal aktiviti harian aku, pasal pattern period aku...mcm2 la.
At the end...doktor kata aku ada "Scleroderma/ Systemic Sclerosis".
Ianya dimana imun system aku jadi carca marba. Patotnya imun tu protect aku tp dlm kes ni tak...dia akan makan balik sesama sendiri.
Nanti korang google la. Nak cerita panjang sangat.
First day tu je..aku kene amik 7 blood tests, ECG, and ujian dada.
Dari semua test tu, memang sah aku ada "mix tissue connection". ZJantung aku masih normal. Just lung aku dh x 100% functioning.
Penyakit ni xde ubat yg spesifik lagi. Kalo simptom menyerang hati, kene amik ubat rawat hati. Kalau serang kidney, amik ubat kidney. Aku pon dah 2x bertukar ubat. Penyakit ni xde penyebab n xde ubat.
Setakat ni alhamdulillah...alu dpt bernafas, tgk muka anak2 pon aku dh bersyukur.
Dalam bab mkn, aku xde kene pantang apa2. Tapi dlm bab kehidupan harian la yg paling byk membataskan. Aku susah nk buat benda2 kecik mcm ketip kuku, menjahit, menulis. Selalu kene krem pada jari jemari. Xboleh sejuk sgt or panas sgt. Even nk keluarkan ayam dari freeze pon kene pakai glove. Mudah terluka dan susah sembuh. Tak boleh stress (bad effect). Sakit lutut. Kulit over tegang dan shinny (excess of collagen). Basuh pinggan aku kene pakai glove org Korea tu sbb hujung2 jari aku byk dh luka dalaman, My blood veins pecah. So nmpk le lebam2 kecik2 kt hujung jari. Thumbprint pon dh x recognize fingerprint aku.
Bila doktor tanya2 tu..sebenarnyer dah lebih setahun aku hidap benda ni...tinggal lagi aku xsedar. Maybe 2013..lepas aku deliverd hayyfa.
Bab pregnant, aku dinasihatkan utk tidak mengandung lagi. Sebab, kulit aku tegang...so perut xdpt membesar n takot baby xde ruang nk growing. Boleh jugak mengandung tp bila luka..susah nk sembuh. So ikut bawah ke ikut caeser ke..risiko tetap ada. Ada kes pulak..lepas deliver, sakit makin memburuk. Ehm...
Aku de amik supplement..tp homopati n makanan sunnah (myk zaitun, hassbasstusauda, susu kambing n madu) lain2 aku xyakin. Sebabkan aku sakit, husband amik keputusan jual susu kambing. Alhamdulillah, bisnes makin rancak. Aku n anak2 mmg amalkan.
Itulah serba sedikit kisah aku selama ni..bukan niat nak raih simpati. Tapi lebih kepada berkongsi cerita. Aku ok je. Jgn risau. Doakan yang baik2 sahaja. Ada masa aku benar2 xlarat nk bangun katil, kaki berat. Otot2 sakit. Tapi ada masa aku sgt aktif. Aku tersangat nk menikmati life sekarang. nak cuba segalanya. Sementara aku masih bernafas.
Ni post aku utk tahun baru aritu...
Itu je kot nak cerita.
wajah terkini..hasil mekap 3inch